Bitcoin diserang oleh penggodam yang tidak diketahui dengan menghantar baris kod bermutasi ke dalam program yang mengoperasikan mata wang maya ini, kata seorang jurucakap organisasi perdagangan Bitcoin itu kepada Reuters.
Bitcoin Foundation berkata, Serangan ini menyebabkan masalah pada kedua-dua bursa penukaran Bitcoin yang mencetuskan pengeluaran sementara dengan pelanggan yang menyimpan Bitcoin dalam dompet digital yang terdapat di kedua-dua bursa.
"Ia adalah serangan virus “denial-of-service”, kata jurucakap Jinyoung Lee Englund. “Sesiapa pun tidak mencuri syiling-syiling, tetapi berjaya mengelakkan beberapa pengesahan urus niaga. Penting untuk ditekankan bahawa serangan DoS tidak menjejaskan dompet digital Bitcoin atau dana awam."
Englund berkata sepasukan pembangun perisianutama yang tertumpu kepada Bitcoin sedang mengatasi masalah ini, tetapi sehingga pembaikan itu selesai pelanggan tidak boleh berbuat apa-apa terhadap bitcoinnya.
Katanya lagi, "Hanya pengguna yang melakukan pelbagai transaksi dalam tempoh yang singkat yang akan terdedah".
Selasa lepas,Bitstamp yang berpengkalan di Slovenia menjadi bursa saham utama kedua terbesar yang menghentikan pengeluaran oleh pelanggan baru-baru ini kerana serangan denial-of-service.
Harga Bitcoin dalam beberapa bulan kebelakangan ini menerima penerimaan awam yang luas, menurun secara mendadak dari satu bursa ke bursa yang lain.
Menurut Reuters, Bitcoin kini diperdagangkan pada 645 dollar AS (RM2131.72) setiap koin di bursa Bitstamp atau turun 6%.
[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]
0 comments:
Post a Comment