[dropcap]S[/dropcap]aya pasti ada di antara pembaca teknoderas.com pernah membaca artikel tentang Bitcoin yang pernah saya tulis sebelum ini. Akan tetapi tidak lengkap rasanya jika saya tidak menambah tentang bagaimana cara-cara Bitcoin boleh dikumpul.
Dengan kenaikan mendadak harga pasaran Bitcoin baru-baru ini telah menarik minat ramai pengguna internet untuk mencari cara-cara terbaik dan terpantas untuk mengumpul atau melombong Bitcoin. Tambahan pula dengan tindakan syarikat-syarikat besar jualan atas talian seperti Virgin Galactic menerima matawang Bitcoin antara mod pembayaran perkhidmatan mereka sudah pastinya membuatkan Bitcoin menjadi buruan.
Artikel saya pada kali ini menyenaraikan 5 cara bagaimana untuk mnedapatakan Bitcoin atas talian. Walaubagaimanapun pembaca dinasihatkan berhati-hati apabila membuat sebarang transaksi atas talian. Pastikan cara yang digunakan adalah selamat dan kurang berisiko.
1. Melabur
Melabur adalah cara yang paling senang untuk mengumpul Bitcoin. Cara ini berfungsi sama seperti melabur matawang konvensional. Cuma yang bezanya unit Bitcoin ini tidak boleh dibeli di laman web pelaburan yang biasa, anda perlu berurusniaga di laman web yang khas contohnya di Mt. Gox untuk pasaran antarabangsa atau Zharif Sofia Exchanger untuk pasaran Malaysia.
Secara logiknya cara ini paling mudah dianggap sebagai membeli, tapi pada pendapat saya ianya lebih kepada pelaburan. Ini adalah kerana pasaran matawang Bitcoin bergerak turun dan naik dengan cepat. Walaupun pernah turun berikutan ‘Crackdown’ internet di China baru-baru ini, pasaran Bitcoin masih menunjukkan trend menaik.
Sekiranya anda membeli Bitcoin katakan pada hari ini, ada kemungkinan nilainya akan naik 5-10 kali ganda dalam masa seminggu, sebulan atau setahun dari sekarang. Sekiran nilainya telah mencapai tahap yan ganda inginkan, anda boleh menjualkannya semula mengikut harga pasaran terkini.
2. Berurusniaga
Cara lain yang berkesan untuk mendapatkan Bitcoin ialah dengan berurusniaga atas talian. Anda boleh menjual produk atau barangan yang tidak diperlukan lagi di laman-laman web mesra Bitcoin. Sebagai contoh di Craiglist anda boleh mengiklankan barang-barang yang hendak dijual dan mnetapkan cara bayaran melalui matawang Bitcoin. Atau anda boleh mengiklankan barangan anda di laman web jualan atas talian khusu Bitcoin seperti Coingig. Coingig berfungsi seperti Ebay Cuma yang bezanya Coingig hanya membenarkan transaksi melalui Bitcoin sahaja.
3. Melombong dengan Kad Grafik (GPU)
Sekiranya anda ‘familiar dengan perkakasan komputer, anda boleh melombong Bitcoin menggunakan Kad Grafik (GPU) anda. Cara ini memerlukan pelombong memasang program khusu pada komputer anda. Program tersebut akan berfungsi dengan membuat perkiraaan kompleks untuk mendapatkan nilai Bitcoin yang setara pada Pelayan Bitcoin. Setiap pengiraan yang berjaya, satu unit Bitcoin akan diperolehi.
Akan tetapi, cara ini yang mana cara terawal pada mula-mula Bitcoin diperkenalkam agak sukar dioperasikan. Ini adalah kerana semakin ramai pelombombong melombong Bitcoin, semakin sukar Bitcoin boleh dihasilkan. Namun begitu, untuk mengoptimumkan operasi ini anda boleh melombong bersama-sama rakan anda secara serentak. Cara ini memungkinkan proses tersebut menjadi sediki pantas Cuma setiap nilai Bitcoin yang diperoleh haruslah dibahagikan mengikut bahagian yang adil.
Melombong menggunakan komputer adalah terbaik jika komputer tersebut dilengkapi Kad Grafik AMD. Kad Grafik jenis ini paling ideal dalam pengiraan masalah matematik Bitcoin dan pantas jika dibandingkan dengan kad grafik lain contohnya NVIDIA. Perlu diingat sekiranya anda ingin melombong menggunakan komputer, pemilihan kad grafik adalah sangat kritikal.
4. Melombong dengan Kad ASIC
Sekiranya anda serius untuk melombong Bitcoin, anda patut mempertimbangkan penggunaan kad ASIC. Kad ini mampu membuatkan proses melombong Bitcoin menjadi lebih efisien (dari segi penggunaan elektrik). Kad ini menggunakan kuasa elektrik yang rendah tapi mampu menyelesaikan masalah pengiraan matematik dengan lebih pantas berbanding komputer biasa. Cuma yang menjadi masalah ialah kad ini agak mahal harganya. Anda boleh menyemak harga kad ASIC di ButterflyLabs.
5. Melombong menggunakan Raspberry Pi
Jika anda melombong secara suka-suka atau sekadar hobi, anda boleh membeli kit komputer mini Raspberry Pi untuk melombong Bitcoin. Kadar kelajuan pengiraan matematik komputer ini tidaklah sepantas komputer biasa tetapu masih berbaloi untuk dicuba. Dan memandangkan harganya yang boleh dikatakan murah rasanya tidak salah kalau dicuba, tambahan pula saya pasti ianya boeh menjadi antara pengalaman terbaik melombong Bitcoin anda.
Selamat mencuba dan salam deras!
[…] pelombong tegar Bitcoin di Malaysia. Hasil beberapa temuramah dengan beberapa orang pelombong aktif Bitcoin di Malaysia, mereka akan terus meneruskan aktiviti pelombongan mereka selagi ada permintaan besar […]
ReplyDelete[…] daripada individu yang tidak dikenali merancang menggunakan kaedah yang sama digunakan dalam melombong Bitcoin untuk menjadikan perkhidmatan yang sama dengan Internet yang ada cuma bezanya tidak dikawal selia […]
ReplyDeleteHello!
ReplyDeleteMy name is Arif, an affiliate program manager for InstaForex Group.
We would like to offer you the affiliate program cooperation that allows you getting $15-53 from and 20-26 for gold every standard market lot of your customer. If you are interested, please contact me and I will provide the details.
Facebook: arif.ifxteam
WhatsApp: +628119056784
arif@mail4.instaforex.com
http://instaforex.com
Dividen Betalu2 Mendarat Setiap Hari !!!
ReplyDelete_π ETHTRADE 100% Passive Income_
*ModaL Min Cuma Rm120*
100% Mendatangkan hasiL
Tanpa "Kacau" Masa Anda
Trade Pasaran BitCoiN & Ethereum
ModaL Cuma Sekali
Dividen harian up to 1.00%
Dividen Bulanan 15.00%-25.00%
Seorang Hanya 1 akaun Sahaja
Compounding System
Min Withdraw > 10usd Anytime
*Target LongTerm*
*Tiada Kontrak Bermakna Anda Boleh AmbiL Semua ModaL Anda Bila Bila Masa*
⛔Tak PerLu Modal Besar
⛔Tak PerLu Tapak Kedai
⛔Tak PerLu Jual Barang
⛔Tak PerLu Jumpa Orang
⛔Tidak Mengganggu Masa Anda
⛔Tidak Wajib Menaja
⛔Tidak PerLu MainTain
⛔Tidak Payah Buat Pape
Lock posisi anda sekarang
Register AhLi PERCUMA
kLik Di Sini
ππ»ππ»ππ»
http://tinyurl.com/ethtrade1
https://tinyurl.com/ethtrade2
Like Page ~~
www.facebook.com/ethtrade2
BlogSpoT
http://ethtradekl.blogspot.my
Pencerahan Lanjut
Sila Masuk Whatsapp Group
http://tinyurl.com/ethtrade7