Jika anda pernah membaca artikel kami yang lepas mengenai syarikat telefon pintar yang terbaru dari Tanah Besar China, Oppo Elektronik Corp (Oppo), maka saya pasti anda pasti tahu tentang model-model peranti yang dikeluarkan mereka sangat menakjubkan dan canggih.
Apa yang menariknya, kini Oppo telah dilancarkan dengan rasminya di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sempena dengan perasmian ini juga Oppo telah melancarkan telefon terbaru mereka, Oppo N1.
[caption id="" align="aligncenter" width="400"] "Vicky" Chen Lu, Pengurus Jenama Produk Oppo.[/caption]
Pengenalan Oppo N1 telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama rancangan tersebut diperkenalkan oleh Pengurus Jenama Oppo untuk negara, "Vicky" Chen Lu. Walaupun Vicky hanya berada di atas pentas untuk masa yang singkat, beliau sempat menerangkan tentang kelebihan Oppo N1 iaitu kamera yang bole berpusing,yang mana akan dihuraikan secara lebih terperinci di artikel ini.
Selepas sessi pengenalan, majlis disambung oleh Candice Liu, Pengurus Produk OPPO. Yang mana menerangkan fungsi-fungsi utama produk OPPO.
[caption id="" align="aligncenter" width="400"] Candice Liu, Pengurus Produk Oppo.[/caption]
[caption id="" align="aligncenter" width="600"] Candice mendemonstrasikan fungsi kamera Oppo N1[/caption]
[caption id="" align="aligncenter" width="600"] Kamera boleh pusing Oppo N1 adalah ciri utama telefon pintar ini.[/caption]
[caption id="" align="aligncenter" width="400"] William Fang, CEO Syarikat Oppo menutup majlis.[/caption]
Sebagai penutup majlis, sessi penerangan disambung oleh William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif Oppo, yang ditempatkan di Malaysia. William memberikan ucapan ringkas dan pendek dan menunjukkan penghargaan beliau kepada pengunjung dengan nyanyian lagu daripada beliau dan juga pasukan Oppo di Malaysia. Sangat meriah!
[caption id="" align="aligncenter" width="600"] Pasukan Oppo menyanyikan lagu sebagai penutup majlis.[/caption]
Untuk maklumat tentang spesifikasi telefon pintar ini, di bawah adalah senarai ringkas maklumat spesifikasi Oppo N1:
- 1.7GHz Qualcomm Snapdragon 600 SoC
- 2GB RAM
- 16GB storan (tidak boleh ditambah)
- 13MP, f/2.0 kamera berpusing
- Paparan Skrin HD Penuh 5.9 inci
- bateri 3,610mAh
Oppo N1 akan dijual pada RRP sebanyak RM1, 798. Namun begitu tiada tarikh yang tepat bila produk ini kan mula dijual di Malaysia. Tetapi menurut Candice, Syarikat Oppo telah mensasarkan akhir Februari atau awal Mac sebagai tarikh jualan.
[caption id="" align="aligncenter" width="400"] Oppo N1 akan berada di pasaran Malaysia sama ada pada akhir Februari atau pada awal bulan Mac 2014.[/caption]
[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]
0 comments:
Post a Comment