Recent Comments

Sunday, November 24, 2013

Tips pemasangan Streamyx


Kelmarin salah seorang rakan baik saya ada mengadukan permasalahan beliau dengan TM yang mana pemasangan jalur lebar Streamyx beliau yang masih belum dipasang sehingga hari ini. Lebih menyedihkan beliau juga mengatakan yang pihak kontraktor TM juga cuba mengenakan caj yang tidak munasabah untuk pemasangan jalur lebar Streamyx tersebut.

Memandangkan kawasan tempat tinggal rakan saya ini agak pedalaman, maka agak sukar bagi saya untuk membayangkan situasi tersebut. Saya mengambil keputusan untuk menulis satu artikel khas mengenai pemasangan Streamyx ini agar bukan sahaja boleh dibaca oleh rakan saya ini malahan boleh dikongsi dengan pembaca-pembaca yang lain.

Artikel ini saya tulis atas pengalaman saya sendiri sebagai kontraktor pemasangan Streamyx sekitar tahun 2006-2012. Untuk memudahkan para pembaca, saya bahagikan artikel ini kepada beberapa bahagian agar pembaca mudah faham maklumat tentang perjalanan proses pemasangan Streamyx dan perkiraan yang boleh diambil semasa pemasangan.

Artikel ini saya kira ringkas dan tidak terperinci supaya pembaca tidak terkeliru dengan istilah-istilah teknikal. Sekiranya ada apa-apa soalan lain yang mungkin lebih terperinci sila tanya di ruangan komen di bawah.

Pendaftaran


Pendaftaran untuk langganan jalur lebar Streamyx adalah sangat mudah. Pelanggan boleh mendaftar dimana-mana cawangan TM Point , ejen-ejen terpilih ataupun di atas talian. Dokumen yang diperlukan hanyalah salinan fotokopi kad pengenalan bagi pelanggan persendirian atau dan untuk syarikat pula beberapa dokumen khas syarikat diperlukan.

Tiada deposit diperlukan semasa pendaftaran.

Pemasangan


Tarikh pemasangan jalur lebar Streamyx biasanya mengambil masa1-2 minggu selepas pendaftaran. Sekiranya pendaftaran berjaya, arahan akan dikeluarkan kepada kontraktor terpilih untuk proses pemasangan.

Kebiasaaannya kontraktor terpilih akan menghubungi pelanggan untuk temujanji dan sekiranya kontraktor tersebut memberitahu pemasangan tersebut perlu dilakukan pada hari yang sama pelanggan boleh meminta menukar pada tarikh yang lain. TM telah menetapkan jangkamasa yang tetap untuk melengkapkan pemasangan oleh kontraktor dan pelanggan seharusnya saya kira perlu memahami situasi tersebut.

Pemasangan jalur lebar Streamyx dimulakan dengan pemasangan talin telefon tetap dahulu. Proses ini biasanya mengambil masa sehingga 1-3 jam bergantung kepada jenis perumahan dan geografi. Pada waktu proses ini juga kontraktor akan memeriksa dan memastikan yang talian jalur lebar boleh dipasang atau tidak. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah:-

1. Memastikan nombor telefon talian tetap pengguna tersedia di kabinet Telekom (kotak Telekom yang biasanya di tepi jalan utama).

Free Web Proxy


2. Menghubungkan talian tetap pelanggan ke kotak agihan (DP). Kotak agihan biasanya berada di tiang belakang rumah (rumah teres atau seumpamanya) atau di bilik telefon (SDF) untuk perumahan blok atau seumpamanya. (Gambarajah dibawah gambaran rangkaian Telekom)
Free Web Proxy

3. Memasang kabel telefon (drop wire) dari tiang Telekom (DP) ke sambungan akhir rumah   (untuk rumah teres dan seumpamanya) atau penyambung kotak agihan kedua ke unit rumah (bagi perumahan blok atau seumpamanya). Rujuk gambar di atas.

4. Memeriksa kabel dalaman rumah (internal wiring) samada  ada atau tidak.

Sebelum saya menyambung lagi, suka saya ingatkan dahulu proses pemasangan jalur lebar terbahagi kepada 2 iaitu pemasangan talian tetap dan pemasangan jalur lebar. Untuk pemasangan talian tetap kos bayaran kepada kontraktor adalah RM30 manakala jalur lebar tidak dikenakan sebarang bayaran tunai kerana kos tersebut akan dimasukkan pada bil bulan pertama (pengaktifan).

Isu kos pemasangan secara tunai hanya timbul sekiranya kediaman pelanggan tiada kabel dalaman (internal wiring) seperti yang saya terangkan pada proses kerja nombor 4 tadi.

Ini adalah kerana kabel dalaman pelanggan adalah di bawah tanggungan pelanggan sekiranya pelanggan meminta kontraktor tersebut memasang kabel dalaman maka kos pemasangan itu harus dibayar oleh pelanggan secara tunai. Namun begitu kos pemasangan kabel dalaman tersebut telah pun ditetapkan oleh pihak TM seperti berikut:-

1 Meter pertama     = RM50
Meter seterusnya    = RM5
Kotak Telefon          = RM5


Kontraktor tidak boleh mengenakan caj sesuka hati melainkan proses pemasangan tersebut melibatkatn kerja-kerja berat seperti menebuk dinding atau pemasangan bawah tanah atas permintaan pelanggan.


Untuk pemasangan kabel telefon (drop wire) pula (rujuk kerja nombor 3) tiada sebarang bayaran dikenakan kerana kabel telefon ini adalah dibawah tanggungan TM dan kabel tersebut telah disediakan oleh pihak TM untuk kegunaan kontraktor. Begitu juga dengan pemasangan tiang telefon tanpa kotak agihan. Berdasarkan pengalaman saya tiada kos dikenakan kerana kebiasaan kontrak 2 tahun yang dikenakan kepada pelanggan.




[caption id="" align="aligncenter" width="682"]Free Web Proxy Perbezaan antara kabel dalaman dan 'Drop wire' Telekom[/caption]





Ujian


Setelah kerja-kerja pemasangan kabel tadi selesai, kontraktor tersebut akan memasang modem jalur lebar dan mengaktifkan ‘username’ jalur lebar pelanggan.Proses ini hanya mengambil masa kurang 15 minit.

Pada perkiraan saya waktu ini adalah waktu yang perlu diambil perhatian oleh pelanggan. Kebiasaannya kontraktor tersebut akan menguji kelajuan internet yang dipasang melalui laman ujian seperti Speedtest.net atau TM Speedometer. Ujian ini untuk memastikan yang kelajuan talian pelanggan sama seperti yang dilanggan.

Namun begitu saya menyarankan agar pelanggan meminta kontraktor tersebut untuk menguji juga bacaan SNR dan Line Attention talian jalur lebar pelanggan. Ujian ini penting untuk memastikan mutu talian jalur lebar tersebut. Bacaan boleh dibuat melalui alat ujian yang biasanya dibawa oleh kontraktor. Tetapi sekiranya alat ujian tersebut tiada pelanggan boleh meminta kontraktor tersebut ‘log in’ ke modem dimana bacaan tersebut boleh dibaca dari komputer.

Bacaan tersebut boleh dirujuk berdasarkan jadual di bawah.

 


























Panduan Bacaan SNR Streamyx
RateSNRATTN
Download> 16db<40db
Upload>18db<40db


Sekiranya bacaan tersebut berada di tahap yang betul saya kira bolehlah pelanggan menandatangani borang pendaftaran TM yang diberikan oleh kontraktor TM. Jika tidak minta sahaja kontraktor tersebut perbetulkan kualiti talian tersebut sehingga mencapai tahap yang diinginkan. Dan jangan lupa minta salinan borang tersebut dimana 'username' dan 'password' pelanggan tertera di situ.




[caption id="attachment_635" align="aligncenter" width="398"]streamyx Contoh bacaan SNR yang optimum[/caption]



Jaminan



Setiap pemasangan jalur lebar TM akan diberikan jaminan 14 hari dari kontraktor pemasangan. Sekiranya pelanggan mengalami masalah dalam jangka waktu tersebut, hubungi terus kontraktor yang memasang talian tersebut. Sila nyatakan yang tempoh 14 hari jaminan belumlagi berakhir dan sertakan sekali nombor talian tetap pelanggan dan alamat. Kontraktor yang bertanggungjawab dimestikan membaiki talian tersebut dalam jangka masa 24 jam. Sekiranya kontraktor tersebut mengelak atau menghilangkan diri, pelanggan boleh membuat aduan di talian 100 atau TM Point yang berdekatan.



Bantuan




Pihak TM sentiasa menyediakan saluran yang komprehensif dalam melayani aduan pengguna. Sebarang aduan boleh dimajukan melalui talian bantuan 100, portal bantuan Streamyx atau di mana-mana TM Point yang berdekatan. Saya berharap artikel ini berguna kepada pembaca-pembaca teknoderas.com dan khusus kepada rakan saya yang saya sebutkan tadi. Salam deras.

 


























Filled Under:

3 comments:

  1. Lepas daftar pemasangan streamyx..pihak tm kata suruh tunggu cable.. biasanya brapa lama kene tunggu?

    ReplyDelete
  2. Saya ingin memasang streamyx. Tetapi di kawasan saya tidak ada seorang pun yg menggunaknnya. Mcm mana nk caranya?

    ReplyDelete
  3. Berapa charge service dikenakan jika tarik kabel baru... Sbb kabel lama x boleh pakai dh....

    ReplyDelete


 

Feature Ad (728)