Recent Comments

Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Saturday, March 1, 2014

Mesin penapis peluh


Rasanya ramai di antara kita yang pernah tertelan peluh sendiri, tapi sanggupkah anda minum peluh anda seperti minum air kosong? Untuk menimbulkan kesedaran mengenai kekurangan air bersih untuk diminum di seluruh dunia, UNICEF telah bekerjasama dengan Gothia Cup dan juga agensi kreatif dari Stockholm, Deportivo, untuk menghasilkan mesin peluh pertama di dunia.

Mesin ini berfungsi untuk mengitar semula air peluh dari pakaian yang dimasukkan ke dalam mesin tersebut, dan membersihkan peluh tersebut supaya ianya boleh diminum. Idea dan konsep ini memang agak menarik, tapi sanggup ke nak minum?

Lepas ni selepas habis main bola boleh lah tanggal baju anda yang basah dengan peluh tu dan masukkan ke dalam mesin ni. Tahap jijik aksi ini digambarkan melalui ekspresi lelaki berbaju hitam (tengah) yang melihat dari jauh.

http://pakuderas.blogspot.com/2014/01/mesin-penapis-peluh.html

Bosan dengan politik negara? Main Permainan video Kangkung Krush Fiasco!

Bosan dengan politik negara? Jangan risau, game dari apps baru kali ini memang hebat, menggelikan hati dan menyeronokkan apabila anda boleh memilih untuk berlakon menjadi mana-mana empat tokoh politik di negara ini.

Tokoh tersebut juga memanglah sangat mudah dikenali dalam persada politik negara. Ia jelas hampir serupa dengan Dato Seri Najib Tun Razak, Dato Sri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Game santai tersebut tidak terlalu dimainkan. Ia dinamakan Kangkung Krush Fiasco yang memerlukan anda semua mencuba berentap mengutip sebanyak mana kangkung yang boleh.

Pastinya, game ini dicipta serta dibangunkan sebuah syarikat indie, Weraku Games Sdn Bhd dan boleh dimuat turun secara percuma di stor Android.

Cuma, versi iOS masih belum diperoleh tetapi mereka berjanji akan memperkenalkan tidak lama lagi

Game ringkas tersebut turut memaparkan ikon yang diperkatakan di negara ini seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, drama Kajang dan sebagainya.

Kesemua karektor bagaimanapun memainkan peranan dalam kisah utama mengutip kangkung untuk membolehkan markah tinggi diperoleh.

Membawakan watak-watak menarik dan berwarna-warni, para pemain hanya perlu mengawal papan kekunci dan mengutip sayuran di sepanjang laluan. Kutip sebanyak mungkin dan elak semua halangan seperti tong-tong beracun, pagar-pagar mengutip ufti dan lelaki berpakaian seragam. Apapun, melanggar halangan tidak akan menghentikan permainan kerana selepas itu anda perlu mengutip sayur-sayur yang jatuh dengan kereta sorong.

Menurut Ketua Penerbit Weraku, Mohan Low, permainan ini dibina dengan menerapkan ciri-ciri keseronokan tanpa henti. Runut bunyi, setiap aksi watak dan rekabentuk permainan semuanya mempunyai tarikan yang kuat untuk semua golongan pemain. Amat sesuai untuk mengisi masa lapang bersama seisi keluarga, kangkung bakal merubah suasana sekelip mata.

Weraku Games amat berbangga dengan permainan ini yang diharapkan dapat memperkenalkan syarikat penerbitan indie ini di mata dunia. Dengan misi untuk membantu para pembangun permainan (video dan telefon pintar) di rantau Asia Tenggara, Weraku mensasarkan untuk menerbitkan beberapa lagi permainan bermula dari bulan ini hingga suku kedua akan datang.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dari laman Google App Store secara percuma.

[video type="youtube" link="https://www.youtube.com/watch?v=JgkYC12FlLc" width="100%" height="350px"]



kampung-krush_1

kampung-krush_2

kampung-krush_3

kampung-krush_4

kampung-krush_5
[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]

Thursday, February 27, 2014

Pad seluar dalam menghilangkan bau kentut

Kentut merupakan perkara biasa bagi seseorang yang mempunyai kesihatan normal. Namun kentut di tempat awam sememangnya tidak sopan dan merupakan perbuatan yang memalukan. Tapi anda tidak perlu risau untuk kentut dimana-mana dengan adanya produk yang teramat lah sangat peliknya ini.

Nah, dengan pad seluar dalam penyahbau yang mampu mengurangkan bau kentut ini, anda tidak perlu lagi risau.


Untuk mengurangkan pencemaran udara dan meneutralkan bau gas kentut, Flat-D, syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah menghasilkan inovasi yang sangat kreatif dan genius dengan menghasilkan pad seluar dalam istimewa.


Digelar ‘Flat-D Flatulence Deodorizer’, pad pelekat yang nipis ini dilapik dengan lapisan arang dan dipakai di dalam seluar dalam, sebelah bahagian dalam punggung. Ianya membantu untuk menyerap bau gas dan menyelesaikan masalah kentut berbau.


Pad seluar dalam penyahbau ini sesuai untuk dipakai lelaki mahupun wanita dan didatangkan dalam versi pakai buang mahupun cucian semula. Ala-ala pampers pulak dah.


Sekarang, anda tidak perlu lagi risau untuk menahan kentut di tempat awam dan bolehlah kentut dengan senang hati dan penuh nikmat, tanpa menyumbang kepada pencemaran udara dan ganggu gugat kepada orang ramai.

Friday, February 14, 2014

5 Aplikasi untuk membuat Hari Kekasih anda menjadi lebih istimewa

Bulan Februari adalah sinonim dengan sambutan Hari Valentines. Anda boleh menjadikan tarikh 14 Februari ini, untuk menghabiskan masa dengan pasangan anda atau memberikan pasangan anda hadiah yang istimewa.


Tetapi, tidak perlulah kerap sekali memberikan coklat, sejambak bunga, ataupun teddy bear untuk menunjukkan kasih sayang anda kepada pasangan anda. Kata-kata romantis atau makan malam yang sederhana boleh juga menjadi satu pilihan. Berikut adalah aplikasi yang boleh membantu anda untuk membuat Hari Valentines anda lebih istimewa:



[pageheader class="yourcustomclass"]1. Love Quotes[/pageheader]


[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/lovequote.jpg"]


Aplikasi ini akan memaparkan pelbagai perkara tentang cinta yang mana anda boleh berkongsi untuk yang tersayang. Terdapat juga beberapa kategori seperti lucu, romantis, dan juga tentang seks. Aplikasi ini boleh didapati untuk Android dan Iphone.



[pageheader class="yourcustomclass"]2. iValentine App[/pageheader]


[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/iVa.png"]


Aplikasi ini akan membolehkan anda untuk menyunting gambar anda dan memberikan perhiasan khas Hari Valentines. Hanya dengan memasukkan gambar yang anda hendak sunting, dan pilih latar belakang dan hiasan seperti yang dikehendaki atau yang anda inginkan. Anda juga boleh berkongsi dengan mereka melalui e-mel atau Facebook.



[pageheader class="yourcustomclass"]3. 30 Day Relationship Challenge[/pageheader]


[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/30dayrelationship.jpg"]


Aplikasi ini akan menyediakan permainan yang akan mengukuhkan lagi hubungan dengan pasangan anda. Selama 30 hari, anda perlu melakukan aktiviti dengan pasangan anda. Jika nilai yang diperolehi adalah tinggi, ia bermakna bahawa hubungan anda dengan pasangan anda adalah cukup kuat. Aplikasi ini juga boleh memberitahu anda bagaimana berat anda pada pasangan dan sebaliknya. Aplikasi ini khas telefon Android.



[pageheader class="yourcustomclass"]4. Let's Date[/pageheader]


[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/lets_date_app_for_ios-602x300.jpg"]


Bagi mereka yang ‘single’ atau keseorangan, aplikasi ini adalah sesuai untuk anda. Aplikasi ini akan membantu anda untuk mencari teman untuk Hari Valentines. Pengguna hendaklah berhubung dengan akaun Facebook, maka akaun anda akan menjemput kawan-kawan anda di Facebook. Anda tidak perlu berasa malu kerana ia tidak akan muncul pada halaman berita anda. Jika mesej balasan dihantar dan bersetuju, orang yang keseorangan itu boleh menghabiskan masa dengan pasangannya. Aplikasi ini adalah hanya tersedia untuk iPhone sahaja.



[pageheader class="yourcustomclass"]5. My Valentine Recipes[/pageheader]


[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/valanetinerecipe.jpg"]


Hari Valentines akan terasa lengkap jika ia ditutup dengan majlis makan malam di sebuah restoran dengan pasangan. Walaubagaimanapun, jika banyak halangan ianya tidak salah untuk mengadakan makan malam di rumah sahaja dengan makanan yang disediakan sendiri. Aplikasi ini akan memberikan menu, cara untuk memasak dan menyajikan makanan yang sesuai untuk makan malam yang sederhana dan romantis. Asalkan dapat berdua-duaan dengan pasangan, makan malam di rumah akan menjadi istimewa, lagi-lagi dapat menyediakan makanan sendiri untuk orang yang disayangi.

Thursday, February 13, 2014

Kad Hari Kekasih kreatif khas untuk 'Geek'

14 Februari ini pada kebiasaannya seluruh dunia akan menyambut sambutan hari kekasih atau Valentine's Day yang mana menjadi kepastian kepada pasangan yang sedang hangat bercinta. Dan sempena tarikh cinta cintun ini saya senaraikan beberapa rekaan kad Valentine yang bertemakan komputer dan IT yang pastinya sesuai bagi komputer geek seperti saya sendiri. :)


[pageheader class="yourcustomclass"]>Yoda In Love[/pageheader]

valentines 1   Will You Be My Geeky Valentines?

 

[pageheader class="yourcustomclass"]>You Complete Me[/pageheader]

valentines 2   Will You Be My Geeky Valentines?

 

[pageheader class="yourcustomclass"]>You Auto-Complete Me[/pageheader]

valentines 3   Will You Be My Geeky Valentines?

 

[pageheader class="yourcustomclass"]>Coffee Addiction[/pageheader]

valentines 4   Will You Be My Geeky Valentines?

 

[pageheader class="yourcustomclass"]>Super Mario Valentine 8-bit Hearts[/pageheader]

valentines 5   Will You Be My Geeky Valentines?

 

[pageheader class="yourcustomclass"]>Robot I Heart You[/pageheader]

valentines 6   Will You Be My Geeky Valentines?

 

[pageheader class="yourcustomclass"]>Darth Vader Together We Can Rule The Galaxy[/pageheader]

valentines 7   Will You Be My Geeky Valentines?

 

[pageheader class="yourcustomclass"]>You’re The Obi-Wan For Me[/pageheader]

valentines 8   Will You Be My Geeky Valentines?

 

[pageheader class="yourcustomclass"]>Your In My Range[/pageheader]

valentines 11   Will You Be My Geeky Valentines?

 

[pageheader class="yourcustomclass"]>Will You Be My Player 2?[/pageheader]

valentines 10   Will You Be My Geeky Valentines?

 

5 saintis yang lebih kejam dari Syaitan

Di dalam era berkembangnya ilmu pengetahuan yang begitu pesat, para ilmuwan berlumba-lumba dalam membangunkan ciptaan terbaharu mereka. Sehinggalah membuat pelbagai penyelidikan dan penelitian demi mencipta sesuatu.


Salah satu penelitian yang paling banyak dilakukan adalah yang mengambil manusia sebagai bahan uji-kajinya. Sehingga, beberapa fakta menarik yang ditemui hasil daripada uji-kaji tersebut.


Malangnya, penyelidikan yang dilakukan oleh para ahli pengkaji tersebut, diselaputi noda hitam. Hal ini berlaku kerana adanya para pengkaji yang menyalah gunakan ilmu yang dimilikinya tanpa menghiraukan kesannya kepada manusia.


Mereka sering menggunakan manusia sebagai bahan uji-kaji dan secara terang-terangan menyeksa mereka. Diantaranya adalah seperti berikut;


[pageheader class="yourcustomclass"][highlights type="custom" bg="#1e73be" color="#ffffff"]1.[/highlights] Sigmund Freud dan Emma Eckstein[/pageheader]


Sigmund Freud dan Emma EcksteinSigmund Freud sudah sering kali menjadi sasaran kritikan disebabkan oleh kajian yang dilakukannya keatas Emma Eckstein. Freud disyaki telah merosakkan hidup perempuan yang menjadi pesakit tersebut dengan cara melakukan penyelidikan yang amat mengerikan.


Masalah yang dihadapi oleh Emma Eckstein adalah kitaran haidnya yang menyakitkan. Freud menganggap bahawa kitaran haid pesakit, ada hubung kait antara penyakit tersebut dengan hidung milik Emma.


Disebabkan itu, hidung Emma Eckstein kemudiannya dipotong dengan tujuan untuk menghilangkan penyakit dalam menstruasinya. Malangnya, penyakit tersebut bukan sehaja tidak sembuh tetapi juga telah mengakibatkan hidung Emma bertambah sakit sehingga membusuk.


[pageheader class="yourcustomclass"][highlights type="custom" bg="#1e73be" color="#ffffff"]2.[/highlights] Muzafer Sherif[/pageheader]



Muzafer Sherif adalah seorang ahli psikologi pada awal tahun 1950-an. Dimana ia tertarik dengan isu perkembangan emosional seseorang, seperti konflik yang dialami oleh dua individu.


Dia kemudian mengajak 22 pelajar berusia 11 tahun ke dalam sebuah khemah yang sebenarnya adalah makmal observasinya. Di sana, 22 pelajar itu dibahagikan kepada dua kelompok yang saling benci membenci, bagi tujuan penyelidikannya.


Akhirnya, Beliau tidak menemui apa-apa hasil daripada kajian tersebut. Namun, apa yang menariknya, responden atau pelajar-pelajar yang dijadikan sebagai sampel kajian, saling berdendam dengan pelajar-pelajar yang lain. Yang mana sifat dendam dalam diri pelajar tersebut, sukar untuk diubati. Tetapi kenyataannya, dendam itu timbul akibat daripada penyelidikan tersebut.


[pageheader class="yourcustomclass"][highlights type="custom" bg="#1e73be" color="#ffffff"]3.[/highlights] Chester Southam[/pageheader]


chester southam
Chester Southam memulakan penelitian mengenai kanser pada tahun 1960-an. Dimana beliau telah menyuntikkan sel kanser hidup pada seorang sukarelawan di Ohio State Penitentiary. Sel kanser ini sendiri tidak terlalu ganas kerana ianya sudah dilemahkan.


Tidak puas dengan hasil penelitian itu, beliau kemudian mencuba ke arah yang lebih ekstrem dengan menyuntikkan sel kanser ganas pada orang-orang tua di Jewish Chronic Disease Hospital, tanpa meminta persetujuan daripada pihak hospital tersebut.


Setelah 22 suntikan dilakukan, orang-orang tua di hospital tersebut, kemudian jatuh sakit secara tiba-tiba, menyebabkan doktor yang bertugas di hospital kebingungan, kerana tidak mengetahui punca sebenar mengapa kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.


Setelah diteliti, tiga doktor telah menyatakan bahawa, Chester Southam adalah salah seorang mangsa yang telah terselamat dari penderaan Nazi sehingga menyebabkan beliau menyimpan dendam dan ingin membalasnya dengan cara menyuntikkan sel kanser hasil ciptaanya.


[pageheader class="yourcustomclass"][highlights type="custom" bg="#1e73be" color="#ffffff"]4.[/highlights] Eugene Saenger[/pageheader]


4869727618_52dc280376_z


Eugene Saenger disebut dan dikenali sebagai perintis dalam rawatan nuklear kerana penemuannya. Namun, sebenarnya ramai yang masih tidak tahu bahawa beliau adalah salah seorang saintis yang berhati busuk.


Eugene Saenger disyaki telah diupah oleh Pentagon untuk menghasilkan penawar kesan sinaran nuklear pada manusia.


Akibatnya, para sukarelawan yang bersedia untuk menjadi bahan eksperimen tidak diberikan penjelasan dengan baik, tentang risiko ujian tersebut sehingga menyebabkan kesemua responden menemui ajalnya. Sedangkan beliau tahu bahawa kesan radiasi nuklear terhadap manusia boleh membawa maut.


[pageheader class="yourcustomclass"][highlights type="custom" bg="#1e73be" color="#ffffff"]5.[/highlights] Lauretta Bender[/pageheader]


Lauretta Bender


Lauretta Bender adalah seorang neuropsikiatri di Bellevue Hospital pada tahun 1940-an. Dia merupakan orang pertama yang mencadangkan terapi kejutan elektrik pada kanak-kanak kecil.


Terapi kejutan ini sangat menyakitkan dan memberikan masalah baru pada kanak-kanak kecil tersebut. Apabila dewasa, kanak-kanak autistik tersebut memang boleh berlaku normal, namun mereka sering melakukan tindakan jenayah seperti, bunuh diri, atau menghancurkan hidupnya.


Fakta hitam terungkap setelah para anak yang diberikan terapi akhirnya membuka rahsia dimana, Mereka mengaku diseksa dan dipaksa tersenyum semasa menjalani terapi yang menyakitkan itu.


Mereka sering disetrum hingga pengsan dan kejang-kejang. Akibatnya, banyak anak autis tersebut menderita skizofrenia teruk.

25 Orang Pemilik Pertama Akaun Facebook

Facebook baru saja meraikan ulangtahun yang ke-10. Tapi tahukah anda siapa  orang-orang yang terawal mendaftarkan akaun di Facebook?


Jika anda melihat halaman profil Facebook anda (sekiranya belum diganti dengan nama ID ), Anda akan melihat URL yang di bahagian belakangnya dilengkapi user ID (nombor).


Contohnya: http://www.facebook.com/profile.php?id=5500957
Jadi, ketika pertama kali mendaftar, setiap pengguna akan mendapatkan kod ID. Kod ini dimulai dengan ID #0, yang nantinya akan mengarahkan pemilik akaun ke halaman profil Facebook mereka.


Dan ternyata, tiga akaun pertama dengan nomor ID 1-3 digunakan sebagai akaun percubaan oleh Mark Zuckerberg yang mana kemudiannya dipadamkan. Jadi pengguna pertama Facebook sebenarnya memiliki nombor ID #4, dan orang tersebut adalah Mark Zuckerberg -- Pengasas Facebook.


Menurut data dari BuzzFeed, sebahagian besar pengguna pertama Facebook adalah para mahasiswa di Harvard yang merupakan teman-teman Mark Zuckerberg, termasuk teman-teman yang membantunya membangunkan Facebook.


Kini hampir semua mereka ini telahpun berjaya dalam bidang masin-masing, termasuk Zuckerberg sendiri. Walaupun beberapa dari mereka telah meninggalkan syarikat tersebut, tetapi masih ramai juga setia bersama Facebook.


Pengasas bersama Facebook yang lain seperti Chris Hughes dan Dustin Moscovitz, juga termasuk dalam senarai 10 orang pertama yang memiliki akaun Facebook. Hughes adalah jurucakap pertama Facebook. Setelah meninggalkan Facebook, beliau dilaporkan terlibat secara langsung dengan kempen atas talian Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama pada tahun 2008.


Bagaimana dengan Eduardo Saverin, yang juga pengasas bersama Facebook? Malangnya beliau tidak termasuk dalam daftar 10 anggota pertama Facebook. Untuk melengkapkan senarai, berikut adalah daftar 25 orang yang pertama kali memiliki akaun Facebook menurut BuzzFeed:


1. Mark Zuckerberg
2. Chris Hughes
3. Dustin Moskovitz
4. Arie Hasit
5. Andrew McCollum
6. Colin Kelly
7. Mark Kaganovich
8. Andrei Boros
9. Manuel Antonio Aguilar
10. Zach Bercu
11. Samyr Laine
12. Sarah Goodin
13. Kang-Xing Jin
14. Colin Jackson
15. David Jakus
16. David Hammer
17. Alana V. Davis
18. Ebonie Hazle
19. Eduardo Saverin
20. Joe Green
21. Greg Friedman
22. Hilary Scurlock Cocalis
23. Billy Olson
24. Ada McMahon
25. Amie Broder


25 pertama facebook

Wednesday, February 12, 2014

Dapur elektrik “Whirlpool” boleh memasak sambil kemaskini status dan layari internet

Pada tahun 2020 nanti ibu-ibu pasti menjadi semakin senang dan gembira memasak di dapur dengan menggunakan dapur elektrik “Whirlpool”, memasak tidak lagi membosankan.


Periuk interaktif  dari Whirlpool adalah sebuah dapur elektrik yang mana dibahagian permukaannya selain berfungsi untuk memasak ianya juga sebenarnya juga mempunyai ukuran skrin sentuh yang besar.


Oleh itu, memasak  tidak lagi menjadi sukar kerana melalui skrin yang sedia ada, kita akan menunjukkan resepi kegemaran dan apabila bosan menunggu makanan yang  sedang dimasak, anda juga boleh melayari perkara-perkara lain  dengan membaca kemaskini status atau rakan-rakan atau keluarga di Facebook atau Twitter.


Anda mahu mendengar muzik? Itu bukan masalahnya, ini kerana dapur elektrik ini juga dilengkapi dengan pembesar suara dan sambungan internet dan Wi-Fi, yang mana kita boleh mendengar muzik atau melihat video.


Periuk interaktif juga dilengkapi dengan mikrofon, di mana yang kita boleh mengaktifkan menu tertentu  dengan hanya menggunakan arahan suara sahaja.


Walaubagaimana pun, dapur elektrik  ini akan diperkenalkan pada tahun 2020 nanti.




Tuesday, February 11, 2014

Iklan 'tak diluluskan' McDonald's ditarik semula

McDonald's Malaysia menarik semula iklan yang dilihat mempermainkan kenyataan kontroversi 'kangkung' oleh perdana menteri.


Rangkaian makanan segera popular itu memberitahu Malaysiakini yang iklan tersebut sebenarnya "tidak diluluskan" dan terlepas daripada saringan rasmi.


"McDonald's Malaysia ingin menjelaskan bahawa visual yang dihasilkan itu terlepas ke restoran-restoran kami akibat kesilapan komunikasi.


"Semua bahan ini telah ditanggalkan," kata rangkaian restoran itu dalam kenyataan mereka.


Bahan iklan itu yang mula dikesan di meja-meja restoran McDonald's di sekitar Lembah Klang adalah sebahagian daripada kempen pemasaran McSavers.


Ia berbunyi seperti berikut:


“Harga sayur tidak turun tapi harga burger tetap turun”


Ia ditanggalkan beberapa hari kemudiannya.


Ayat dalam kempen itu dilihat merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mendakwa harga kangkung sudah berkurangan.


Kenyataa itu yang dibuat Najib bagi menggambarkan bagaimana turun naik harga barang berlaku kerana faktor luaran dan bukannya dasar kerajaan, diperlekehkan oleh orang ramai.


[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]

Peristiwa berdarah Flappy Bird hanya khabar angin

Bukan hanya peranti mudah alih sehaja yang dilaporkan rosak kerana pemiliknya berang  gara-gara tidak boleh mendapatkan skor atau markah, paling terbaru permainan video Flappy Bird menyebabkan nyawa seorang lelaki telah tergadai.


Sebuah laman web bernama Huzler.com memuatkan satu berita yang menghebohkan bahawa ada seorang pemuda yang telah membunuh saudaranya sendiri kerana skor yang diperolehi  oleh abangnya itu lebih tinggi daripada apa yang diperolehi oleh pemuda tersebut.


Seperti mana yang dinyatakan oleh laman sesawang iDigital Times pada 2/2/2014,  dikatakan  bahawa seorang remaja bernama Gary Wright berusia 16 tahun telah  membunuh abangnya Jabari Wright yang berusia 17 tahun,  setelah kalah markah ketika bermain permainan video Flappy Bird.


Ketika mengetahui bahawa Jabari  mendapat skor lebih tinggi iaitu 17, Gary yang berang dan kerasukan kerana hanya mendapat skor 6, itu telah merodok tubuh abangnya itu dengan senjata tajam.


Namun, setelah pihak polis menyiasat perkara tersebut, pihak polis mendapati berita yang dikeluarkan oleh Huzler.com itu hanyalah khabar angin semata-mata.


Walau bagimanpun, kita semuanya telah sedia maklum bahawa permainan ini telah pun di hentikan oleh penciptanya.


Persoalannya, apakah tujuan Huzler.com mengeluarkan berita tersebut sekiranya ia hanyalah khabar angin biasa-biasa? Atau sememangnya berita itu benar sehingga menyebabkan penciptanya mengambil tindakan menghentikan permainan tersebut.


Yang nyata, pastikan anda peminat permainan video tidak bertindak diluar kewarasan sekiranya kejadian diatas berlaku keatas anda. :)


MAS diperli AirAsia

Sejuklah di udara kalau telanjang.


Kontroversi hidangan “nasi lemak telanjang” Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditimbulkan tukang masak terkenal Chef Wan kini dimanfaatkan oleh pesaingnya AirAsia.


Syarikat penerbangan tambang murah itu kini mengambil kesempatan mempromosikan makanan popular rakyat Malaysia itu dengan caranya sendiri.

Ia menggunakan slogan “Nasi lemak kami LENGKAP!” untuk iklannya.

AirAsia mengetengahkan kombo sarapan berupa kombinasi nasi, sambal, rendang ayam, ikan bilis dan kacang goreng serta telur rebus.

Malah, secara sinis, dimuatkan ayat bertulis cogan kata: “Sejuklah di udara kalau telanjang.”

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail pada 29 Januari lalu, yang mengambil penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, kesal dengan nasi lemak yang dihidangkan padanya.

Beliau memuat naik nasi lemak dengan telur rebus separuh dan sambal, tampa potongan timun, kacang dan ikan bilis seperti kebiasaan, ke laman perkongsian gambar Instagram.

Beliau juga menulis, penerbangan negara seperti tidak mengambil peduli terhadap sarapan rakyat Malaysia yang diagung-agungkan ke seluruh dunia.

MAS pula dalam kenyataannya berterima kasih kepada komen Chef Wan dan berjanji akan terus mempertingkat mutu makanan mereka.

[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]

Monday, February 10, 2014

6 illustrasi Platform Sosial yang menakjubkan

Ini adalah bagaimana platform sosial harus kelihatan menurut artis dan ilustrator digital Ivan Belikov dari Chelyabinsk, Rusia. Secara peribadi, saya mendapati Intepretasi sedikit mengelirukan, tetapi tidak dinafikan ini adalah kerja-kerja seni yang menakjubkan. Alangkah bagusnya kalau hasil kerja ini dapat dibeli dalam bentuk poster.


Sekiranya anda berminat untuk melihat hasil kerja lain dari Ivan Belikov, portfolio lengkap beliau boleh dilihat di Behance.


social illustrations 1   Six Social Platforms Stunningly Illustrated


social illustrations 2   Six Social Platforms Stunningly Illustrated


social illustrations 3   Six Social Platforms Stunningly Illustrated


social illustrations 4   Six Social Platforms Stunningly Illustrated


social illustrations 5   Six Social Platforms Stunningly Illustrated


social illustrations 6   Six Social Platforms Stunningly Illustrated


social illustrations 7   Six Social Platforms Stunningly Illustrated


social illustrations 8   Six Social Platforms Stunningly Illustrated


social illustrations 9   Six Social Platforms Stunningly Illustrated

Kasut Nike paling 'cool' 2014

Kasut adalah antara aksesori yang menjadi kewajiban pada setiap manusia khusunya remaja. Dari gaya formal hinggalah ke gaya hipster dapat ditonjolkan melalui kasut. Tidak kurang juga ada yang menjadikan jenama sebagai pilihan utama dalam membeli sepasang kasut. Tapi bagaimana pula jika jenama kegemaran digabungkan dengan ikon kesukaan? pasti lebih meletup bukan? Artikel saya di ruangan santai kali ini menyenaraikan kasut-kasut jenama Nike yang digayakan mengikut ikon kesukaan baik dari filem mahupun permainan video. Mari kita saksikan.




Darth Vader Nike


geeky kicks 3   Nike Kicks Every Geek Would Love To Wear




Pacman Nike


geeky kicks 4   Nike Kicks Every Geek Would Love To Wear




Pixar Nikes


geeky kicks 5   Nike Kicks Every Geek Would Love To Wear




Sims 3 Nike


geeky kicks 6   Nike Kicks Every Geek Would Love To Wear




Tron Nike


geeky kicks 7   Nike Kicks Every Geek Would Love To Wear




Yoshi Nike


geeky kicks 8   Nike Kicks Every Geek Would Love To Wear




Facebook Nike


geeky kicks 2   Nike Kicks Every Geek Would Love To Wear




2011 Limited Edition Nike Mag 10 Back To The Future II Marty McFly


geeky kicks 1   Nike Kicks Every Geek Would Love To Wear

Cipta serangga dari bahan elektronik

Menarik sekali melihat hasil karya dari Justin Gershenson-Gates yang membuat berbagai serangga mengerikan seperti labah-labah, kala jengking dan kumbang dari bahan elektronik lama seperti jam tangan, mentol dan banyak lagi.


Gates yang dilihat sangat kreatif dalam menghasilkan pelbagai serangga mekanikal yang dibuatnya dengan bersungguh-sungguh. Gates adalah seorang pengumpul bekas jam tangan dan biasanya menjual bahagian-bahagian daripada jam tangan lama di laman webnya. Beliau juga adalah seorang yang kreatif dan pemikir bebas yang boleh membuat pelbagai spesies serangga arthropod dengan mentol lampu kecil, skru, dan bahagian-bahagian lain daripada jam tangan.


Gates mendedahkan apa inspirasi di sebalik reka bentuk yang unik itu, tetapi menyeramkan. Beliau memberitahu, pada satu hari dia dalam perjalanan itu, dia telah bertemu dengan seekor labah-labah yang menakutkan dengan kaki yang panjang hingga 3 inci. Selepas pulang dari lawatan itu, dia terus mencipta seekor labah-labah mekanikal dari jam-jam tersebut.



Rupa-rupanya, tiada siapa yang suka hasil kerjanya dan membeli labah-labah tiruan yang dibuat Gates. Beliau kemudian membuat satu lagi hasil kerjanya iaitu belalang, kala jengking dan rama-rama. Hasil kerjanya itu boleh dijual pada harga $300 (RM 996.90) setiap unit. Beliau mengumpulkan hasil kerja-kerjanya pada sebuah album yang bertajuk 'Mechanical Mind' di Facebook.


Gates juga ada memberitahu bahawa dia mengambil masa selama 3 hingga 12 jam untuk membuat hasil kerja tersebut. Semua idea-ideanya itu datang dari apa yang dia lihat di sekelilingnya. Katanya, "Saya tidak boleh meninggalkan kerjanya yang belum selesai, jadi saya memotong, membentuk, mengempil, dan pematerian sehingga selesai."


Pencarian bahan sendiri tidaklah mudah, bahagian-bahagian jam tangan yang dicari oleh Gates bermula dari tahun 1880 hingga 1950. Menurut Gates, bahan jam tangan kala itu lebih bagus dan lebih berkualiti untuk dipateri berbanding bahan pada waktu sekarang. Ketika ditanya, apa yang paling ingin dia buat sekarang, dia menjawab ingin membuat sebuah model kelawar mekanik. Wow, daripada membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula, lebih baik sekiranya kita berguru dengan Gates.


Ada betulnya juga daripada membuang bahan-bahan lama itu lebih baik dijadikan karya yang hasil dari bahan terbuang.

Sunday, February 9, 2014

Sunting video di Facebook Lookback

Beberapa hari yang lepas, Facebook telah pun melancarkan satu laman khas untuk meraikan ulang tahun kesepuluhnya.  Halaman tersebut dinamakan Facebook Lookback yang mengandungi video ringkas yang menayangkan gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook atau aktiviti di dalam aktiviti rangkaian sosial selama akaun tersebut aktif.


Tidak dinafikan bukan semua pengguna Facebook menyukai video Facebook Lookback tersebut. Jikalau anda salah seorang daripada mereka, anda boleh membuat perubahan kepada video tersebut. Caranya agak mudah, hanya tekan butang edit yang di sebelah kanan atas halaman Facebook Lookback.


Tambahan pula, terdapat empat kategori yang anda boleh edit. Keempat-empat kategori tersebut adalah saat-saat pertama anda di Facebook, posting yang paling digemari, gambar dimuat naik ke Facebook dan yang terakhir adalah grid foto.


Adakah anda berminat untuk mengubahnya? Anda boleh sahaja terus ke halaman Facebook Lookback anda.


Thursday, February 6, 2014

Hasil kajian terbaru dapati tikus mampu untuk belajar

Bagaimana jadinya jika ada seekor tikus yang mempunyai tahap kepintaran sehingga  manusia kalah dengan kepintarannya? Kejadian seperti ini memang sudah sering digambarkan di dalam filem-filem keluaran barat. Namun bagaimana pula kalau perkara terjadi dalam kehidupan yang nyata?


Memang ianya mustahil, tetapi itulah yang telah terjadi kerana para pengkaji dari University of Rochester Medical Center kini sedang berusaha mencipta seekor tikus yang memiliki tahap kepintaran yang tinggi.


Sebagai langkah untuk menciptakan tikus pintar tersebut, mereka pun menyuntik pada bahagian sel otak manusia dengan sejenis kimia yang dinamakan astrosit. Dan hasil suntikan  tersebut, tikus yang dijadikan bahan uji kaji tersebut  memiliki kemampuan untuk belajar.


Bagi membuktikan hasil penyelidikan uji kaji itu, para penyelidik telah mencuba untuk membandingkan tikus pintar tersebut dengan tikus biasa dalam sebuah makmal perpustakaan dan. Hasilnya, tikus pintar lebih cepat menyelesaikan diri di makmal perpustakaan tersebut berbanding dengan tikus biasa.


Pada pendapat anda, kalau tikus lebih bijak dan pintar daripada manusia, apa agaknya akan terjadi kepada manusia nanti ya?


[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]



Wednesday, February 5, 2014

Wool & Prince Pakaian Canggih Anti Kusut dan Bau

Bagi anda yang malas mencuci pakaian, sebuah baju yang tidak perlu dicuci tentunya sebuah jalan penyelesaian yang sangat menarik. Dan ianya tersebut telah pun wujud dimana pakaian itu diberi jenama Wool & Prince.


Menurut pasukan yang mereka cipta  pakaian ini mengatakan bahawa mereka telah menghabiskan waktu selama enam bulan untuk membuat bahan kapas baru untuk baju tersebut. Dengan bahan kapas baru tersebut, pakaian ini mempunyai kemampuan anti kusut dan anti bau.


Mac Bishop salah satu anggota pasukan tersebut telah  menggunakan pakaian tersebut tanpa membasuhnya bagi tujuan pengujian keatas pakaian berkenaan. Dan hasilnya, pakaian tersebut memiliki ketahanan terhadap bau ataupun lipatan dalam satu jangka masa yang lama, atau dalam erti kata lain ianya tahan bau selama 100 hari. Selain itu hasil dapatannya juga mendapati bahawa pakaian jenama Wool & Prince ini rupa-rupanya anti peluh, asap, cuaca dan sebaginya.


Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan kemunculannya di pasaran mungkin dalam beberapa bulan dari sekarang. Kerana buat masa ini, dinyatakan bahawa ia belum dipasarkan lagi atas beberapa faktor yang tidak dinyatakan.


Walaupun ianya belum dipasarkan, harga pakaian tersebut telahpun dinyatakan dimana anggaran awal pakaian tersebut dikatakan berharga USD 98. Dan pengguna bebas memilih warna pakaian yang digemarinya.


Jadi, sama-sama kita nantikan kemunculannya di pasaran terutamanya di negara kita Malaysia bagi memudahkan mereka yang tidak mempunyai masa untuk membasuh pakaian atas faktor-faktor kesibukan kerja dan sebaginya.









[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]

Tuesday, February 4, 2014

Berus gigi termahal di dunia

Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Reinast telah mencipta berus gigi mewah dengan harga yang paling mahal iaitu sebanyak $ 4320 (RM14452.56)  (dan itu hanya harga asas). Mereka mendakwa bahawa pengguna akan mendapat "berus gigi yang bersih selama-lamanya - sebuah aksesori mewah atau hadiah premium".


Berus ini mempunyai badan titanium dengan kepala boleh tanggal dan menggabungkan kejuruteraan Jerman untuk reka bentuk yang ringan dan anggun. Berus gigi ini juga mempunyai penongkat titanium yang sama tinggi dan salutan antibakteria di bahagian kepala dan berusnya boleh diganti. Soalannya adakah anda sanggup berbelanja sebegini besar untuk sebatang berus gigi?

Tuesday, January 28, 2014

Basikal berkuasa Jet yang terpantas didunia

Wow! Basikal berkuasa Jet yang terpantas didunia Norah adalah sebuah basikal bertenaga jet yang dibuat oleh Colin Furze. Lelaki yang berasal dari eropah ini memang mempunyai hobi unik.


Colin yang hanya bekerja sebagai tukang paip ini mahir mencipta barang-barang unik dan aneh. Dia bahkan pernah membuat motosikal terpanjang di dunia, skuter paling cepat, dan kereta sorong bertenaga gas, hanya dengan menggunakan alat-alat dari barang lusuh .


Penemuan terbarunya kini adalah Norah, basikal bertenaga jet yang mampu mencapai kelajuan sehingga 80,467 km per jam. Seperti yang boleh anda bayangkan, basikal ini sememangnya tidak selamat kerana kekuatannya yang luar biasa.


Namun, basikal ini menjanjikan sesuatu yang mencabar adrenalin bagi mereka yang suka cabaran.




Wow-Basikal-Berkuasa-Jet-Yang-Terpantas-Didunia2 Wow-Basikal-Berkuasa-Jet-Yang-Terpantas-Didunia3 Wow-Basikal-Berkuasa-Jet-Yang-Terpantas-Didunia4


 

Feature Ad (728)