Recent Comments

Saturday, December 21, 2013

Komputer AIO Chrome OS pertama dunia dari LG


LG mengumumkan produk terbaru mereka komputer semua dalam satu (AIO) yang beroperasi atas sistem operasi Awan Chrome. Produk ini bakal diperkenalkan pertama kalinya pada pameran antarabangsa CES pada bulan Januari nanti.


Direka untuk kepantasan dan mudah digunakan, sistem operasi Chrome dan aplikasinya dijalankan secara atas talian. Ini bermakna komputer ini hanya menyimpan data yang minima pada cakera kerasnya.


Kelebihan ini mampu membuatkan komputer ini bebas virus dan ianya mampu dihidupkan (boot) dalam beberapa saat sahaja.


Chromebase didatangkan dengan skrin Full HD 21.5 inci, cip pemproses Celeron yang terbaru, speaker terbina dalaman dan kamera 1 megapiksel. Rekaan Chromebase juga tampak ringkas dan bersih dimana keseluruhan komputer ini berwarna putih atau hitam.


Disebabkan konsep awan yang menjadi asas utama komputer ini, Chromebase hanya dilengkapi storan dalaman 16gb menerusi SSD. Pengguna yang memerlukan storan yang lebih besar disarankan membeli cakera keras luaran (external hard drive) memandangkan naik taraf storan ini agak mustahil kerana rekaannya yang padat.


Dari aspek sambungan pula, Chromebase mempunyai sambungan 3 port untuk 2.0 dan 1 sambungan untuk USB 3.0. Selain itu sambungan masuk HDMI juga disediakan untuk memudahkan pengguna menggunakan peranti lain menerusi skrin utama komputer ini.


Chromebase dijangkakan di demonstrasikan di pameran Antarabangsa CES pada 7 Januari tahun hadapan.


LG-AIO-Chromebase


Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)