Sekiranya anda letih dan bosan membasuh pinggan, saya ada berita baik untuk anda.
Baru-baru ini hasil kerjasama 2 buah syarikat pereka bentuk di Sweden, Tomorrow Machine dan Innventia telah menghasilkan prototaip pinggan mangkuk dan cawan yang mana tidak perlu dibasuh selepas digunakan.
Prototaip ini yang diilhamkan dari projek "Ekoportal 2035" dibuat daripada bahan lapisan selulosa Superhydrophobic yang menangkis molekul cecair.
'Membasuh' tidak lagi diperlukan hanya buangkan sisa-sisa makanan di atas pinggan tanpa perlu menggunakan air langsung!
Produk ini sebenarnya diilhamkan dari daun bunga teratai yang menangkis sebarang cecair yang diletakkan di atasnya.
Lapisan Selulosa ini hampir serupa dengan seramik dan jika dikeraskan ianya mampu menjadi kalis pecah dan ini menjadikan prototaip ini sangat sesuai sebagai set pinggan mangkuk masa hadapan. Bahan yang digunakan untuk produk ini masih menunggu pengesahan untuk pengguna bersama makanan dan sekiranya ia di luluskan membasuh pinggan tinggal sejarah.
Tiada lagi kesan kotoran? :)
0 comments:
Post a Comment