Bagi mereka yang bergantung kepada komputer untuk bekerja pasti sudah ‘familiar’ untuk menggunakan remote desktop. Operasi ini yang mana membolehkan pengguna mengakses komputer di rumah atau pejabat dari mana-mana sahaja berada sangat praktikal dan menjimatkan masa.
Walaupun terdapat banyak cara atau aplikasi untuk menggunakan ‘remote desktop’ ini mungkin anda tidak tahu atau sudah sebenarnya ada 3 lagi cara unik untuk proses kawalan komputer jauh ini
3 cara yang saya akan perkenalkan disini adalah berbeza dengan cara yang biasa digunakan seperti penggunaan aplikasi logmein, remote desktop clients, dan Vnc. Aplikasi ini tidak dinafikan sangat mudah dan praktikal tetapi hari ini saya akan memperkenalkan 3 cara yang lain untuk ‘remote desktop’.
1. Chrome Remote Desktop
Chrome Remote Desktop (CRD) adalah antara aplikasi yang ditawarkan oleh Google. Aplikasi ini direka ringkas untuk memudahkan pengguna. Aplikasi ini boleh diaktifkan dengan memuat turun extension di komputer anda. Selepas dimuat turun anda boleh mengakses komputer yang dipasangkan CRD ini dari mana-mana komputer yang mempunyai pelayar chrome di seluruh dunia. Sambungan ini memberikan anda paparan yang berkualiti dari komputer yang dikawal. Gambar di atas menunjukkan bagaimana paparan tersebut dipaparkan. Sangat jelas dan nyata.
CRD hanya menawarkan fungsi yang asas: anda boleh menghantar 2 kombinasi butang kunci iaitu Ctrl-Alt-Del dan Prtscrn. Prtscrn adalah kunci untuk fungsi cetak paparan skrin, fungsi ini membolehkan anda merakam paparan utama komputer yang dikawal. Anda juga boleh menukar saiz desktop komputer yang dikawal untuk muat pelayar anda, kecilkan untuk muat pelayar anda atau mod skrin penuh.
Untuk operasi kawalan komputer jauh, fungsi-fungsi ini sudah cukup untuk digunakan.
2. Secure Shell-SSH
Secure Shell (SSH) adalah fungsi kawalan komputer jauh yang menggunakan baris arahan (command-line). Sekiranya anda biasa menggunakan aplikasi Dos di komputer Windows anda, anda mungkin faham dengan cara ini. Secara asasnya SSH ialah cara kawalan komputer menggunkan baris arahan sahaja, tiada visual sebenar desktop anda.
Kelebihan fungsi ini ialah ianya pantas berbanding menggunakan aplikasi remote desktop yang lain. Dengan mahir menggunakan baris arahan yang khusus anda mampu berbuat apa sahaja pada komputer yang dikawal.
Untuk menggunakan fungsi ini anda memerlukan program yang dinamakan SSH Client. SSH Client boleh digunakan menerusi aplikasi seperti Putty atau aplikasi pelayar seperti Firessh untuk Firefox atau Secure Shell untuk Google Chrome.
3. Kawalan jauh tanpa wayar
Fungsi Remote Desktop juga boleh digunakan melalui aplikasi Android seperti Unified Remote. Aplikasi ini secara mudahnya seperti alat kawalan TV cuma ianya digunakan untuk komputer. Melalui aplikasi ini anda boleh mengawal Spotify untuk muzik, kawal Chrome untuk melayari internet, atau mengawal Youtube untuk video. Anda juga boleh menghidupkan dan mematikan komputer anda dari jauh menggunakan aplikasi ini.
Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu memuat turun aplikasi pelayar ke komputer yang ingin dikawal dan muat turun aplikasi Android tersebut ke peranti Android anda. Unified Remote berkomunikasi dengan komputer anda samada melalui sambungan Bluetooth ataupun Wifi.
Sekiranya anda menggunakan peranti Windows anda boleh menggunakan Windows 8 controller. Ianya boleh digunakan atas platform Windows atau Android untuk mengawal Komputer Windows 8 anda.
Itu saja kali ini, jumpa lagi di artikel seterusnya Salam Deras.
0 comments:
Post a Comment