Recent Comments

Wednesday, December 4, 2013

Israel latih pahlawan siber


Baru-baru ini Negara Israel telah menubuhkan satu institut khas bagi melatih penjawat awam mereka menangkis sebarang serangan siber.

Institut ini yang dinamakan ‘Cyber Gym’ dibina di sebuah bangunan kecil berhampiran stesen Janakuasa Orot Rabin, di utara pantai Israel.

‘Cyber Gym’ dirasmikan oleh Jabatan Tenaga Elektrik Israel (IEC) dilaporkan ditubuhkan untuk mengatasi serangan siber yang semakin meningkat.

Menurut pengarah ‘Cyber Gym’, institut ini dibina atas respons negara Israel yang sering diserang samada secara realiti ataupun di dunia siber. “Israel adalah negara yang sering diserang” tambah beliau lagi.

Laporan dari IEC juga mengatakan yang insfrastruktur mereka diserang hampir 10,000 serangan sejam. Disebabkan keadaan yang unik ini ‘Cyber Gym’ ditubuhkan untuk memanipulasi serangan yang ada demi kebaikan Israel.

‘Cyber Gym’ dikatakan mempunyai kemudahan yang canggih dan sangat kondusif. Sebagai contoh Institusi ini mempunyai dua bahagian yang berasingan yang mana satu bahagian bertindak sebagai simulasi serangan dan bahagian yang satu lagi sebagai pertahanan.

Apabila simulasi serangan dimulakan, pelatih di bahagian pertahanan akan mula mempertahankan infrastruktur mereka dan sekiranya mereka gagal keseluruhan bahagian pertahanan akan dimatikan lampu dan sistem komputer juga dimatikan. Menurut jurucakap ‘Cyber Gym’ pihak mereka sentiasa cuba mensimulasikan keadaan dengan keadaan yang lebih nyata agar pelatih dapat merasakan kehangatan sebenar bertarung di medan perang maya.

Israel memang diantara negara yang sering menerima serangan siber. Mereka mendakwa serangan datang dari seluruh pelusuk dunia dan bertumpu kepada sistem komputer infrastruktur bank, janakuasa elektrik dan juga trafik di negara itu.

Lantaran itu penubuhan ‘Cyber Gym’ pada Israel adalah satu inisiatif kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan Negara Israel. Merujuk kepada kenyataan Menteri Tenaga Israel, beliau membayangkan yang pada masa mendatang tumpuan perang bukan hanya di dunia nyata tapi di dunia siber.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)