Recent Comments

Wednesday, December 4, 2013

Quechua lancar telefon pintar tahan lasak.


Pengeluar pakaian dan peralatan aktiviti luar Quechua, mengumumkan kerjasama mereka dengan pengeluar peranti elektronik Perancis Archos untuk mengeluarkan telefon pintar tahan lasak operasi Android untuk kegunaan aktiviti luar dan lasak.

Selain mempunyai pensijilan IP54 (bermaksud kalis air, salji, hentakan dan habuk), telefon pintar ini dikuasakan oleh cip pemproses 4 teras Qualcomm 1.2ghz, 1GB RAM, storan dalaman 4GB dengan tambahan melalui slot micro sd, kamera 5 mega piksel dan bateri 3000 mah. Syarikat ini juga mendakwa telefon pintar mereka ini mampu bertahan sehingga 22 jam masa percakapan.

Telefon Pintar Quecha ini akan dilancarkan pada 5 Disember ini di negara Perancis, Itali, Sepanyol, England, Belgium, Portugal, Germa dan Belanda. Harga dianggarkan $311.42 (RM1,001.68).

http://www.youtube.com/watch?v=qSLFO76H8do

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)