Beberapa hari yang lepas, Facebook telah pun melancarkan satu laman khas untuk meraikan ulang tahun kesepuluhnya. Halaman tersebut dinamakan Facebook Lookback yang mengandungi video ringkas yang menayangkan gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook atau aktiviti di dalam aktiviti rangkaian sosial selama akaun tersebut aktif.
Tidak dinafikan bukan semua pengguna Facebook menyukai video Facebook Lookback tersebut. Jikalau anda salah seorang daripada mereka, anda boleh membuat perubahan kepada video tersebut. Caranya agak mudah, hanya tekan butang edit yang di sebelah kanan atas halaman Facebook Lookback.
Tambahan pula, terdapat empat kategori yang anda boleh edit. Keempat-empat kategori tersebut adalah saat-saat pertama anda di Facebook, posting yang paling digemari, gambar dimuat naik ke Facebook dan yang terakhir adalah grid foto.
Adakah anda berminat untuk mengubahnya? Anda boleh sahaja terus ke halaman Facebook Lookback anda.
0 comments:
Post a Comment