Mereka yang berumur 16 hingga 24 tahun dikenali sebagai generasi yang terhubung dengan internet dan memiliki peranti pintar. Mereka ini mendengar muzik dan menonton video dari laman internet, membaca berita dan informasi atas talian dan secara keseluruhan menggunakan aplikasi digital di peranti pintar mereka.
Namun begitu, jika ditanya tentang kebiasaan membaca buku, mereka ini masih memilih buku dalam bentuk fizikal berbanding buku digital (e-book).
Pada 25 September hingga 18 Oktober 2013, sebuah badan penyelidikan Voxburner telah membuat satu tinjauan tentang pilihan media fizikal atau media digital ke atas 1420 responden yang berusia 16 hingga 24 tahun. Hasilnya, 62 peratus dari responden ini memilah bahan cetakan berbanding digital.
Selain itu 48 peratus responden mengatakan mereka lebih suka memilih filem dalam bentuk fizikal (DVD & Bluray). 47 peratus memilih suratkhabar dan majalah fizikal, 32 peratus memilh muzik dan lagu dalam bentuk cakera padat (CD) manakala 31 peratus lagi memilih permainan video dalam bentuk fizikal (CD, DVD, dan Bluray).
“Hal ini sangat mengejutkan kerana pada kebiasaannya remaja yang berusia 16 hingga 24 tahun memang jarang berenggang dengan peranti pintar dan peranti digital yang lain” kata Luke Mitchell wakil Voxburner seperti yang dipetik dari The Guardian.
Menurut Mitchell lagi,ada dua alasan mengapa anak muda ini memilih buku dalam bentuk fizikal, iaitu kerana nilai wangnya dan nilai-nilai sentimetalnya. Antara lain 28 peratus responden mendakwa harga buku digital agak mahal bagi sebuah produk yang maya. Hanya 8 peratus beranggapan harga buku digital masa kini berpatutan.
Voxburner juga melaporkan antara sebab utama mengapa generasi ini memilih media fizikal berbanding digital adalah kerana ingin memegang secara nyata produk-produk tersebut.
Ada juga yang meluahkan pendapat yang logik seperti “saya ingin menyimpannya sebagai koleksi” dan “saya mahu penuhkan rak buku saya di rumah”.
Menurut Mitchell lagi, buku pada masa kini masih menjadi simbol status bagi kebanyakkan orang. “Buku adalah simbol status. Anda tidak mengetahui apa yang dibaca oleh orang jika dia membaca menggunakan kindle” tegas Mitchell.
0 comments:
Post a Comment