Recent Comments

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Friday, February 28, 2014

Facebook hentikan perkhidmatan email@facebook.com


Facebook telah menghentikan perkhidmatan email@facebook.com kerana emel itu tidak digunakan secara meluas.

Jurucakap Facebook berkata dalam blog rasmi syarikatnya, "Kebanyakan orang tidak menggunakan email@facebook.com mereka”, seperti yang dilaporkan oleh The Verge. Facebook akan memberitahu kepada semua pengguna dan mengharapkan pengguna untuk mematikan ciri penghantaran yang muncul secara lalai.

Facebook telah memperkenalkan perkhidmatan emelnya pada bulan November 2010 yang lalu dengan harapan penggunaannya banyak digunakan untuk menerima emel dan mesej. Malangnya, misi ini tidak dicapai dan juga tidak ramai pengguna menggunakan emel Facebook.

Kemungkinan besar pengguna tidak terlalu suka dengan antara muka emel Facebook, yang mana ianya tidak dikenali dan sukar untuk digunakan. Emel Facebook juga tidak menyediakan CC, BCC dan tajuk lajur seperti dalam laman emel umumnya.

Ciri-ciri emel Facebook juga jarang dikemaskini dan juga menyebabkan masalah. Pada bulan Jun 2012 yang lalu, Facebok menonjolkan alamat email@facebook.com pada profil, tetapi sebaliknya menyembunyikan alamat emel. Sebenarnya, langkah ini bertujuan untuk memulihkan profil pengguna daftar kosong yang mana alamat emelnya telah direka privasi. Tetapi hasilnya, Facebook difikirkan pengguna mahu menyokong perkhidmatan emelnya daripada emel yang lain.

Perkhidmatan email@facebook.com ini juga dapat diakses oleh pengguna lain. Pengguna boleh mengakses peti masuk emel utama seseorang dengan menghantar emel kepada email@facebook.com. Ini yang membuatkan pengguna rasa tidak selesa.

Wednesday, February 26, 2014

Orang Malaysia patut lebih semangat

Bukan lagi rahsia apabila Facebook Inc (FB) sendiri mendedahkan mereka berminat membeli syarikat pemula yang mengendalikan mesej mudah alih, WhatsApp, pada harga RM62.66 bilion yang dikatakan langkah tidak masuk akal.


Pembelian dalam bentuk tunai dan saham dicetuskan pengasas Facebook yang mengidamkan platform mudah alih terutama selepas kegagalan aplikasi mesej sendirinya, Facebook Messenger agak lambat mendapat sambutan.


Meskipun ia perlawanan antara dua organisasi yang mempunyai kuasa dalam industri masing-masing, tempiasnya masih boleh terkena di ‘muka’ pengguna terutama di Malaysia yang mencatat pertumbuhan penggunaan telefon bimbit lebih 143 peratus sehingga hujung tahun lalu.

Impaknya terlalu besar untuk rakyat Malaysia apabila 30 peratus pengguna telefon bimbit juga boleh dikategorikan pengguna telefon pintar.


Kini, lebih 42.2 juta telefon berada di Malaysia dan bayangkan kira-kira 12.6 juta pengguna telefon pintar yang menguasai 30 peratus angka terbabit jelas menunjukkan kuasa pemilikan telefon yang bertambah.



Dikhabarkan lebih 80 peratus pengguna telefon pintar di Malaysia adalah pemakai aplikasi Whatsapp sekali gus menjadikannya antara pasaran terbaik bagi industri mudah alih.

Peluang seperti itu cepat dihidu individu seperti Mark Zuckerberg yang mempunyai agenda besar dengan pengambilalihan Whatsapp.

Bayangkan saja, anggaran lebih 10 juta pengguna Whatsapp di Malaysia secara tidak langsung memberi kuasa kepada Facebook untuk memperoleh 10 juta nombor telefon pengguna yang jelas menampakkan senyum lebar kepada potensi pengiklanan.

Lebih-lebih lagi, penggunaan telefon bimbit di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Pasifik malah peratusan peningkatannya jauh mendepani negara maju di Amerika Syarikat dan Eropah.

Laporan agensi penyelidik Nielsen pernah mendedahkan trend terkini menyaksikan Malaysia mencatatkan kadar penembusan telefon pintar 80 peratus selepas Hong Kong dan Si-ngapura (87 peratus) selain mengalahkan Australia (75 peratus) dan China (71 peratus). Tidak hairan juga, peng-guna Whatsapp di Malaysia jauh lebih baik berbanding pengguna FB yang menambah nafsu Zuckerberg untuk membeli aplikasi terbabit.

Pengasas Bersama MobileFest iaitu kumpulan berkaitan mudah alih, Samuel Tan berkata, pengambilalihan terbabit sepatutnya tidak memberi kesan kepada rakyat negara ini dari segi penggunaan.

“Jika kita meneliti syarat dan terma dalam Whatsapp, ia akan menyimpan kerahsiaan maklumat pengguna dan kami jangkakan ia kekal meskipun diambil alih,” katanya.

Beliau memaklumkan, walaupun terdapat perubahan pemilikan sekarang, bahagian privasi pengguna perlu dikendalikan dengan berhati-hati terutama apabila aplikasi ini digunakan lebih 500 juta pengguna dengan satu juta pengguna bertambah setiap hari.

“MobileFest melihat ia sebagai pengambilalihan biasa kerana itu adalah salah satu cara perniagaan itu berjalan.

“Apabila syarikat mampu membeli dan bukannya bermula dari awal untuk membangunkan sesuatu produk, kompetitif yang sama, membelinya adalah pilihan paling mudah,” kata Tan.

Beliau menambah, peng-guna seharusnya memper-oleh lebih banyak inovasi selepas ini seperti yang disaksikan apabila FB membeli Instagram.

“Namun sebagai peng-guna, kita boleh mendesak Facebook mengekalkan aplikasi Whatsapp secara percuma,” katanya.

Tan memaklumkan, FB juga perlu mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) yang dikuat-kuasakan sejak 15 November lalu sekiranya mengambil alih Whatsapp.

“Ia bermakna, FB tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan data Whatsapp untuk kepentingan lain,” katanya.

Akta itu digunakan untuk menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan serta keutuhan rangkaian dalam perlindungan data di negara ini.

Menerusi akta berkenaan, mereka yang mempunyai data pengguna dari 11 sektor seperti komunikasi, insurans, perkhidmatan dan jualan langsung akan lebih bertanggungjawab dalam memberikan maklumat peribadi individu kepada pihak luar.

Semua data peribadi yang dilindungi mengikut Akta 709 termasuk nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor pasport, maklumat kesihatan, e-mel, gambar, imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan maklumat dalam fail peribadi.

Dari aspek perniagaan, kejayaan Whatsapp seharusnya mendorong syarikat pemula teknologi di negara ini berusaha gigih bagi memastikan kejayaan produk berasaskan inovasi unik yang mengikut selera dunia serta tidak berputus asa.

Jan Koum, 37, mengasaskan aplikasi WhatsApp bersama Brian Acton pada 2009 dan lima tahun kemudian aplikasi itu dianggar bernilai RM22.4 bilion.

Mengikut ceritanya, Acton pernah ditolak daripada bekerja dengan FB pada 2009.

Dalam status di akaun Twitternya ketika itu, Acton menulis, “Facebook menolak permohonan saya untuk bekerja dengan mereka. Ia peluang yang berharga untuk berhubung dengan orang yang hebat. Tak mengapa, bersedia untuk cabaran kehidupan seterusnya.”

Nada kecewa terbabit terus berpanjangan apabila resume beliau turut ditolak satu lagi laman sosial popular, Twitter pada tahun yang sama.

Pengarah Urusan Terato Tech Sdn Bhd iaitu syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi, Reza Razali berkata, pembangun aplikasi tempatan perlu melihat adegan FB Whatsapp sebagai penguat semangat sekiranya mereka komited dalam kerja masing-masing.

“Anda perlu lihat bagaimana jika anda fokus membangunkan produk yang baik, ia berpotensi untuk berjaya,” katanya.

Namun menurut Reza, pembangun tempatan juga perlu realistik dengan model perniagaan mereka dan tidak mengharapkan syarikat seperti FB akan membeli mereka pada harga berbilion ringgit.

“Sebaiknya, kita perlu model perniagaan yang mampu mengekalkan saingan dan realistik,” katanya.

WhatsApp yang berpangkalan di Lembah Silikon seperti ‘kisah paripari’ bagi sebuah syarikat pemula.

Pengguna aplikasi Whatsapp naik mendadak kepada 450 juta dalam tempoh lima tahun dan menokok kira-kira sejuta pengguna baru setiap hari.

Zuckerberg sebelum ini mengejutkan dunia dengan janji niaga hampir RM3.3 bilion untuk membeli pe-ngendali khidmat perkongsian gambar Instagram dalam tempoh hujung minggu pada pertengahan 2012.

Beliau mencadangkan penggabungan FB Whatsapp pada satu makan malam dengan Jan Koum, 9 Februari lalu.


[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]

Thursday, February 13, 2014

25 Orang Pemilik Pertama Akaun Facebook

Facebook baru saja meraikan ulangtahun yang ke-10. Tapi tahukah anda siapa  orang-orang yang terawal mendaftarkan akaun di Facebook?


Jika anda melihat halaman profil Facebook anda (sekiranya belum diganti dengan nama ID ), Anda akan melihat URL yang di bahagian belakangnya dilengkapi user ID (nombor).


Contohnya: http://www.facebook.com/profile.php?id=5500957
Jadi, ketika pertama kali mendaftar, setiap pengguna akan mendapatkan kod ID. Kod ini dimulai dengan ID #0, yang nantinya akan mengarahkan pemilik akaun ke halaman profil Facebook mereka.


Dan ternyata, tiga akaun pertama dengan nomor ID 1-3 digunakan sebagai akaun percubaan oleh Mark Zuckerberg yang mana kemudiannya dipadamkan. Jadi pengguna pertama Facebook sebenarnya memiliki nombor ID #4, dan orang tersebut adalah Mark Zuckerberg -- Pengasas Facebook.


Menurut data dari BuzzFeed, sebahagian besar pengguna pertama Facebook adalah para mahasiswa di Harvard yang merupakan teman-teman Mark Zuckerberg, termasuk teman-teman yang membantunya membangunkan Facebook.


Kini hampir semua mereka ini telahpun berjaya dalam bidang masin-masing, termasuk Zuckerberg sendiri. Walaupun beberapa dari mereka telah meninggalkan syarikat tersebut, tetapi masih ramai juga setia bersama Facebook.


Pengasas bersama Facebook yang lain seperti Chris Hughes dan Dustin Moscovitz, juga termasuk dalam senarai 10 orang pertama yang memiliki akaun Facebook. Hughes adalah jurucakap pertama Facebook. Setelah meninggalkan Facebook, beliau dilaporkan terlibat secara langsung dengan kempen atas talian Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama pada tahun 2008.


Bagaimana dengan Eduardo Saverin, yang juga pengasas bersama Facebook? Malangnya beliau tidak termasuk dalam daftar 10 anggota pertama Facebook. Untuk melengkapkan senarai, berikut adalah daftar 25 orang yang pertama kali memiliki akaun Facebook menurut BuzzFeed:


1. Mark Zuckerberg
2. Chris Hughes
3. Dustin Moskovitz
4. Arie Hasit
5. Andrew McCollum
6. Colin Kelly
7. Mark Kaganovich
8. Andrei Boros
9. Manuel Antonio Aguilar
10. Zach Bercu
11. Samyr Laine
12. Sarah Goodin
13. Kang-Xing Jin
14. Colin Jackson
15. David Jakus
16. David Hammer
17. Alana V. Davis
18. Ebonie Hazle
19. Eduardo Saverin
20. Joe Green
21. Greg Friedman
22. Hilary Scurlock Cocalis
23. Billy Olson
24. Ada McMahon
25. Amie Broder


25 pertama facebook

Tuesday, February 11, 2014

Pertama kalinya, LINE kalahkan Facebook dan Twitter

Baru-baru ini, sebuah kajian  yang dilakukan oleh Fast-Ask di Jepun, telah mendapati hasil dapatan yang luar biasa. Dimana, dari penyelidikan  tersebut, ternyata LINE memiliki populariti yang  tinggi, bahkan ianya juga telah mengalahkan Facebook dan Twitter, seperti yang tertera dilaman sesawang Antara pada 10/2/2014.


Tinjauan tersebut dilakukan kepada 680 responden termasuk lelaki dan wanita berusia antara 10-50 tahun pengguna LINE, Twitter, dan Facebook.


Hasilnya, 40.4 peratus responden mengutamakan penggunaan LINE dalam kegiatan sehariannya, diikuti 32.6 peratus responden mengutamakan penggunaan Twitter, dan 23.5 peratus mengutamakan penggunaan Facebook.


Antara hasil dapatan lain dari penyelidikan tersebut, hampir 50 peratus dari responden berusia 10-20 tahun memilih Twitter sebagai laman sosial yang paling disukai, sedangkan 37 peratus di antaranya menghabiskan waktu selama 40 saat lebih lama dengan Facebook dalam kegiatan sehariannya.


semasa respondan ditanya laman sosial manakah yang selalu digunakan untuk menghubungi seseorang, maka LINE kembali berada di tempat pertama dimana 71.8 peratus telah menyuarakan bahawa LINE adalah laman sosial yang sering mereka gunakan.


Selain itu, antara dapatan lainnya adalah 91.8 peratus respondan berusia 10-20 tahun mengakui telah beralih dari laman sosial lain kepada LINE bagi menghubungi seseorang yang lebih dekat dengan mereka.


Antara sebab mengapa  penghijrahan dari laman sosial seperti Facebook dan Twitter ini berlaku kerana, genarasi muda lebih gemar dan menyukai pengunaan perkhidmatan seperti pesanan cepat sepertimana yang disajikan oleh LINE berbanding menulis status mahupun berkongsi gambar di Twitter atau Facebook.


Anda pula adakah sudah bersedia untuk berhijrah dari Facebook atau Twitter kepada laman sosial LINE, atau bagaimana?


[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]

Sunday, February 9, 2014

Sunting video di Facebook Lookback

Beberapa hari yang lepas, Facebook telah pun melancarkan satu laman khas untuk meraikan ulang tahun kesepuluhnya.  Halaman tersebut dinamakan Facebook Lookback yang mengandungi video ringkas yang menayangkan gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook atau aktiviti di dalam aktiviti rangkaian sosial selama akaun tersebut aktif.


Tidak dinafikan bukan semua pengguna Facebook menyukai video Facebook Lookback tersebut. Jikalau anda salah seorang daripada mereka, anda boleh membuat perubahan kepada video tersebut. Caranya agak mudah, hanya tekan butang edit yang di sebelah kanan atas halaman Facebook Lookback.


Tambahan pula, terdapat empat kategori yang anda boleh edit. Keempat-empat kategori tersebut adalah saat-saat pertama anda di Facebook, posting yang paling digemari, gambar dimuat naik ke Facebook dan yang terakhir adalah grid foto.


Adakah anda berminat untuk mengubahnya? Anda boleh sahaja terus ke halaman Facebook Lookback anda.


Friday, January 24, 2014

Biarpun dihalalkan, Facebook dan Google tegas tolak ganja

Keputusan Amerika Syarikat menghalalkan pengunaan ganja di beberapa buah negeri di negaranya mendapat reaksi yang negatif dari Facebook dan Google. Kedua-dua rangkaian ini, sama sekali tidak akan membenarkan  kempen penggunaan ganja termasuklah jual beli berada dalam carian enjin internet, walaupun Amarika Syarikat telah meluluskan Rang Undang-Undang penjualan dan pengunaan ganja di negaranya.


Seperti mana yang tekah dilaporkan oleh The Verge pada 21 Januari lepas, ganja sememangnya telah menjadi salah satu barang dagangan yang dibolehkan di Colorado, Amarika Syarikat. Walaupun begitu, mereka seolah-oleh tidak diberikan ruang untuk terus berkembang di internet terutamanya di laman sosial popular Facebook dan carian enjin Google kerana, kedua-duanya seperti sepakat untuk tidak menerima segala bentuk penawaran mahupun pengiklanan jual beli barangan tersebut dalam layanannya.


Antara sebab utama mengapa Facebook dan Google menolak tawaran tersebut kerana  berangapan bahawa, ganja tetap haram walaupun ianya di halalkan di negara berkenaan.


Menurut GigaOm, Facebook bersungguh-sungguh dan begitu tegas untuk mempertahankan pendiriannya untuk tidak mengiklankan peroduk tersebut apabila dilaporkan telah menolak tawaran sejumlah bayaran yang tidak dinyatakan  oleh National Cannabis Industry Association, sebuah lembaga pelobi pernigaan ganja kepada Facebook bagi mengiklankan produk mereka disana.


Sungguhpun begitu,  Facebook dan Google telah menyatakan bahawa jika mereka mahu, mereka sebenarnya boleh mengubah pendirian pada bila-bila masa yang mereka suka. Namun setakat ini, laporan menyebut bahawa mereka belum ada niat untuk mengubah pendiriannya kerana mereka beranggapan bahawa pengiklanan prodak itu, boleh mendatangkan masalah pada masa hadapan.

Thursday, January 23, 2014

Facebook hilang sengat, bakal hilang 80 peratus pengguna

[dropcap]F[/dropcap]acebook mirip seperti penyakit berjangkit, mengalami kenaikan yang tinggi sebelum menurun dengan mendadak, menurut penyelidik dari Amerika Syarikat rangkaian sosial itu akan kehilangan 80 peratus dari pengguna menjelang 2017.

Dua calon kedoktoran dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan aeroangkasa di Universiti Princeton membuat penemuan yang menakjubkan dalam kertas kajian yang diterbitkan dalam talian di arkib penyelidikan saintifik, akan tetapi penemuan ini belum lagi dikaji semula.

Berdasarkan kenaikan dan kejatuhan MySpace, John Cannarella dan Joshua Spechler mengatakan bahawa Facebook, rangkaian sosial dalam talian yang terbesar dalam sejarah, kini diramalkan akan jatuh secara mendadak.

Penemuan ini adalah berdasarkan dari kajian berdasarkan model epidemiologi yang telah diubahsuai untuk menggambarkan dinamik aktiviti pengguna rangkaian sosial dalam talian, dengan menggunakan data Google yang boleh didapati secara terbuka.facebook losing user 2014

Ia akan menjadikan penemuan yang bakal menakutkan kepada gergasi media sosial yang diasaskan bersama oleh Mark Zuckerberg, Facebook mempunyai lebih daripada 1.1 bilion pengguna di seluruh dunia akan melangkau usia 10 tahun bulan hadapan.

Kajian ini juga menunjukkan Facebook, yang sahamnya meningkat kepada ketinggian baru pada $ 58,51 minggu ini, telah merosot dari segi penggunaan data sejak 2012.

"Facebook dijangka akan menjalani penurunan besar dalam tahun-tahun akan datang, mengecil kepada 20 peratus daripada saiz maksimum menjelang Disember 2014," kata laporan itu disiarkan dalam talian dengan perkongian di ArXiv.org.

"Menentuluar adalah model penyuaian yang terbaik di masa hadapan jelas menunjukkan bahawa Facebook akan menjalani penurunan yang besar pada tahun-tahun akan datang, kehilangan 80 peratus daripada pangkalan pengguna kemuncaknya antara 2015 dan 2017."


facebook chart losing user 2013

Penyelidikan baru ini juga selari dengan penemuan tinjauan yang menunjukkan bahawa pengguna muda adalah yang paling ramai dijangkakan meninggalkan Facebook pada tahun 2013.

Cannarella dan Spechler memberitahu AFP yang mereka tidak ingin mengulas secara terbuka buat masa kini akan tetapi sebarang ulasan lanjut dijangka akan dibuat selepas manuskrip penemuan mereka ini dikaji semula.

Menurut mereka lagi sekurang-kurangnya buat masa ini, nasib Facebook masih lagi dikatakan baik.

Kenaikan harga saham telah membuatkan Ketua Pegawai Operasi Sheryl Sandberg seorang jutawan terbaru manakala pengasas Facebook Mark Zuckerberg, 29, mempunyai kekayaan peribadi dianggarkan kira-kira $ 19 bilion.

Thursday, January 16, 2014

Facebook Ambil Alih Forum Rangkaian Sosial Branch

Kelmarin Facebook telah mengesahkan tentang pengambilalihan sebuah lagi laman rangkaian sosial Branch di bawah payung syarikat rangkaian sosial gergasi itu. Branch adalah sebuah laman rangkaian sosial yang banyak memberi tumpuan kepada menyediakan forum atas talian untuk perbincangan akademik.


Maklumat penuh tentang pengambilalihan ini tidak didedahkan tetapi ada laporan melaporkan yang ianya dijangka mencecah pada harga USD15 juta (RM48.9 juta).


"Saya teruja untuk mengumumkan bahawa kami akan meneruskan misi kami di Facebook," Cawangan pengasas bersama dan ketua eksekutif Josh Miller menulis dalam sebuah blog yang katanya dia telah 'dipecat' semasa bercuti di sebuah kawasan pergunungan di Jepun.


Miller juga menambah yang Branch dan Potluck akan meneruskan operasi mereka secara bebas akan tetapi pasukan sembilan anggota akan membentuk kumpulan Facebook Conversation.


Matlamat kumpulan itu ialah untuk membantu pengguna Facebook bertukar-tukar pendapat dan idea berdasarkan minat masing-masing tambah Miller lagi.


Branch dan Potluck ditubuhkan kira-kira dua tahun lepas dengan bantuan dari syarikat The Obvious Corp, firma inkubator teknologi yang dibentuk oleh pengasas Twitter Biz Stone dan Evan Williams.


Branch Co-founder

Saturday, December 14, 2013

Facebook ceburi bidang ‘Artificial Intelligence’

Facebook dilaporkan bergerak kehadapan dengan makmal penyelidikan terbaru mereka yang dikatakan sedang membuat penyelidikan tentang ‘Artificial Intelligence’.


Memetik dari artikel terbaru dari Yann Lecin di Facebook dan Google+. Kerjasama antara Facebook dan Universiti New York di katakan akan membawa perubahan besar dalam teknologi ‘Artificial Intelligence’.


Facebook dikatakan mula menubuhkan kumpulan penyelidikan ini di bulan September. Sehingga kini 8 orang telah dikenalpasti terlibat dalam projek tersebut.


Memetik dari kenyataan pengasas Facebook Mark Zuckenberg, beliau menyatakan;


“Matlamat penyelidikan ini ialah untuk menggunakan segala kandungan yang dikongsi di Facebook sebagai modul untuk menjana pemahaman yang mana boleh digunakan untuk merungkai semua persoalan”


Dengan jutaan pengguna Facebook aktif berkongsi maklumat peribadi di laman web itu memudahkan lagi proses mengumpul dan mentafsir data-data tersebut.


Facebook dikatakan berusaha untuk meletakkan iklan-iklan khusus untuk penggunaFacebook yang khusus. Teknologi ‘Artificial Intelligence’ ini tidak dinafikan dapat membantu facebook mencapai matlamat mereka dengan konklusif dan kondusif.

Butang ‘simpati’ Facebook

Di status Facebook:
“Bapa saya baru kembali ke rahmatullah sebentar tadi, semoga roh beliau dicucuri rahmat”

Pada kebiasaannya anda pasti menekan butang ‘suka’ pada Facebook anda sebagai tanda anda telah membaca status tersebut, tetapi apa relevannya ‘suka’ pada situasi yang menyedihkan ini?

Melihat keadaan ini, Facebook telah merancang menambah lagi satu butang bersebelahan butang ‘suka’ yang dinamakan butang ‘simpati’.

Dipetik dari BBC NEWS, Jurutera Facebook Dan Muriello mengumumkan pembangunan butang ini telah pun di bangunkan secara dalaman tetapi belum diputuskan samada akan disediakan untuk kegunaan ramai.

Pembangunan butang ini dikatakan hasil dari maklum balas pengguna Facebook yang melahirkan rasa tidak selesa mereka bila terpaksa menekan butang ‘suka’ apabila membaca status yang secara zahirnya mengumumkan situasi yang memerlukan simpati bukan untuk disukai.

Sebagai contoh, apabila rakan mengemaskini status mereka dengan berita mereka dibuang kerja, keluarga terdekat sedang sakit atau perkara-perkara lain yang tidak sesuai untuk butang ‘suka’, butang ‘simpati’ boleh dijadikan alternatif.

Friday, November 15, 2013

Laman Sosial Instagram di Komersilkan

Instagram sudah mula menayangkan iklan komersial mereka yang pertama beberapa minggu lepas. Pengiklanan ini jelas menumpukan halatuju instagram setelah di beli oleh facebook.

Iklan pertama yang muncul di instagram adalah iklan Jam tangan wanita Michael Kors. Iklan tersebut menggambarkan jam tangan wanita tersebut dengan satu set minum petang dengan tema ‘Pampered in Paris’.



Iklan tersebut yang mensasarkan pembeli wanita kelas umur pertengahan mendapat sambutan hangat dengan jumlah ‘Like’ lebih 181,000 kali pada hari pertama disiarkan.

Menurut Instagram, iklan tersebut bukan hanya disewa oleh Michael Korss malahan syarikat lain seperti Adidas, Lexus, Paypal,Burberry dan aiskrim Ben & Jerry sudahpun menandatangani kontrak untuk pengiklanan produk-produk mereka.

Pemilik Instagram, Facebook mengakui potensi Instagram dalam bidang pemgiklanan adalah sangat besar. Ini dibuktikan dengan lonjakan pendapatan Instagram hasil dari pengiklanan di laman web social tersebut.

Saturday, November 9, 2013

Facebook boleh meramalkan Perpisahan dengan kekasih anda!

Penganalisis Facebook dikatakan dapat meramalkan sekiranya sepasang kekasih ingin berpisah. Teori mereka yang dinamakan 'theory of dipersion' ini dikatakan meramal melalui tindak tanduk pasangan melalui Facebook.

Penyelidik tersebut yang datang dari Universiti Cornell dan Jon Kleinberg dan Facebook jurutera kanan Lars Backstrom telah menganalisis sebanyak 1.3 juta data dari Facebook.

facebook-relationship-status

pengguna rangkaian media sosial yang telah disenaraikan sebagai berada dalam hubungan, dan mendapati bahawa mereka diramalkan berpisah hasil dari pemerhatian daripada rakan Facebook mereka.

Menurut news.com.au, 'theory of dispersion' ini meramalkan pasangan dengan penyebaran tinggi mempunyai kawan bersama yang tidak baik yang berkaitan manakala mereka yang rendah mempunyai kawan bersama yang baik.

Oleh itu, jika pasangan berkongsi penyebaran rendah, mereka kurang cenderung untuk mempunyai kehidupan mereka sendiri dan lebih cenderung untuk berpisah.

Facebook menyatakan hubungan yang sihat, sebagai salah satu di mana kedua-dua pasangan mempunyai hubungan dengan banyak kumpulan-kumpulan orang yang berbeza, walaupun persahabatan tersebut tidak begitu kuat.

Kleinberg menjelaskan bahawa pasangan atau pasangan romantis adalah jambatan antara yang berbeza antara dunia sosial seseorang.

 

Feature Ad (728)