Jepun mempunyai kira-kira 5.5 juta mesin layan diri kopi dan kebanyakkan mesin-mesin mempunyai tema atau aktor yang serius sebagai promosi.
Namun begitu semua ini bakal berubah. Syarikat minuman terkenal di dunia, Coca-cola mendakwa rata-rata orang lelaki di Jepun akan membeli lebih banyak kopi sekiranya ada "gadis maya" diletakkan di mesin-mesin tersebut yang mana juga mampu menghantar pesanan ringkas.
Jenama kopi dalam tin tempatan Coca-cola di Jepun dikenali sebagai Georgia, dan produk ini mempunyai variasi lebih dari 20 jenis kopi. Jenama ini juga mempunyai aplikasi mereka sendiri yang dinamakan Hanaseru Jiranki Georgia (Georgia, mesin layan diri yang boleh bercakap).
Aplikasi ini yang mana selepas dimuat turun ke telefon pintar pengguna membolehkan pengguna memilih antara enam 'gadis maya' yang mana akan menghantar pesanan ringkas yang bertemakan kafein dan santai.
Antara contoh pesanan ringkas yang dihantar; "awak telah bekerja keras hari ini" dan "beristirehatlah sebentar".
Gadis maya ini juga boleh menasihati pengguna seperti "awak mungkin perlukan payung hari ini" yang mana dirujuk kepada ramalan cuaca pada hari tersebut.
6 "gadis maya" yang mana diperkenalkan sebagai pengurus kedai kopi ini sebenarnya adalah gadis sebenar di dunia nyata. Mereka ini adalah selebriti terkenal di Jepun contohnya Aoi Tamagi, seorang penyampai berita cuaca di Jepun yang berusia 21 tahun.
Aplikasi ini mendapat respons yang positif dari orang ramai yang mana juga meletakkan diri di carian nombor 1 aplikasi di Google Play.
0 comments:
Post a Comment