Recent Comments

Saturday, December 28, 2013

Antivirus Malaysia yang berlandaskan syariah


Malaysia merupakan antara negara islam yang paling pesat membangunkan islam dunia.  Sebelum ini kita munkin pernah dengar tentang badan kemajuan islam , perbankan islam, badan pemakanan halal yang telah dibangunkan di negara kita Malaysia dan turut mendapat pengiktirafan dunia diatas usaha-usaha tersebut.


Siapa dapat menyangka bahawa di Malaysia juga ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan perisian keselamatan internet atau bahasa mudahnya, antivirus yang berlandaskan sistem digital syariah sepenuhnya. Perisian ini dihasilkan oleh syarikat 1Machine Sdn Bhd (1Machine) yang merupakan antara syarikat di bawah bimbingan Technology Park Malaysia (TPM).


Dikenali dengan nama Perisai, perisian ini adalah antivirus pertama yang berlandaskan syariah, kata Abbyamir Sapie; Ketua Pegawai Operasi 1Machine. Perisian ini turut di datangkan bersama konsol web pusat ataupun ‘web-based central console’ yang memberi perlindungan kepada network perniagaan juga melengkapkan rankaian perniagaan dengan sistem keselamatan seperti ‘remote installation dan updates’, ‘real time security alert’ dan juga jadual scan automatik.


Produk ini telah dilancarkan pada tahun lepas dan 1Machine berjaya mendapatkan beberapa pengedar di peringkat global di mana kebanyakannya adalah dari negara Islam Timur Tengah serta Utara Afrika seperti Arab Saudi dan Mesir.


Syarikat itu juga menawarkan perkhidmatan seperti Perisai  Antivirus, Perisai Anti Spyware, Perisai Anti Spam, Perisai Parental Control, Perisai Firewall dan Perisai Mobile Security.


Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)