Konsep tablet sebagai desktop semakin digemari ramai. Sejak pengenalan sistem operasi Windows 8 terdapat banyak model konsep sebegini mula diperkenalkan.
Terbaru, Sony telah mengeluarkan model terbaru tablet desktop mereka yang dinamakan Sony Vaio Tap 21. Yang menariknya kali ini produk ini ditawarkan pada harga yang agak munasabah standing dengan spesifikasi yang ditawarkan.
Tap 21 diperbuat dari bekas alumunium dan disertakan dengan penyandang boleh lipat yang membuatkan produk ini kelihatan seakan-akan sebuah televisyen. Ianya ringan 30 peratus berbanding model yang lama Tap 20. Selain itu disebabkan kelebihan desktop ini boleh digunakan sebagai tablet, Tap 21 didatangkan dengan bateri terbina dalaman yang boleh bertahan beberapa jam selepas di cas.
Dari pandangan spesifikasi pula Tap 21 boleh dibeli samada bersama cip pemproses Intel Core i5 arau i7 dan pengguna juga boleh memilih samada menggunakan storan biasa cakera keras atau storan SSD. Antara perisian yang diberikan bersama tablet desktop ini antaranya Fingertapp touch organizer, aplikasi kalender keluarga, dan Sony Imagination Studio Vaio Edition (perisian suntingan video dan audio).
0 comments:
Post a Comment