Pemilik Google Glass kini boleh menyambungkan peranti Apple mereka ke Google Glass. Operasi ini boleh dijalankan dengan memuat turun aplikasi MyGlass dari App Store secara percuma.
MyGlass membolehkan pengguna menetap dan mengawal Google Glass mereka. Aplikasi tersebut membolehkan pengguna memaparkan arah tuju, melancarkan persidangan video dan sebagainya. Lebih menarik aplikasi ini juga mampu memaparkan paparan skrin Google Glass ke peranti Apple pengguna kedua-dua peranti ini berkomunikasi menerusi Wifi.
Pengguna Android juga tidak ketinggalan. Aplikasi yang sama juga, juga ditawarkan kepada peranti Android. Malahan mempunyai kelebihan yang lebih banyak seperti menghantar pesanan ringkas. Pengguna juga boleh mengawal Google Glass dari komputer.
Aplikasi MyGlass hanya ditawarkan menerusi App Store untuk pangguna di US sahaja buat masa ini.
0 comments:
Post a Comment