Recent Comments

Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

Monday, February 10, 2014

Pengakuan dan luahan perasaan tanpa mendedahkan identiti di Twitter

Salah satu akaun twitter yang kian hangat kini dikenali sebagai Secrets Malaysia atau @twtsecretsmy. Bersama laman secretpostsmy.tumblr.com, ia membolehkan pengguna untuk berkongsi rahsia mereka, sebarang pengakuan dan luahan perasaan tanpa mendedahkan nama mereka.

Akaun twitter itu yang mula dibuka pada 22 Januari lalu, dan kini telah pun memiliki lebih 16,417 pengikut dengan lebih 3,500 jumlah tweet. Ia bersamaan dengan lebih kurang 1,000 pengikut dalam sehari untuk tempoh 18 hari.

Pada mereka yang aktif di Twitter mungkin sudah biasa dengan luahan di Twitter, namun pendedahan di laman @twtsecretsmy lebih hangat. Menurut kenyataan di laman Tumblr, mereka tidak mahu sesiapa untuk menghakim sesiapa.

Cinta adalah merupakan tema yang popular dimana mereka kongsi tentang kisah jatuh cinta, kes curang terhadap kekasih dan kesunyian.

Hal ini juga paling mengejutkan apabila ada rakyat Malaysia yang mendedahkan tentang kes salah laku antaranya penyalahgunaan dadah, mencuri di butik dan menipu di kedai mamak:

Selain dari itu,mereka ada juga yang turut dikongsi adalah rahsia masalah kurang keyakinan diri dan imej:

Topik-topik lain yang hangat juga adalah tentang kisah keluarga di mana mereka mendedahkan rasa tidak puas hati terhadap ibu-bapa dan adik beradik mereka:

Walaupun akaun tersebut diselubungi dengan rahsia-rahsia hitam masyarakat, namun terdapat juga rahsia yang bermesej positif.

Dengan tedapatnya tweet-tweet di garis masa @twtsecretsmy, adakah anda bimbang dengan aspek psikologi pengguna Twitter di Malaysia yang secara terbuka telah mendedahkan rahsia mereka, ini sekaligus turut membuka pekung masyarakat umumnya? adakah akaun tersebut merupakan platform yang terbaik untuk meluahkan sesuatu isu dengan jujur?

Tuesday, January 7, 2014

MiniDrone terbaru Parrot mampu memanjat

4 tahun lepas parrot telah memperkenalkan drone rekaan mereka AR.Drone menjadi trend dalam industri robotik konsumer. Dengan jumlah penjualan melebihi 500 ribu sejak 2010 Parrot meneruskan lagi legasi penghasilan robot terbaru mereka dengan penciptaan sebuah lagi robot drone yang lebih unik dan inovatif yang dinamakan MiniDrone.


Walaupun masih dalam fasa projek, quad-copter bersaiz kecil ini diperkenalkan di CES 2014 mencuri perhatian ramai. MiniDrone tidak ubah seperti produk awal Parrot iaitu AR.Drone cuma yang bezanya MiniDrone walaupun bersaiz lebih kecil mempunyai keupayaan lebih besar. Dilengkapi 2 roda besar, Mini Drone mampu bergerak di atas lantai, memanjat dinding dan juga mampu bergerak melekat dipermukaan siling.



Apa yang menariknya berbanding AR Drone, Mini Drone dilengkapi cip pemproses 500mhz bersama RAM 1GB. Selain itu ianya juga dilengkapi pelbagai pengesan seperti tekanan, ultrasonic, accelerometer, dan gyroscope untuk memastikan tahap kestabilan robot ini dan tegap beroperasi. Memandangkan produk ini masih diperingkat fasa projek, maklumat lengkap adalah terhad.


Jika dilihat perkembangan Parrot akhir-akhir ini, syarikat ini banyak menumpukan penghasilan robot-robot yang berfungsi di atas permukaan. Parrot juga pernah mendedahkan produk terbaru mereka yang juga masih diperingkat fasa projek dinamakan Jumping Sumo (lihat bawah). Robot ini seakan-akan serangga yang mana boleh berpusing dan melompat sehingga 80 sentimeter tinggi dan berpusing 90 darjah.


parrot sumo jumping

Monday, January 6, 2014

SkyCycle: Laluan basikal di awan biru

Cadangan pembinaan laluan basikal di udara mungkin kelihatan mustahil tetapi ianya bakal menjadi realiti di London.


Seorang arkitek British, Norman Foster telah mendedahkan satu kertas cadangan untuk membina sebuah lebuhraya khas basikal di ketinggian udara untuk mengurangkan lagi kesesakan di bandaraya tersibuk London.


Projek ini yang dinamakan SkyCycle, dicadangkan oleh Syarikat Foster dan Partners bersama-sama dengan arkitek landskap Exterior Architecture dan syarikat perunding pengangkutan Space Syntax. Syarikat-syarikat ini bakal bertanggungjawab menyiapkan projek pembinaan laluan basikal udara.


Laluan khas basikal ini dijangkakan sejauh 130 batu dan barada di ketinggian di atas laluan keretapi sub urban dengan lebih 200 laluan masuk dan keluar. Rangkaian laluan ini dibina berdasarkan penggunaan 12,000 orang berbasikal setiap jam.


Sky Cycle Illustration

Saturday, January 4, 2014

Bank Negara tidak iktiraf Bitcoin

Matawang digital krypto Bitcoin tidak mungkin mendapat tempat di pasaran matawang terbuka di Malaysia berikutan pengumuman rasmi dari pihak Bank Negara Malaysia yang tidak mengiktiraf matawang tersebut untuk digunakan di Malaysia. Kenyataan rasmi juga ada menyentuh keputusan untuk tidak mengiktiraf matawang tersebut adalah berpunca dari matawang tersebut tidak dikawal selia oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Namun begitu, pengumuman tersebut tidak menghampakan beberapa pelombong tegar Bitcoin di Malaysia. Hasil beberapa temuramah dengan beberapa orang pelombong aktif Bitcoin di Malaysia, mereka akan terus meneruskan aktiviti pelombongan mereka selagi ada permintaan besar dari orang ramai.

bitcoin mining

Friday, December 27, 2013

Era digital, buku masih relevan

Mereka yang berumur 16 hingga 24 tahun dikenali sebagai generasi yang terhubung dengan internet dan memiliki peranti pintar. Mereka ini mendengar muzik dan menonton video dari laman internet, membaca berita dan informasi atas talian dan secara keseluruhan menggunakan aplikasi digital di peranti pintar mereka.


Namun begitu, jika ditanya tentang kebiasaan membaca buku, mereka ini masih memilih buku dalam bentuk fizikal berbanding buku digital (e-book).


books voxburner


Pada 25 September hingga 18 Oktober 2013, sebuah badan penyelidikan Voxburner telah membuat satu tinjauan tentang pilihan media fizikal atau media digital ke atas 1420 responden yang berusia 16 hingga 24 tahun. Hasilnya, 62 peratus dari responden ini memilah bahan cetakan berbanding digital.


Selain itu 48 peratus responden mengatakan mereka lebih suka memilih filem dalam bentuk fizikal (DVD & Bluray). 47 peratus memilih suratkhabar dan majalah fizikal, 32 peratus memilh muzik dan lagu dalam bentuk cakera padat (CD) manakala 31 peratus lagi memilih permainan video dalam bentuk fizikal (CD, DVD, dan Bluray).


“Hal ini sangat mengejutkan kerana pada kebiasaannya remaja yang berusia 16 hingga 24 tahun memang jarang berenggang dengan peranti pintar dan peranti digital yang lain” kata Luke Mitchell wakil Voxburner seperti yang dipetik dari The Guardian.


voxburner youth survey ebooks


Menurut Mitchell lagi,ada dua alasan mengapa anak muda ini memilih buku dalam bentuk fizikal, iaitu kerana nilai wangnya dan nilai-nilai sentimetalnya. Antara lain 28 peratus responden mendakwa harga buku digital agak mahal bagi sebuah produk yang maya. Hanya 8 peratus beranggapan harga buku digital masa kini berpatutan.


Voxburner juga melaporkan antara sebab utama mengapa generasi ini memilih media fizikal berbanding digital adalah kerana ingin memegang secara nyata produk-produk tersebut.


Ada juga yang meluahkan pendapat yang logik seperti “saya ingin menyimpannya sebagai koleksi” dan “saya mahu penuhkan rak buku saya di rumah”.


Menurut Mitchell lagi, buku pada masa kini masih menjadi simbol status bagi kebanyakkan orang. “Buku adalah simbol status. Anda tidak mengetahui apa yang dibaca oleh orang jika dia membaca menggunakan kindle” tegas Mitchell.

Saturday, December 21, 2013

Carian popular Google Malaysia 2013

Sempena bakal berakhrinya tahun 2013, Google menerusi laman web mereka Googlezeitgeist.com telah mengeluarkan senarai carian terbanyak dan popular oleh pengguna Google dari Malaysia.


Senarai ini menunjukkan perspektif yang unik berdasarkan peristiwa-peristiwa utama yang berlaku pada tahun 2013 khususnya di Malaysia.


Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu dicatatkan menjadi carian paling teratas di Malaysia. Peristiwa ini yang menjadi topik hangat selama 4 bulan berturut-turut menjadi perhatian pengguna internet di Malaysia yang tercari-cari berita tersebut dengan kata kunci ‘Lahad Datu’.


Pengumuman rebat telefon pintar dari SKMM menjadi topik carian kedua terbanyak berikutan pengumuman rasmi Bajet 2014 di Parlimen Malaysia. Tempat ketiga jatuh kepada carian keputusan PRU13 yang mana berlangsung pada Mei 2013.


Carian yang selebihnya bertumpu kepada siri drama melayu.



Carian Terbanyak (trending) Malaysia 2013


1.        Lahad Datu


2.        SKMM


3.        Keputusan PRU13


4.        Setia Hujung Nyawa


5.        Gwiyomi


6.        Teduhan Kasih


7.        Malindo Air


8.        WeChat


9.        The Conjuring


10.      Cinta Jannah



Selain dari tumpuan carian peristiwa dan trend semasa, Googlezeitgeist.com juga mengeluarkan carian paling banyak bagi selebriti atau insan popular yang mana menunjukkan carian isteri pemain bola sepak Malaysia terkenal Nor Shahrul Idlan Talaha dengan kata kunci isteri mat yo menduduki tangga ketiga selepas penyanyi cilik terkenal Indonesia Tegar di tempat kedua dan mendiang pelakon filem Fast and Furious Paul Walker di tempat pertama.



Carian Insan Popular (trending) Malaysia 2013


1.        Paul Walker


2.        Tegar


3.        Isteri Mat Yo


4.        Sharifah Zohra Jabeen


5.        Nelson Mandela


6.        Jackie Chan


7.        Sultan Sulu


8.        Adam Adli


9.        Lea Michele


10.      Gareth Bale



Menurut Pengarah Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, “Google menjadi medium utama untuk rakyat Malaysia mencari maklumat dan perkembangan terkini, senarai hujung tahun Zeitgeist ini menjadi rujukan untuk mengetahui peristiwa atau ikutan untuk Malaysia pada 2013”.


Untuk maklumat penuh senarai carian paling banyak 2013 sila lawati googlezeitgeist.com.


Komputer AIO Chrome OS pertama dunia dari LG

LG mengumumkan produk terbaru mereka komputer semua dalam satu (AIO) yang beroperasi atas sistem operasi Awan Chrome. Produk ini bakal diperkenalkan pertama kalinya pada pameran antarabangsa CES pada bulan Januari nanti.


Direka untuk kepantasan dan mudah digunakan, sistem operasi Chrome dan aplikasinya dijalankan secara atas talian. Ini bermakna komputer ini hanya menyimpan data yang minima pada cakera kerasnya.


Kelebihan ini mampu membuatkan komputer ini bebas virus dan ianya mampu dihidupkan (boot) dalam beberapa saat sahaja.


Chromebase didatangkan dengan skrin Full HD 21.5 inci, cip pemproses Celeron yang terbaru, speaker terbina dalaman dan kamera 1 megapiksel. Rekaan Chromebase juga tampak ringkas dan bersih dimana keseluruhan komputer ini berwarna putih atau hitam.


Disebabkan konsep awan yang menjadi asas utama komputer ini, Chromebase hanya dilengkapi storan dalaman 16gb menerusi SSD. Pengguna yang memerlukan storan yang lebih besar disarankan membeli cakera keras luaran (external hard drive) memandangkan naik taraf storan ini agak mustahil kerana rekaannya yang padat.


Dari aspek sambungan pula, Chromebase mempunyai sambungan 3 port untuk 2.0 dan 1 sambungan untuk USB 3.0. Selain itu sambungan masuk HDMI juga disediakan untuk memudahkan pengguna menggunakan peranti lain menerusi skrin utama komputer ini.


Chromebase dijangkakan di demonstrasikan di pameran Antarabangsa CES pada 7 Januari tahun hadapan.


LG-AIO-Chromebase


Friday, December 20, 2013

TV skrin lengkung Ultra HD LG

Ultra HD (4K) mempunyai resolusi 4 kali lebih baik dari skrin HD. Skrin lengkung pula dikatakan terbaik kerana mampu mengurangkan pantulan cahaya. Dan skrin lebar dengan aspek ratio 21:9 memberikan pengalaman yang mengujakan ketika menonton filem. Ditambah pula dengan saiz skrin 105 inci, ini adalah impian teragung kaki wayang.


LG dilaporkan akan mengumumkan produk TV terbaru mereka dengan spesifikasi yang sama diatas di pameran antarabangsa CES. Di reka dengan lengkungan skrin, LG 105UB9 ini didatangkan dengan saiz 105 inci dan resolusi 5120×2160 membuatkan tontonan filem seperti The Hobbit dan Star Trek: Into Darkness mengujakan.


Namun begitu, TV ini tidak dilengkapi teknologi OLED seperti mana TV-TV terbaru di pasaran. Ianya menggunakan teknologi lama LCD memandangkan ianya lebih sesuai untuk skrin besar yang melengkung.


LG tidak mengumumkan sebarang harga untuk skrin. Ini bermakna pengguna perlu tunggu sehingga pameran antarabangsa CES tersebut.


https://www.youtube.com/watch?v=3BOb77iLyTc

Wednesday, December 18, 2013

Robot terbaru terbang tanpa kawalan

Zaman pengkomersilan robot atau drone peribadi tidak dinafikan sudah pun bermula lebih-lebih lagi dengan berita-berita inovasi bidang robotik yang sering diperkatakan dan ditambah pula dengan perancangan Amazon.com untuk mensasarkan drone sebagai mod penghantaran menguatkan lagi teknologi robotik sudah mula dikomersilkan.


Sungguhpun begitu masalah utama dalam mengoperasikan robot atau drone ini cuma satu. Kawalan. Kebergantungan pergerakan atau kawalan drone kepada manusia sering menjadi persoalan utama dalam teknologi robotik. Melihat pada keadaan ini, sekumpulan penyelidik dari Belanda telah mencipta sebuah drone terbang tanpa kawalan yang mana mampu bergerak secara automatik tanpa kawalan manusia.


Dengan kelebaran sayap 28 sentimeter dan hanya seberat 20 gram, drone tersebut yang dinamakan Delfy Explorer menggunakan teknologi mini sistem ‘Stereovision’ yang mana berpandukan 2 kamera dan sebuah komputer kecil untuk mengelak sebarang halangan yang menghalang laluan drone tersebut.


Sistem ‘stereovision’ tersebut yang mana hanya seberat 4 gram membenarkan Delfy Explorer untuk menimbangtara jarak antara drone tersebut dengan mana-mana halangan secara masa sebenar.


stereovision-delfly


Di dalam sebuah video demostrasi Delfy Explorer, pencipta drone tersebut menunjukkan bagaimana drone tersebut beroperasi dalam satu misi intipan dan juga semasa merakam persembahan konsert dari udara.


Walaubagaimanapun, tiada perancangan untuk mengkomersilkan drone ini. Menurut pereka cipta Delfly Explorer, pihak mereka masih dalam proses menghalusi teknologi ini dan sedang cuba menambah baik fungsi-fungsi lain yang dirasakan perlu pada drone tersebut.


Versi Delfly Explorer pada ketika ini hanya boleh terbang mendatar dan menegak untuk mengelak halangan dan pereka cipta drone ini berharap pihak mereka dapat menambah baik pergerakan drone ini agar ianya dapat berfungsi dengan lebih jitu, contohnya terbang melepasi tingkap kecil.


https://www.youtube.com/watch?v=2KPgPWb2Gkg

Google semakin serius dengan robot

Google menunjukkan keseriusan mereka dalam perlumbaan teknologi robotik. Baru-baru ini google melaporkan yang mereka telah mengambilalih sebuah lagi syarikat robot bernama Boston Dynamic.


Boston Dynamic memang terkenal dengan hasil inovasi robot mereka yang secara keseluruhannya bertemakan haiwan. Robot buatan mereka dilaporkan mempunyai daya keseimbangan yang hamper serupa dengan haiwan sebenar malahan ada yang mampu bergerak lebih pantas dari manusia.


Syarikat ini ditubuhkan oleh Marc Reibert, seorang bekas professor dari Messachusettes University of Technology. Walaupun berjaya menghasilkan barisan robot yang canggih dan berteknologi tinggi, robot-robot ini tidak dijual di pasaran komersil. Boston Dynamics lebih banyak membangunkan teknologi robot untuk kegunaan institusi kerajaan atau syarikat besar.


Antara intitusi kerajaan yang dilaporkan berkerjasama dengan Boston Dynamics adalah Pentagon and Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).


Salah satu inovasi Boston Dynamics yang terkenal adalah robot cheetah mereka. Robot ini dilaporkan mampu berlari sepantas 46km/j, hampir separuh kelajuan haiwan cheetah sebenar.


Pengambilalihan Boston Dynamics ini membuatkan ianya syarikat robot kelapan yang dibeli oleh google dalam tempoh setengah tahun kebelakangan ini. Lapor The New York Times.


Perolehan syarikat ini menguatkan lagi khabar angin yang menyatakan Google sedang  merancang membina fasiliti moden untuk kilang Foxconn. Foxconn telah dilihat mengurangkan tenaga kerja manusia mereka dan digantikan dengan robot.


Foxconn juga dilaporkan secara intersif telah mengurangkan kebergantungan tenaga kerja mereka dari pengilang di China.


Walaubagaimanapun penglibatan Google dalam sektor robotik pastinya akan mencetuskan inovasi-inovasi terbaik dari mereka.


https://www.youtube.com/watch?v=wE3fmFTtP9g

Tuesday, December 17, 2013

Google+ terlalu teknikal untuk pengguna Sosial

Berdasarkan kajian terbaru oleh Global Web index, mendapati walaupun Google mendapat sambutan ramai, sebenarnya mungkin laman sosial ini agak sukar digunakan.


Ini dapatkan dibuktikan dengan kajian tersebut yang mendapati rata-rata pengguna Google+ ialah dari golongan komuniti celik IT.


Kajian tersebut yang dikelolakan oleh Global Web Index membuktikan yang sebahagian besar pengguna yang aktif di Google+ adalah samada mereka yang berkerja dalam bidang IT, internet atau perkhidmatan komputer.


Hasil kajian dipecahkan mengikut peratusan dimana 29% pengguna Google+ adalah komuniti IT, 25% dari golongan eksekutif syarikat berkaitan IT, 24% pemilik syarikat dan selebihnya pengguna biasa.


Tidak hairanlah jika dikatakan Google+ agak sunyi jika dibandingkan dengan laman web sosial  yang lain walaupun mempunyai lebih 540 juta pengguna aktif. Nilai kongsian Google+ di pasaran laman sosial juga menunjukkan nilai yang begitu kecil iaitu hanya 3% (diantara Julai dan September 2013).


Namun begitu secara ironiknya situasi begini membolehkan pengguna membuat pilihan, Sekiranya ada masalah atau persoalan tentang IT silalah ke Google+, tapi sekiranya mahu bergosip, atau mengedik-gedik, Facebook pasti jadi pilihan.


google+ social share

Pantau peralatan rumah anda dengan ‘Mother’

Syarikat pereka bentuk peranti kumpulan data Sen.se telah memperkenalkan produk terbaru mereka yang dinamakan ‘Mother’. Peranti ini yang mana membolehkan penggunanya memantau setiap pergerakan peralatan di rumah direka dengan cara yang amat inovatif.


Pengguna boleh memantau dan mengesan aktiviti penggunaan peralatan di rumah seperti termostat, penimbang berat, berus gigi dan sebagainya melalui pengesan serbaguna mini ‘Motion Cookies’ yang dipasangkan pada mana-mana objek di rumah. Pengesan ini kemudiannya akan menghantar data-data tersebut secara masa sebenar terus kepada peranti utama yang dikenali ‘Mother’.


‘Mother’ mampu mengesan dan menerima data sehingga 24 jenis objek yang dipasangkan ‘Motion Cookies’ pada satu-satu masa.


Dengan pengumpulan data-data ini, ‘Mother’ mampu mewujudkan satu statistik yang komprehensif yang mana boleh dirujuk pengguna. Dan melalui statistik ini pengguna dapat menguruskan peralatan-peralatan di rumah dengan lebih efisien dan kos efektif.


Peranti ini akan mula dijual pada pertengahan 2014 dengan harga $199 (RM880) untuk set ‘Mother’ dan 4 pengesan ‘Motion Cookies’.


Sunday, December 15, 2013

NASA rancang hantar ‘Iron-Man’ ke Marikh

NASA di laporkan dalam perancangan menghantar robot bersaiz manusia ke planet Marikh. Humanoid tersebut yang dinamakan Valkyrie bersaiz 6’2” berat 125kg  dijangkakan menjadi bahan ujian sebelum menghantar angkasawan sebenar ke planat Marikh.

Humanoid tersebut yang dibina untuk menjadi robot pencari dan penyelamat dilengkapi dengan teknologi sonar, kamera di seluruh badan dan bateri besar berupa beg sandang. Walaupun pergerakkan sendi tangan kaki dan paha humanoid ini tidak serupa dengan pergerakan manusia, ianya cukup sifat untuk kajian simulasi ketahanan manusia di planet Marikh.

Menurut pengarah di makmal Dexterous Robotics NASA, humanoid ini dihantar sebagai persiapan permulaan sebelum angkasawan manusia dihantar ke planet itu. Beliau juga menambah robot ini juga dirancang membantu angkasawan NASA apabila mereka tiba di planet tersebut.

Valkyrie, yang mana agak serupa dengan karektor animasi Iron Man juga mempunyai lampu terang di dada android tersebut. Sekilas pandang ianya tidak ubah seperti manusia yang memakai sut robotik.

Dengan wujudnya teknologi-teknologi seperti ini tidak hairan pada masa hadapan penggunaan robot untuk membersihkan rumah malahan membina bangunan boleh menjadi kenyataan. Kejayaan pembinaan Valkyrie menjadi titik penting dalam teknologi Robotik masa kini.

https://www.youtube.com/watch?v=IE-YBaYjbqY

LAZADA: Amazon.com versi asia tenggara

Nama Lazada.com bukan asing lagi bagi pembeli-belah atas talian di Malaysia. Dengan barangan jualan yang berbagai Lazada telah menempa nama sebagai syarikat jualan atas talian yang tersohor di Malaysia.

Dengan jumlah trafik lebih 100,000 pelawat setiap hari membuktikan Lazada antara syarikat jualan atas talian yang berjaya mendapat tempat di persada perniagaan atas talian di Malaysia.

Ber ibupejabat di Menara Worlwide, Bukit Bintang. Lazada beroperasi sepenuhnya di atas talian selain menawarkan penghantaran cepat melalui pengangkutan mereka sendiri. Barangan dihantar pada kebiasaannya mengambil masa 48 jam untuk semenanjung Malaysia atau tiga hari untuk Sabah dan Sarawak. Selain dari itu Lazada juga menyediakan pilihan ‘Cash on Delivery’ bagi pembeli yang memilih pilihan tersebut.

Berbeza dengan syarikat jualan atas talian yang lain di Malaysia, Lazada juga menawarkan pulangan wang dalan tempoh 14 hari sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli.

Pada ketika ini barangan yang dijual di Lazada kebanyakkannya barangan elektronik namun Lazada mensasarkan untuk menambah lagi barisan produk mereka dari perkakas rumah sehinggalah produk fesyen dan peralatan sukan. Laman web Lazada boleh di lawati di Lazada.com.my


Saturday, December 14, 2013

Facebook ceburi bidang ‘Artificial Intelligence’

Facebook dilaporkan bergerak kehadapan dengan makmal penyelidikan terbaru mereka yang dikatakan sedang membuat penyelidikan tentang ‘Artificial Intelligence’.


Memetik dari artikel terbaru dari Yann Lecin di Facebook dan Google+. Kerjasama antara Facebook dan Universiti New York di katakan akan membawa perubahan besar dalam teknologi ‘Artificial Intelligence’.


Facebook dikatakan mula menubuhkan kumpulan penyelidikan ini di bulan September. Sehingga kini 8 orang telah dikenalpasti terlibat dalam projek tersebut.


Memetik dari kenyataan pengasas Facebook Mark Zuckenberg, beliau menyatakan;


“Matlamat penyelidikan ini ialah untuk menggunakan segala kandungan yang dikongsi di Facebook sebagai modul untuk menjana pemahaman yang mana boleh digunakan untuk merungkai semua persoalan”


Dengan jutaan pengguna Facebook aktif berkongsi maklumat peribadi di laman web itu memudahkan lagi proses mengumpul dan mentafsir data-data tersebut.


Facebook dikatakan berusaha untuk meletakkan iklan-iklan khusus untuk penggunaFacebook yang khusus. Teknologi ‘Artificial Intelligence’ ini tidak dinafikan dapat membantu facebook mencapai matlamat mereka dengan konklusif dan kondusif.

Fungsi kongsi Foto Twitter menerusi ‘Direct Message’

Twitter mengumumkan fungsi baru untuk pengguna telefon pintar. Fungsi baru ini membolehkan pengguna Twitter berkongsi Foto menerusi “Direct Message’ tanpa perlu risau dilihat oleh pengguna Twitter yang lain.

Menurut pos terbaru di blog Twitter oleh Jeremy Gordon, Pengarah kejuruteraan produk Twitter,

“Untuk pertama kali anda boleh berkongsi dan melihat foto menerusi ‘Direct Message’ di telefon pintar anda”

Beliau juga menambah;

“Kami juga telah memperkenalkan tab baru di kotak navigasi Twitter yang membolehkan pengguna dapat mengakses ‘Direct Message’ secara mudah walaupun di mana saja pengguna berada di dalam Twitter”

Fungsi seakan-akan Instagram ini di bangunkan khas untuk pengguna telefon pintar Apple dan Android yang mana juga menawarkan fungsi-fungsi baru yang lain seperti fungsi ‘swipe’ di mana pengguna boleh menukar paparan ‘home screen’ ke paparan ‘discover’ dengan hanya sentuhan mudah.

“Terdapat banyak lagi fungsi-fungsi menarik yang akan di perkenalkan”

Tambah Gordon lagi.

Butang ‘simpati’ Facebook

Di status Facebook:
“Bapa saya baru kembali ke rahmatullah sebentar tadi, semoga roh beliau dicucuri rahmat”

Pada kebiasaannya anda pasti menekan butang ‘suka’ pada Facebook anda sebagai tanda anda telah membaca status tersebut, tetapi apa relevannya ‘suka’ pada situasi yang menyedihkan ini?

Melihat keadaan ini, Facebook telah merancang menambah lagi satu butang bersebelahan butang ‘suka’ yang dinamakan butang ‘simpati’.

Dipetik dari BBC NEWS, Jurutera Facebook Dan Muriello mengumumkan pembangunan butang ini telah pun di bangunkan secara dalaman tetapi belum diputuskan samada akan disediakan untuk kegunaan ramai.

Pembangunan butang ini dikatakan hasil dari maklum balas pengguna Facebook yang melahirkan rasa tidak selesa mereka bila terpaksa menekan butang ‘suka’ apabila membaca status yang secara zahirnya mengumumkan situasi yang memerlukan simpati bukan untuk disukai.

Sebagai contoh, apabila rakan mengemaskini status mereka dengan berita mereka dibuang kerja, keluarga terdekat sedang sakit atau perkara-perkara lain yang tidak sesuai untuk butang ‘suka’, butang ‘simpati’ boleh dijadikan alternatif.

Thursday, December 12, 2013

Pinterest untuk iPad iOS7

Pinterest telah mengeluarkan versi terbaru mereka khas untuk aplikasi iPad iOS 7.

Aplikasi ini mempunyai beberapa ciri-ciri baru termasuk menu tetap baru di bahagian bawah skrin yang membuat aplikasi lebih mudah untuk mengemudi. Versi sebelum ini bar menu yang melungsur dari sebelah kiri skrin.

Aplikasi ini juga menawarkan 'shortcut' untuk perkongsian dan cari entri yang berkenaan.

Selain itu Pinterest juga mengumumkan yang pengguna boleh menambah tiga tambahan 'Secret boards' untuk merancang percutian atau untuk idea hadiah. Tambahan ini telah ditambah bagi versi ini yang mana membuatkan jumlah 'board' yang tersedia untuk pengguna sebanyak enam.

Seperti aplikasi mudah alih Pinterest, yang telah dikemaskini untuk IOS 7 pada bulan Oktober, aplikasi iPad baru mempunyai beberapa perubahan reka bentuk sedikit seperti membayangi dan peralihan yang baru untuk sistem operasi.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dari App Store.

Tuesday, December 10, 2013

Kapal laut Terbesar di Dunia

Syarikat minyak terbesar dunia Shell, baru-baru ini berjaya menyiapkan kapal tangki mereka yang terbesar di dunia.

Kapal tersebut yang dinamakan 'The Prelude' mempunyai ukuran panjang 1,601 kaki, lebar 243 kaki dan berat hampir 600,00 tan. Ukuran kapal ini hampir sama ketinggian dengan Menara Taipei 101 di Taiwan. Ini membuatkan 'The Prelude' adalah kapal yang terbesar pernah dihasilkan di dunia.

Pembinaan kapal ini yang mana dikuasakan dengan 20,100 kuasa kuda, mengambil masa satu tahun untuk disiapkan.

Syarikat Shell merancang untuk menggunakan kapal ini sebagai fasiliti terapung bagi menyimpan cecair gas asli, di mana gas asli akan digali dari lautan dalam, diproses di atas kapal dan dipindahkan ke kapal pengangkut yang menunggu di laut. Pada permulaan projek ini Shell mensasarkan 'The Prelude' mampu menggali 3.9 juta tan gas cecair asli setiap tahun.

Kemudahan terapung ini akan mengurangkan beberapa faktor pengeluaran gas di luar alam sekitar, Shell berkata dalam sidang media di ibu pejabat mereka. "Ia juga mengelakkan kesan alam sekitar akibat pembinaan dan pengendalian kilang di atas tanah, termasuk talian paip ke pantai dan membina infrastruktur yang lain."

Memandangkan saiznya yang besar, 'The Prelude' memerlukan satu sistem kapi dan tuil untuk menarik ia merentasi pelabuhan. Dan walaupun mampu berlayar ke mana-mana pelusuk dunia, 'The Prelude' hanya ditetapkan di satu tempat yang statik, sebagai contoh di pantai barat Austratlia, dimana kapal ini dijadualkan berlabuh selama minimum 25 tahun.

Untuk memastikan kapal ini mampu mengharungi ombak dan taufan di tengah laut, 'The Prelude' dilengkapi dengan menara kecil yang hampir setinggi Statue of Liberty yang mana mampu menstabilkan kapal itu walaupun dilanda taufan kategori 5.

'The Prelude' dijadualkan memulakan pelayar ke Autralia pada tahun 2017.

Monday, December 9, 2013

Awasi Facebook anda

Sekiranya anda aktif di Facebook beberapa bulan yang lepas, anda mungkin terbaca khabar angin tentang aplikasi yang membolehkan pengguna mengetahui siapa yang pernah melihat profil Facebook anda. Pada mereka yang ingin tahu pasti akan mendaftarkan diri mereka dengan aplikasi ini dengan harapan dapat memantau sesiapa yang lain melihat akaun Facebook mereka. Walaubagaimanapun Symantec telah mendedahkan yang aplikasi ini sebenarnya adalah salah satu aplikasi yang merbahaya yang mana digunakan untuk mencuri data atau identiti Facebook anda.

Aplikasi merbahaya ini datangnya dari sebuah laman web yang menggunakan paparan muka depan sama seperti log masuk laman Facebook dan sekiranya anda log masuk menggunakan akaun Facebook anda di laman ini, secara automatik Malware merbahaya ‘keylogger’ akan dimuat turun ke komputer anda. Malware ini secara berterusan akan merekod semua pergerakan di papan kekunci anda dan menghantar rekod-rekod tersebut secara automatik ke satu alamat emel secara automatik. Ini semua termasuk semua kemungkinan rekod kata kunci Facebook, emel, akaun bank atas talian atau apa-apa maklumat penting yang lain.

Pengguna internet disarankan mengamalkan amalan yang selamat semasa melayari internet khususnya Facebook untuk mengelakkan kejadian ini dari berlaku. Sentiasa pastikan laman web di lawati adalah selamat dan jangan sesekali log masuk akaun Facebook anda di laman-laman web lain selain laman web Facebook yang asal.

 

Feature Ad (728)