Recent Comments

Tuesday, December 3, 2013

3 Cara muat turun video dari Facebook


Sekiranya anda mempunyai masalah sambungan internet yang perlahan atau kuota streaming yang sudah habis tentunya anda akan menghadapi masalah menonton video di Facebook. Atau sekiranya anda ingin menyimpan video tersebut dan tonton secara offline saya ada 3 cara menyelesaikan masalah tersebut.

Mungkin terdapat banyak aplikasi untuk muat turun video Facebook dari internet tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri 3 cara ini adalah yang paling senang dan efektif. Hampir semudah memuat turun video dari laman video popular Youtube.

Nota penting: Video-video di Facebook mempunyai tetapan-tetapan privasi yang berbeza, anda hanya boleh memuat turun video yang dipos oleh pemilik secara ‘public’ sahaja.

1. Downvids.net


Downvids menyediakan cara yang paling mudah untuk memuat turun video dari facebook. Hanya dengan meletakkan URL video yang diingini di kotak yang disediakan, video dari facebook boleh dimuat turun sekali klik sahaja.



Sungguhpun begitu anda jangan tertipu dengan butang ‘Download’ berwarna hijau yang terletak hampir pada kotak URL tersebut. Butang tersebut sebenarnya adalah butang untuk memuat turun program ilivid Download Manager yang tidak diperlukan langsung.

Bagi pengguna telefon pintar sistem operasi Androids anda boleh memuat turun aplikasi ini dari Goole Play bagi membolehkan anda menyimpan video tersebut di telefon pintar anda. Antara ketiga-tiga aplikasi yang saya syorkan dalam artikel ini Downvids.net adalah yang paling mudah digunakan.

 

2. Downfacebook


Downfacebook adalah aplikasi khas untuk memuat turun video dari facebook. Aplikasi ini juga memerlukan pengguna mengisi kotak carian dengan URL video Facebook yang anda inginkan. Namun begitu sekiranya anda menyalin kesemua URL video facebook yang panjang tersebut membuatkan paparan muka Downfacebook menjadi kurang senang untuk dilihat. Tips saya cuma salin URL http://www.Facebook.com/video/video.php?v=<nombor>.

Downfacebook member anda previu video tersebut langsung dari laman web tersebut. Selain itu anda juga boleh memilih pilihan kualiti video yang ingin dimuat turun.



Juga disertakan ‘embed code’ sekiranya anda ingin menayangkan video ini di laman web anda.

Antara cara lain memuat turun video facebook dari Downfacebook.com ialah dengan menambahkan perkataan ‘Down’ pada URL facebook yang ingin dimuat turun. (contoh: http://downfacebook.com/video/video.php?v=<nombor>. Tetapi anda perlu menukar tetapan https ker http atau ianya tidak akan berfungsi.

 

3. Facebook Videoz


Facebook Videoz juga menyediakan dua cara untuk muat turun samada melalui isian URL di kotak carian atau tambah perkataan ‘Videoz’ kepada URL video facebook yang ingin dimuat turun. Disini juga anda perlu menukar tetapan https kepada http atau ianya tidak berfungsi langsung.

Paparan muka Facebook videoz adalah sangat kemas, ringkas dan mudah difahami. Anda boleh menonton terus dari aplikasi ini atau simpan dengan ‘right click’ dan ‘save as’ di butang ‘download’.



Seperti yang saya nyatakan pada awal artikel ini tadi. Memang terdapat banyak aplikasi pihak ketiga yang boleh di muat turun di internet. Tetapi hasil ujian saya terhadap lebih dari 10 aplikasi seumpama ini, 3 yang ini adalah yang terbaik. Sekiranya anda ada juga saranan aplikasi untuk muat turun video dari Facebook. Jemput-jemputlah komen di bawah. Selamat BerFacebook!

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)