Recent Comments

Showing posts with label Windows. Show all posts
Showing posts with label Windows. Show all posts

Monday, February 10, 2014

Microsoft saran pengguna XP beralih ke sistem operasi lebih baru

Walaupun Microsoft secara rasminya telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menghentikan produk atau system aplikasi itu lebih kurang 60 hari dari sekarang, namun sehingga kini, ternyata masih ramai pengguna Windows Xp di seluruh dunia yang menggunakannya dan seolah-olah tidak tahu apakah kesan yang akan berlaku sekiranya mereka tidak mengambil tindakan segera.


Kerana itu, Microsoft mengajak dan meminta bantuan kepada semua pihak yang mengetahui maklumat ini, untuk menyebarkan kepada semua orang khususnya kepada meraka  yang masih menggunakan Windows Xp agar dapat beralih ke sistem operasi  terbaru seperti Windows 7 atau 8.


"Sekarang ini, lebih  kurang dari 60 hari dari sekarang sampai hari akhir Windows X. Kami (Microsoft) meminta bantuan kepada semua pihak agar dapat menyebarkan mesej ini ke seluruh dunia untuk beralih kepada sistem operasi yang baru  agar terlepas dari pelbagai ancaman dan mendapatkan pelbagai kemudahan yang moden,” jelas Brandon LeBlanc, jurucakap Microsoft, sepertimana yang tertera di laman sesawang Computer World pada 7/2/2014.


LeBlanc juga menjelaskan bahawa Microsoft akan memberikan patch terkini untuk Windows XP yang boleh digunakan oleh para penggunanya pada 08 April nanti, namun risiko selanjutnya anda akan tanggung sendiri selepas itu, ujur beliau.


Selain itu, dalam penjelasan LeBlanc, apabila nantinya pengguna produk Microsoft akan beralih menggunakan Windows 8, maka sebuah mesin baru  yang mampu  menampung prestasi OS akan  diperlukan kerana dikhuatiri spesifikasi PC atau laptop dengan kapasiti lama tidak mampu mengimbangi kecanggihan OS baru dari Microsoft itu.


Dengan tersebarnya kenyataan ini, kami dari teknoderas menggesa anda khususnya pengguna Windows Xp, agar tidak mengabaikan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Microsoft Brandon LeBlanc, untuk kebaikan bersama.


Kongsikan maklumat artikel ini kepada rakan-rakan anda, supaya mereka dapat bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Monday, January 13, 2014

Microsoft sasar April 2015 untuk Windows 9

Memetik satu artikel dari halaman berita atas talian The Verge, Microsoft dilaporkan sedang membangunkan sistem operasi terbaru mereka Windows 9. Dikhabarkan sistem operasi ini akan dilancarkan pada April 2015 dan Microsoft sedang merancang untuk mendedahkan serba sedikit sistem operasi ini pada persidangan Build 2014 Developer Conference yang akan datang.

Microsoft dikatakan akan cuba menggunakan penjenaaman semula ini sebagai cara untuk mengurangkan kritikan yang hebat kepada sistem operasi mereka yang gagal mendapat perhatian ramai baru-baru ini iaitu Windows 8. Walaupun masih tidak jelas apa yang mungkin Microsoft akan tawarkan pada sistem operasi yang baru ini terdapat khabar angin yang mengatakan yang sistem operasi Windows 9 ini akan datang dengan applikasi Metro 2.0 yang lebih baik yang mana penambahbaikan akan difokuskan pada app world dan tiles.

Terdapat juga perancangan untuk memisahkan aplikasi Windows 9 dan membolehkan ianya berfungsi dalam tetingkap yang berasingan di desktop tradisional. Terdapat juga khabar angin yang lain mengatakan Windows 9 kali ini akan dilengkapi butang Start yang asal seperti yang ada pada sistem operasi sebelum Windows 8. Pembangun perisian kini dalam peringkat perancangan akhir bagi Windows 9, dan kerja-kerja dijangka bermula selepas persidangan Build 2014 Developer Conference pada bulan April ini.

Sementara itu laman web zdnet.com pula cuba menggambarkan rekaan konsep paparan muka yang mungkin ada pada Windows 9. Teruskan melihat di bawah.

1-small_a-1

Kredit: Jerry Jappinen/Eiskis 



1-small_a-2

Kredit: Jerry Jappinen/Eiskis 



1-small_a-3

Kredit: Jerry Jappinen/Eiskis



1-small_a-4

Kredit: Jerry Jappinen/Eiskis



1-small_a-5

Kredit: Jerry Jappinen/Eiskis



1-small_a-6

Kredit: Jerry Jappinen/Eiskis



2-smallb-1

Kredit: Chris Lombardo/deviantArt 



2-smallb-2

Kredit: Chris Lombardo/deviantArt



2-smallb-3

Kredit: Chris Lombardo/deviantArt



2-smalld-1

Kredit: Simeon Metev (SoftwarePortalPlus)/deviantArt



2-smalle-1

Kredit: Niklas Lv/deviantArt



2-smalle-2

Kredit: Niklas Lv/deviantArt



2-smalle-3
 

Sunday, December 29, 2013

Sony Vaio Tap 21: AIO kompak terbaru

Konsep tablet sebagai desktop semakin digemari ramai. Sejak pengenalan sistem operasi Windows 8 terdapat banyak model konsep sebegini mula diperkenalkan.


Terbaru, Sony telah mengeluarkan model terbaru tablet desktop mereka yang dinamakan Sony Vaio Tap 21. Yang menariknya kali ini produk ini ditawarkan pada harga yang agak munasabah standing dengan spesifikasi yang ditawarkan.


tap 21 hinge


Tap 21 diperbuat dari bekas alumunium dan disertakan dengan penyandang boleh lipat yang membuatkan produk ini kelihatan seakan-akan sebuah televisyen. Ianya ringan 30 peratus berbanding model yang lama Tap 20. Selain itu disebabkan kelebihan desktop ini boleh digunakan sebagai tablet, Tap 21 didatangkan dengan bateri terbina dalaman yang boleh bertahan beberapa jam selepas di cas.


tap 21 in action


Dari pandangan spesifikasi pula Tap 21 boleh dibeli samada bersama cip pemproses Intel Core i5 arau i7 dan pengguna juga boleh memilih samada menggunakan storan biasa cakera keras atau storan SSD. Antara perisian yang diberikan bersama tablet desktop ini antaranya Fingertapp touch organizer, aplikasi kalender keluarga, dan Sony Imagination Studio Vaio Edition (perisian suntingan video dan audio).

Thursday, December 26, 2013

3 cara lain untuk kawalan komputer jauh (Remote Desktop)

Bagi mereka yang bergantung kepada komputer untuk bekerja pasti sudah ‘familiar’ untuk menggunakan remote desktop. Operasi ini yang mana membolehkan pengguna mengakses komputer di rumah atau pejabat dari mana-mana sahaja berada sangat praktikal dan menjimatkan masa.


Walaupun terdapat banyak cara atau aplikasi untuk menggunakan ‘remote desktop’ ini mungkin anda tidak tahu atau sudah sebenarnya ada 3 lagi cara unik untuk proses kawalan komputer jauh ini


3 cara yang saya akan perkenalkan disini adalah berbeza dengan cara yang biasa digunakan seperti penggunaan aplikasi logmein, remote desktop clients, dan Vnc. Aplikasi ini tidak dinafikan sangat mudah dan praktikal tetapi hari ini saya akan memperkenalkan 3 cara yang lain untuk ‘remote desktop’.




1. Chrome Remote Desktop


chrome remote desktop


Chrome Remote Desktop (CRD) adalah antara aplikasi yang ditawarkan oleh Google. Aplikasi ini direka ringkas untuk memudahkan pengguna. Aplikasi ini boleh diaktifkan dengan memuat turun extension di komputer anda. Selepas dimuat turun anda boleh mengakses komputer yang dipasangkan CRD ini dari mana-mana komputer yang mempunyai pelayar chrome di seluruh dunia. Sambungan ini memberikan anda paparan yang berkualiti dari komputer yang dikawal. Gambar di atas menunjukkan bagaimana paparan tersebut dipaparkan. Sangat jelas dan nyata.


CRD hanya menawarkan fungsi yang asas: anda boleh menghantar 2 kombinasi butang kunci iaitu Ctrl-Alt-Del dan Prtscrn. Prtscrn adalah kunci untuk fungsi cetak paparan skrin, fungsi ini membolehkan anda merakam paparan utama komputer yang dikawal. Anda juga boleh menukar saiz desktop komputer yang dikawal untuk muat pelayar anda, kecilkan untuk muat pelayar anda atau mod skrin penuh.


Untuk operasi kawalan komputer jauh, fungsi-fungsi ini sudah cukup untuk digunakan.




2. Secure Shell-SSH


putty screenshot


Secure Shell (SSH) adalah fungsi kawalan komputer jauh yang menggunakan baris arahan (command-line). Sekiranya anda biasa menggunakan aplikasi Dos di komputer Windows anda, anda mungkin faham dengan cara ini. Secara asasnya SSH ialah cara kawalan komputer menggunkan baris arahan sahaja, tiada visual sebenar desktop anda.


Kelebihan fungsi ini ialah ianya pantas berbanding menggunakan aplikasi remote desktop yang lain. Dengan mahir menggunakan baris arahan yang khusus anda mampu berbuat apa sahaja pada komputer yang dikawal.


Untuk menggunakan fungsi ini anda memerlukan program yang dinamakan SSH Client. SSH Client boleh digunakan menerusi aplikasi seperti Putty atau aplikasi pelayar seperti Firessh untuk Firefox atau Secure Shell untuk Google Chrome.




3. Kawalan jauh tanpa wayar


unified remote control


Fungsi Remote Desktop juga boleh digunakan melalui aplikasi Android seperti Unified Remote. Aplikasi ini secara mudahnya seperti alat kawalan TV cuma ianya digunakan untuk komputer. Melalui aplikasi ini anda boleh mengawal Spotify untuk muzik, kawal Chrome untuk melayari internet, atau mengawal Youtube untuk video. Anda juga boleh menghidupkan dan mematikan komputer anda dari jauh menggunakan aplikasi ini.


Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu memuat turun aplikasi pelayar ke komputer yang ingin dikawal dan muat turun aplikasi Android tersebut ke peranti Android anda. Unified Remote berkomunikasi dengan komputer anda samada melalui sambungan Bluetooth ataupun Wifi.


Sekiranya anda menggunakan peranti Windows anda boleh menggunakan Windows 8 controller. Ianya boleh digunakan atas platform Windows atau Android untuk mengawal Komputer Windows 8 anda.


Itu saja kali ini, jumpa lagi di artikel seterusnya Salam Deras.

Friday, December 20, 2013

5 cara tonton TV Live percuma di Windows 8

Di zaman serba moden ini menonton TV menjadi lebih mudah, lebih-lebih lagi dengan lambakan aplikasi mudah alih untuk telefon pintar dan tablet membuatkan tontonan menjadi semudah ABC.


Namun begitu pengguna komputer peribadi mungkin agak sedikit sukar mencari laman web atau aplikasi yang sesuai untuk desktop mereka. Tidak perlu risau lagi kerana beberapa aplikasi tontonan TV khas untuk Windows 8 sudah mula berada di pasaran. Menonton tv di Windows 8 juga boleh menjadi mudah.


Dalam artikel ini saya akan disenaraikan 5 cara untuk menonton TV Live antarabangsa melalui aplikasi Windows 8.



1. Omniverse TV, Line TV dan Frostwire TV



Dikeluarkan oleh FilmOn TV inc, ketiga-tiga aplikasi ini sebenarnya sama. Aplikasi ini membolehkan pengguna menonton berpuluh-puluh saluran TV di seluruh US, Eropah, Amerika Latin dan Asia.


Aplikasi ini boleh dimuat turun dari laman web yang disediakan. Selepas muat turun, aplikasi ini secara automatik akan menguji kelajuan internet pengguna sebelum menyenaraikan pilihan saluran yang boleh di tonton. Penonton mungkin terpaksa menonton beberapa iklan pendek sebelum dapat menonton saluran yang terpilih secara skrin penuh.



2. Zenga TV



Zenga TV menawarkan saluran-saluran TV dan Negara India dan beberapa saluran antarabangsa (termasuk filem) kepada pengguna Windows 8.


Aplikasi ini secara relatifnya memfokuskan kepada saluran-saluran TV Negara India dan beberapa Negara di Asia. Sekiranya anda peminat filem ‘mat salleh’ aplikasi ini mungkin kurang sesuai untuk anda.


Zenga TV mempunyai paparan muka yang menarik, skrin penuh dan banyak saluran yang boleh dipilih dan termasuk pilihan filem.



3. Sky News



Aplikasi ini menyediakan rangkuman berita antarabangsa menerusi paparan muka yang menarik. Terdapat juga paparan berita melalui ‘Live Feed’ bersebelahan skrin.



4. France 24-MCD-RFI




5. RT on Air



RT on Air adalah saluran Rusia Today yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan Arab. RT on Air juga menyediakan ‘Live Feed’ dari RT Amerika, RT Global, RT Arabic dan RT Spanish.


Selamat menonton dan salam deras

Wednesday, December 4, 2013

Windows 8.1 lebih mesra pengguna

Kepada yang pernah berhijrah ke sistem operasi Windows 8 pasti berpendapat yang penghijrahan ini bukan kepada yang lebik baik malahan lebih buruk. Dengan kekurangan butang windows yang menjadi tradisi sejak pengenalan sistem operasi ini membuatkan pengalaman ber’windows’ menjadi mimpi ngeri.


Di internet khususnya kita pasti membaca keluhan dan aduan pengguna windows yang majoritinya tidak berpuas hati dengan sistem operasi ini yang mulanya diwar-warkan sebagai sistem operasi yang ‘cool’ dan moden.


Tetapi Alhamdulillah, berdasarkan maklum balas-maklum balas dari pengguna Windows 8, kini Microsoft telah memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada Windows 8 dan memperkenalkan Windows 8.1 sebagai naik taraf Windows 8. Artikel saya pada kali ini menyenaraikan kemaskini yang dibuat oleh Microsoft untuk sistem operasi Windows 8.1.



1. Kembalinya butang 'Start'




Kekecewaan terhadap ketiadaan butang windows terubat dengan Windows 8.1. Walaupun rupanya tidak seperti butang Windows yang dahulu, butang ini tetap berguna dan memudahkan pengguna bernavigasi di sistem operasi yang moden ini.

 

2. Mula di desktop




Windows 8 memaksa pengguna boot ke paparan muka berbentuk ‘tiles’ Windows . Walaupun ciri-ciri fungsi ini tampak moden tetapi hanya ianya agak menyusahkan pada pengguna yang tidak menggunakan skrin sesentuh. Mujur dengan Windows 8.1 ini pengguna boleh menetapkan tetapan ‘boot to desktop’ yang mana sejurus komputer dihidupkan paparan muka desktop di tunjukkan berbanding paparan muka ‘tiles’ sebelum ini. Caranya mudah sahaja, klik kanan pada taskbar, di bawah menu baru ‘taskbar dan navigation’ tandakan pilihan ‘go to desktop instead of start when I sign in’.

 

3. Carian Universal




Fungsi carian Windows 8 adalah memeritkan. Banyak tetapan perlu dibuat sebelum fungsi ini boleh digunakan. Namun begitu kemaskini Windows 8.1 telah mengintegrasikan sistem carian dan turut menyatukan carian internet ke dalam fungsi carian.

 

4. Integrasi Skydrive




Khidmat storan awan yang popular ini diterapkan pada Windows 8.1 dengan pilihan tetapan yang lebih efisien. Sebagai contoh pengguna boleh memilih tetapan Skydrive sebagai penyimpan aplikasi yang ada secara ‘default’.

 

5. Kesesuaian Aplikasi




Pada Windows 8.1, pengguna boleh menetapkan nama pada setiap kumpulan ‘tile’ aplikasi dengan cara klik kanan dan pilih ‘customize’. Pengguna juga boleh melaraskan saiz tetingkap bagi setiap aplikasi.

 

Thursday, November 28, 2013

Windows RT bakal ditamatkan?

Sumber dari Cnet melaporkan Microsoft berhasrat menghadkan sistem operasi mereka kepada 2 variasi sahaja.

Pada ketika ini Microsoft mempunyai 3 variasi windows iaitu, windows 8.1 untuk computer peribadi, windows mobile untuk peranti mudah alih dan windows RT untuk tablet.

Namun begitu pihak Microsoft tidak menerangkan secara terperinci variasi yang mana satu bakal ditamatkan. Persoalan demi persoalan timbul di kalangan pengguna produk Microsoft kerana pengumuman tersebut juga kekal menamatkan sistem sokongan di salah satu variasi tersebut. Cuma yang jelas penamatan salah satu variasi sistem operasi windows ini akan berlaku pada tahun 2015.

Jika dilihat secara mendalam, diantara ketiga-tiga variasi tersebut diakui sistem operasi windows RT mempunyai banyak kelemahan. Ini adalah kerana windows RT dibangunkan dalam ekosistem yang tertutup, yang hampir serupa dengan sistem operasi ios milik Apple. Dan oleh kerana itu sistem operasi windows RT tidak fleksibel untuk dibangunkan. Adakah mungkin sistem operasi ini yang bakal ditamatkan?

Sumber dari Cnet juga ada melaporkan hasrat Microsoft untuk menggabungkan sistem operasi windows RT dan windows mobile yang mana meletakkan sistem operasi windows mobile sebagai teraju sistem tersebut. Dari maklumat-maklumat begini tampak jelas yang windows RT akan ditamatkan. Tapi ini sekadar pendapat sahaja.

Thursday, November 21, 2013

Akhirnya, Instagram untuk peranti windows

Setelah sekian lama mendiamkan diri akhirnya Instagram mengumumkan aplikasi popular mereka untuk peranti mudah alih Windows.

Berita baik ini sudah pastinya membuatkan pemilik peranti mudah alih Windows khususnya Lumia tersenyum. Walaupun pada awalnya aplikasi seumpamanya Vine, tersedia untuk peranti mudah alih Windows populariti Instagram lebih menjadi faktor utama kelebihan aplikasi ini.

Namun begitu aplikasi ini yang mana masih di peringkat percubaaan (Beta) ini mempunyai kekurangan berbanding versi IOS dan Android. Antara kekurangan tersebut adalah pengguna tidak boleh menanda (tagging) rakan-rakan dan tidak dapat memuat naik video secara terus.

Walaubagaimanapun pihak Instagram menyatakan kelebihan-kelebihan tersebut akan ditambah mengikut peredaran masa.

Akan tetapi pengguna tidak perlu risau kerana kemudahan penyaring foto seperti yang ada pada versi IOS dan Androis ada pada versi windows ini.

Instagram versi Windows boleh dimuat turun dari Windows Marketplace

 

Free Web Proxy

Tuesday, November 19, 2013

5 Aplikasi pemain media percuma terbaik

Pemain media adalah antara perisian yang wajib ada pada setiap komputer. Walaupun ada sesetengah pengguna jarang menggunakan komputer sebagai pemain video kesukaan, perisian sebegini nyata perlu ketika memastikan video atas talian dapat dimainkan dengan sempurna. Berikut adalah 5 perisian pemain media percuma yang terbaik untuk pengguna.

1. Gom Media Player


Mainkan fail video daripada pelbagai format video.


 

2. VLC Media Player


Mainkan fail audio dan video pada masa sebenar dan mod ‘stream’ terus dari web.


 

3. Divx Plus Software


Main, cipta dan ‘stream’ video berkualiti tinggi.


 

4. Real Player


Cari dan mainkan video atas talian, muat turun, menyimpan, menyusun dan berkongsi.


 

5. UM Player


Mainkan mana-mana fail media dalam pemain multimedia sumber terbuka ‘Cross Platform’.


 

 

Baidu perkenal Aplikasi PC Faster

Syarikat enjin carian China, Baidu memperkenalkan aplikasi terbaru mereka PC Faster 4.0. Aplikasi ini yang dibangunkan oleh sekumpulan jurutera  Baidu berfungsi untuk mengoptimumkan sistem operasi desktop atau laptop.

Aplikasi ini boleh di pasang pada computer peribadi anda dengan mudah dan selamat. Aplikasi ini dikatakan mampu menyelesaikan 3 masalah utama menyebabkan computer menjadi perlahan iaitu dengan memadamkan fail sampah, membebaskan memori tidak terpakai dan mengoptimumkan proses booting agar computer tersebut dapat beroperasi dengan cekap.

Baidu PC Faster mempunyai 4 cara pembersihan dan lebih dari 300 ‘checkpoint’ selenggara yang terdiri daripada kelajuan ‘booting’, penggunaan memori, dan tahap prestasi sistem.

Penggunaan aplikasi ini sangat mudah hanya dengan satu klik sahaja tanpa perlu ‘restart’ pc. Pengguna juga boleh berkongsi skor hasil hasil dari proses aplikasi ini ke facebook.

Menurut Jeff Li, ketua pasukan PC Faster berkata “Baidu PC Faster direka semula sepenuhnya hasil daripada maklumbalas berjuta-juta pengguna aplikasi itu diseluruh dunia”. Tambah beliau lagi “semua orang baik dari pengguna awal computer, gamer, bahkan netizen dapat meningkatkan prestasi computer mereka dengan hanya satu klik”.

Baidu PC Faster 4.0 boleh dimuat turun dengan bahasa Inggeris, Indonesia, Thailand dan juga portugis.

Aplikasi ini boleh dimuat turun di pautan ini.

 

Monday, November 18, 2013

Flipboard untuk Win 8.1 Dengan ‘Live Tiles’

Flipboard, yang menjadikan majalah sosial peribadi untuk anda pada Android dan IOS, akhirnya telah melancarkan aplikasi khas untuk Windows 8.1 yang mengambil kesempatan daripada ‘Lives Tile’ yang baru. Perkhidmatan ini juga telah menggunakan platform e-dagang untuk melancarkan kemudahan katalog bergambar seperti Pinterest.

The Flipboard Tile Live memberikan anda kelihatan up-to-date di semua kandungan yang anda melanggan, bersama-sama dengan keupayaan untuk pin pilihan Flipboard tertentu ke Skrin Mula anda. Dalam aplikasi ini, anda boleh seret dari bahagian bawah untuk Langgani, mula semula, sunting, terbalik, dan pilihan yang lain, manakala seret turun dari atas mencadangkan anda majalah yang mungkin anda suka. Anda juga boleh mendapatkan tips dari “Discover” tab, yang menempatakan ruangan ‘Content guide’.

Secara relatifnya Flipboard memang salah satu aplikasi yang ‘cool’ dan interktif baik bagi iOS ataupun Android. Dan kini untuk windows!

Flipboard juga menyokong mod ‘Snap View’ atau ‘Split Screen’ pelbagai tugas dalam Windows 8.1, yang membolehkan anda menggunakan aplikasi di sebelah skrin manakala yang mempunyai aplikasi lain membuka di bahagian lain skrin.

Flipboard boleh dimuat turun dari Windows Store.

http://www.youtube.com/watch?v=vRBDLGBFVTc

Sunday, November 10, 2013

Keajaiban 7 Inci

Zaman sekarang ini kalau tiada peranti tablet memang tidak sah. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang gila gadget. Selalu dilihat sebagai pesaing kepada netbook, peranti ini tidak dinafikan sangat versetail dan berkuasa tinggi. Jika anda mencari tablet yang berbaloi dan sesuai dengan keputusan dan badget anda, ternyata peranti tablet 7 inci adalah jawapannya. Apa yabg pasti “size does matter”.

1.Google Nexus 7

nexus1


Tidak asing lagi kepada ‘kaki gadget’. Peranti yang dibina oleh goole dengan kolaborasi bersama Asus ini memiliki skrin IPS dengan resolusi paparan 1280×800 piksel definisi tinggi. Dioperasikan dengan android 4.1 Jelly Bean, peranti ini dilengkapi dengan cip pemprosesan empat teras.Nvidia Tegra 3. Game definisi tinggi? Tiada masalah!!

2.iPad Mini

ipad2


Senang digambarkan sebagai adik iPad biasa (8inci). iPad Mini dilengkapi paparan skrin retina beresolusi 1024×768 piksel sama seperti pada iPad 2. Beroperasi di atas kapasiti cip pemprosesan dwi-teras A5, peranti ini juga dilengkapi dengan sistem operasi iOS 6. Lebih menarik lagi peranti ini didatangkan bersama dengan sambungan ‘lightning’ untuk caj dan pemindahan data kabel.

3.Amazon Kindle Fire HD

amazon


Selepas kejayaan besar generasi pertama. Amazon tampil dengan Kindle Fire HD. Dikuasakan dengan cip pemprosesan dua teras 1.2 GHz. Peranti ini juga dilengkapi dengan paparan skrin HD 1280×800. Suatu peningkatan yang ketara berbanding model sebelumnya.

4.Asus Memo Pad 7

asus1


Asus sememangnya sudah sinonim dengan peranti prestasi tinggi. Peranti prestasi tinggi. Peranti ini yang menggunakan sistem operasi android 4.1 Jelly Bean juga disertakan dengan pemprosesan grafik mali 400 yang dikuasakan oleh cip pemprosesan 1GHz. Antara kelebihan utama peranti ini ialah ianya mampu bertahan sehingga 7 jam penggunaan. Terima kasih kepada bateri Li-Po 4270 mAh terbina dalam peranti ini.

5.Alcatel One Touch Tab T10

alcatel


Dioperasikan oleh cip pemprosesan 1GHz Arm Cortex A8 dan memori 1GB ram. Kelemahan yang nyata hanya kerana sistem operasi 4.0.3 ics. Skrin peranti ini juga dianggap biasa kerana hanya mampu mencapai resolusi 800×480.

6.Acer Iconia B1

acer


Tablet unik ini menggunakan Jelly Bean 4.1 sebagai sisitem operasinya. Selain ianya juga dilengkapi dengan cip pemprosesan 2 teras mediate 1.2GHz. Paparan skrin yang agak tajam dengan resolusi 1024×600 piksel juga menghiasi tablet ini.

 

Saturday, November 9, 2013

Lumia 6-inci, Untuk sesiapa sahaja?

Nokia kini telah menyertai dalam perlumbaan phablet 6-inci juga, dengan dua  Telefon Windows 8 peranti yang baru berdasarkan faktor bentuk. Digelar "skrin besar pertama telefon pintar Lumia", Lumia Lumia 1520 dan 1320 adalah enam inci bersedia untuk hiburan dan produktiviti. Saiz skrin yang lebih besar bagi membolehkan ruang ketiga baru jubin pada skrin utama, membolehkan pengguna untuk melihat dan melakukan lebih banyak. Format baru ditambah pula dengan beberapa inovasi kamera yang paling maju supaya orang boleh menangkap dan berkongsi dunia di sekeliling mereka.

lumia1


Lumia 1520, perdana baru, menawarkan inovasi pengimejan terbaru dari Nokia - kamera PureView 20MP dengan penstabilan imej optik (OIS) yang membolehkan imej yang tajam walaupun dalam gelap serta oversampling dan zoom teknologi yang serupa dengan Lumia 1020. Paparan pada Lumia 1520 engkol keluar 1920 x 1080 piksel, dan orang-orang boleh membawa video mereka untuk hidup dengan Rakaman Kaya Nokia, sebuah menangkap audio yang sukar ditandingi menggunakan empat terbina dalam mikrofon. Dengan Microsoft Office terbina dalam, dokumen-dokumen yang boleh disunting dan dikongsi dengan mudah untuk produktiviti maksimum. Lumia 1320 banyak ciri-ciri inovasi Lumia mewah pada paparan besar 720p 6-inci dan memanjangkan Camera aplikasi Nokia untuk julat harga yang lain.

lumia2





Lumia Nokia 1520 boleh didapati dalam warna kuning putih merah, hitam dan berkilat. Ia dijangka memulakan penghantaran pada S4 2013, dengan harga kira-kira AS $ 749 sebelum cukai dan subsidi di Hong Kong, Singapura, Amerika Syarikat, China, United Kingdom, Perancis, Jerman, Finland dan pasaran Eropah yang lain, dengan pasaran lain untuk diikuti.

Lumia Nokia 1320 boleh didapati dalam oren, kuning, putih, dan hitam dan dijangka memulakan penghantaran pada Q1 2014 dengan harga kira-kira AS $ 339 sebelum cukai dan subsidi di China dan Vietnam, diikuti oleh pasaran lain di Asia, India dan Eropah.


Facebook disekat di pejabat?

Bagi kakitangan kerajaan dan juga syarikat-syarikat besar. Arahan dilarang melayari laman sosial di waktu pejabat bukan perkara luar biasa. Ada juga sesetengah syarikat mengambil tindakan yang lebih drastik dengan menyekat website-website ini dari dilayari dari rangkaian mereka. Bagi mereka yang tegar pasti curi-curi melayari internet tapi bagi mereka yang disekat terus langsung tidak dapat mengakses laman-laman web tersebut.

Teknoderas.com kali ini menyiarkan tips bagaimana untuk mengatasi masalah disekat melalui rangkaian. Diharap pembaca menggunakan pengetahuan yang ada hanya untuk kebaikan dan bukan untuk sebarang aktiviti jenayah. Berikut adalah cara-cara menembusi rangkaian yang disekat:

 

1. TOR (the onion router)


Tor_project_logo_hq

Tor pada asalnya adalah sebuah teknologi tentera Amerika Syarikat dalam mempertahankan rangkaian mereka dari diceroboh. Namun setelah teknologi ini ditinggalkan, ianya dibangunkan semula oleh sekumpulan pakar IT untuk memastikan tahap keselamatan privasi pengguna internet. Secara relatifnya TOR digunakan untuk mereka yang sangat menjaga 'privacy' mereka. Tetapi dalam pada masa yang sama juga TOR mampu menembusi mana-mana rangkaian internet yang disekat. Kelebihan ini membuatkan TOR sangat meluas digunakan di seluruh dunia khusunya di negara-negara yang akses internet mereka disekat oleh pemerintah.

Kelebihan: Kebal dari sebarang rangkaian penyekat.
Boleh 'run' terus dari thumbdrive.

Kekurangan: Menggunakan sumber pemproses yang sangat tinggi

Download: TOR

 

2. Spotflux


SpotFlux

Spotflux adalah global, perkhidmatan berasaskan awan menyediakan privasi dalam talian dan perkhidmatan keselamatan untuk pengguna. Pengguna memuat turun aplikasi ke desktop mereka, yang kemudiannya membolehkan beberapa privasi dan perkhidmatan anti-virus. Spotflux menjamin sambungan internet melalui penyulitan, melindungi data elektronik dihantar.


Kelebihan: Mudah dipasang.
Menggunakan sumber pemproses yang rendah.


Kekurangan: Banyak iklan yang menganggu (pop up ads)


Download: SpotFlux



3. Hotspot Shield


2b732a054b2a02b7400x

Hotspot Shield adalah aplikasi perisian yang dibangunkan oleh AnchorFree, Inc yang membolehkan pengguna untuk melayari internet secara peribadi dengan mewujudkan satu rangkaian persendirian maya supaya pengguna boleh mendapat akses yang selamat kepada semua kandungan internet, sementara tinggal di kawalan ke atas privasi peribadi mereka.Program ini juga digunakan untuk perlindungan malware awan terutamanya oleh pelancong dan ekspatriat yang ingin menyimpan data atau mengakses kandungan rumah mereka semasa melakukan perantauan di luar negara.

Kelebihan: Applikasi yang ringan

Kekurangan: Perlu di 'install' pada komputer

Download: Hotspot Shield

 

4. Ultra-Surf


images

Ultrasurf adalah applikasi percuma untuk penapisan pemintasan yang dibangunkan oleh Ultrareach Internet Corporation. Perisian ini membolehkan pengguna untuk memintas penapisan dan firewall menggunakan proksi HTTP, dan menggunakan protokol penyulitan untuk privasi.

Perisian yang telah dibangunkan oleh pembangkang Cina sebagai satu cara yang membolehkan pengguna internet untuk memintas 'Firewall Great China'. Ia kini mempunyai seramai 11 juta pengguna di seluruh dunia. Alat ini telah dipuji sebagai "salah satu yang paling penting alat kebebasan bersuara di Internet" oleh majalah Wired, dan sebagai "yang terbaik" alat pemintasan oleh Universiti Harvard dalam satu kajian 2007, sebuah kajian 2011 oleh Freedom House menduduki tempat keempat.

Kelebihan: Tak perlu install, hanya 'run' dari USB

Kekurangan: Agak perlahan berbanding aplikasi lain

Download: Ultra-Surf

Friday, November 8, 2013

Website Menarik

Quickdraw – dengan QuickDraw anda boleh membuat undian singkat untuk Twitter, atau senarai dan tweet kepada pengikut anda untuk mendapatkan jawapan segera. Selepas membenarkan aplikasi ini untuk mengakses akaun Twitter anda, anda boleh membuat undian dengan sekurang-kurangnya dua pilihan atau senarai untuk orang ramai untuk menyumbang kepada. Pengikut anda akan mendapat jumlah masa yang terhad untuk menjawab, dan kemudian pengundian akan ditutup.

My image

Dailylister –adalah enjin pencarian Craigslist serta lain-lain yang lebih kecil laman diklasifikasikan seperti Oodle, Geebo dan eBay Classifieds. Ia menggabungkan Google dan lain-lain talian laman iklan untuk membuat ia lebih mudah untuk mencari sesuatu untuk jualan ke atas semua laman diklasifikasikan. Ia boleh mencari iklan di setiap kawasan di Amerika Syarikat. Dailylister.com adalah sama sekali tidak bergabung dengan Craigslist, eBay Classifieds, Oodle, Geebo atau Kijiji.

My image

Twitlate –adalah perkhidmatan percuma yang membolehkan anda untuk membuat tweet berjadual di Twitter. Ia berfungsi dengan API Twitter, jadi ia tidak memerlukan kata laluan anda. Anda boleh membuat tweet berjadual apabila anda mahu dan tidak ada iklan dalam tweet anda. Hantar pada masa tertentu pada masa akan datang apabila anda mahu. Anda boleh menggunakan perkhidmatan daripada hampir mana-mana pelayar, dan pada pelayar telefon bimbit anda.

My image

Gif2Sprite – adalah perkhidmatan percuma yang membolehkan anda untuk menukar animasi GIF adalah untuk turutan JPG dan CSS yang sama. Anda mungkin mengalami masalah dengan GIF bahawa penggunaan ketelusan kerana GIF ditukar menjadi turutan JPG. Pilih tahap kualiti imej turutan. Kualiti yang lebih tinggi bermakna saiz fail yang lebih tinggi. 80% adalah disyorkan, tetapi memilih yang lebih tinggi jika perlu.

My image

Edsavr – adalah sumber cepat berkongsi untuk para pendidik, dengan pendidik. Edsavr adalah Tambahan Chrome yang membolehkan anda untuk mengumpul dan menyimpan sumber-sumber daripada pelayar anda dan berkongsi mereka secara langsung kepada rangkaian peribadi pembelajaran melalui Edmodo, eduClipper, dan Sanderling.

My image

 

Feature Ad (728)