Di zaman serba moden ini menonton TV menjadi lebih mudah, lebih-lebih lagi dengan lambakan aplikasi mudah alih untuk telefon pintar dan tablet membuatkan tontonan menjadi semudah ABC.
Namun begitu pengguna komputer peribadi mungkin agak sedikit sukar mencari laman web atau aplikasi yang sesuai untuk desktop mereka. Tidak perlu risau lagi kerana beberapa aplikasi tontonan TV khas untuk Windows 8 sudah mula berada di pasaran. Menonton tv di Windows 8 juga boleh menjadi mudah.
Dalam artikel ini saya akan disenaraikan 5 cara untuk menonton TV Live antarabangsa melalui aplikasi Windows 8.
1. Omniverse TV, Line TV dan Frostwire TV
Dikeluarkan oleh FilmOn TV inc, ketiga-tiga aplikasi ini sebenarnya sama. Aplikasi ini membolehkan pengguna menonton berpuluh-puluh saluran TV di seluruh US, Eropah, Amerika Latin dan Asia.
Aplikasi ini boleh dimuat turun dari laman web yang disediakan. Selepas muat turun, aplikasi ini secara automatik akan menguji kelajuan internet pengguna sebelum menyenaraikan pilihan saluran yang boleh di tonton. Penonton mungkin terpaksa menonton beberapa iklan pendek sebelum dapat menonton saluran yang terpilih secara skrin penuh.
2. Zenga TV
Zenga TV menawarkan saluran-saluran TV dan Negara India dan beberapa saluran antarabangsa (termasuk filem) kepada pengguna Windows 8.
Aplikasi ini secara relatifnya memfokuskan kepada saluran-saluran TV Negara India dan beberapa Negara di Asia. Sekiranya anda peminat filem ‘mat salleh’ aplikasi ini mungkin kurang sesuai untuk anda.
Zenga TV mempunyai paparan muka yang menarik, skrin penuh dan banyak saluran yang boleh dipilih dan termasuk pilihan filem.
3. Sky News
Aplikasi ini menyediakan rangkuman berita antarabangsa menerusi paparan muka yang menarik. Terdapat juga paparan berita melalui ‘Live Feed’ bersebelahan skrin.
4. France 24-MCD-RFI
5. RT on Air
RT on Air adalah saluran Rusia Today yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan Arab. RT on Air juga menyediakan ‘Live Feed’ dari RT Amerika, RT Global, RT Arabic dan RT Spanish.
Selamat menonton dan salam deras
0 comments:
Post a Comment