Sebuah peranti baru dikatakan mampu menambah interaktif dan keseronokan rakaman video dan imej gambar telah diperkenalkan.
Tidak seperti gajet-gajet yang lain yang juga mampu merakam pandangan panorama 360˚ dalam bentuk video atau gambar, Eye Mirror telah direka supaya boleh dipasangkan kepada kit kamera yang sedia ada. Baik kamera kompak, Go pro atau DSLR kesemuanya mampu disambungkan ke peranti ini dan membuatkan Eye Mirror sangat praktikal.
Walaupun sebagai alat tambahan, Eye Mirror boleh dikatakan masih mahal dengan harga USD195 (641.78). Namun begitu peranti ini berbaloi dicuba kerana ianya boleh dipasangkan pada hampir kesemua jenis kamera. Cara memasang juga mudah hanya sambungkan terus pada lensa kamera pengguna.
Eye Mirror mampu merakam rakaman dengan resolusi 3020×3020 pada kelajuan 22 frame sesaat. Bagi penggemar aktiviti lasak pula, peranti ini juga didatangkan dalam versi kalis air. Video dibawah dirakam dengan menggunakan kamera GoPro bersama Eye Mirror;
Imej dan rakaman boleh dilihat di komputer atau peranti mudah alih yang mana pengguna boleh menyorot keseluruhan rakaman dan boleh berkongsi di atas talian. Eye Mirror dilancarkan melalui tabung dana Kickstarter dan dijangka tersedia pada Februari 2014.
0 comments:
Post a Comment