Telefon pintar Sony, kod nama “Sirius” atau “D6503” yang bakal dikeluarkan akan mempunyai fungsi rakaman video 4k, menurut laporan dari laman blog Xperia.
Sirius dikatakan akan menjadi penyambung kegemilangan Xperia Z1 hadir dengan system operasi Android 4.4.2 KitKat dan kamera spesifikasi tinggi yang mampu merakam video 4k. Ianya juga dikatakan mempunyai fungsi video “Timeshift” dimana boleh merakam video dengan kesan khas gerak-perlahan.
Peranti pintar ini juga dilaporkan akan mempunyai fungsi “Smart Call Handling” dimana ianya membenarkan pengguna menjawab panggilan telefon tanpa menyentuh permukaan skrin telefon tersebut seperti menjawab panggilan dengan hanya meletakkan telefon di telinga, membatalkan panggilan dengan menggoncangkan telefon dan sekiranya pengguna menterbalikkan telefon ianya akan berhenti berbunyi.
Antara fungsi lain yang dijangka ada pada telefon pintar ini adalah ketuk perlahan dua kali untuk mengaktifkan skrin, mesin penjawabb panggilan telefon, tetapan peribadi baru dan lampu belakang skrin pintar.
0 comments:
Post a Comment