Kepada yang pernah berhijrah ke sistem operasi Windows 8 pasti berpendapat yang penghijrahan ini bukan kepada yang lebik baik malahan lebih buruk. Dengan kekurangan butang windows yang menjadi tradisi sejak pengenalan sistem operasi ini membuatkan pengalaman ber’windows’ menjadi mimpi ngeri.
Di internet khususnya kita pasti membaca keluhan dan aduan pengguna windows yang majoritinya tidak berpuas hati dengan sistem operasi ini yang mulanya diwar-warkan sebagai sistem operasi yang ‘cool’ dan moden.
Tetapi Alhamdulillah, berdasarkan maklum balas-maklum balas dari pengguna Windows 8, kini Microsoft telah memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada Windows 8 dan memperkenalkan Windows 8.1 sebagai naik taraf Windows 8. Artikel saya pada kali ini menyenaraikan kemaskini yang dibuat oleh Microsoft untuk sistem operasi Windows 8.1.
1. Kembalinya butang 'Start'
Kekecewaan terhadap ketiadaan butang windows terubat dengan Windows 8.1. Walaupun rupanya tidak seperti butang Windows yang dahulu, butang ini tetap berguna dan memudahkan pengguna bernavigasi di sistem operasi yang moden ini.
2. Mula di desktop
Windows 8 memaksa pengguna boot ke paparan muka berbentuk ‘tiles’ Windows . Walaupun ciri-ciri fungsi ini tampak moden tetapi hanya ianya agak menyusahkan pada pengguna yang tidak menggunakan skrin sesentuh. Mujur dengan Windows 8.1 ini pengguna boleh menetapkan tetapan ‘boot to desktop’ yang mana sejurus komputer dihidupkan paparan muka desktop di tunjukkan berbanding paparan muka ‘tiles’ sebelum ini. Caranya mudah sahaja, klik kanan pada taskbar, di bawah menu baru ‘taskbar dan navigation’ tandakan pilihan ‘go to desktop instead of start when I sign in’.
3. Carian Universal
Fungsi carian Windows 8 adalah memeritkan. Banyak tetapan perlu dibuat sebelum fungsi ini boleh digunakan. Namun begitu kemaskini Windows 8.1 telah mengintegrasikan sistem carian dan turut menyatukan carian internet ke dalam fungsi carian.
4. Integrasi Skydrive
Khidmat storan awan yang popular ini diterapkan pada Windows 8.1 dengan pilihan tetapan yang lebih efisien. Sebagai contoh pengguna boleh memilih tetapan Skydrive sebagai penyimpan aplikasi yang ada secara ‘default’.
5. Kesesuaian Aplikasi
Pada Windows 8.1, pengguna boleh menetapkan nama pada setiap kumpulan ‘tile’ aplikasi dengan cara klik kanan dan pilih ‘customize’. Pengguna juga boleh melaraskan saiz tetingkap bagi setiap aplikasi.
0 comments:
Post a Comment