Recent Comments

Monday, February 10, 2014

Cipta serangga dari bahan elektronik


Menarik sekali melihat hasil karya dari Justin Gershenson-Gates yang membuat berbagai serangga mengerikan seperti labah-labah, kala jengking dan kumbang dari bahan elektronik lama seperti jam tangan, mentol dan banyak lagi.


Gates yang dilihat sangat kreatif dalam menghasilkan pelbagai serangga mekanikal yang dibuatnya dengan bersungguh-sungguh. Gates adalah seorang pengumpul bekas jam tangan dan biasanya menjual bahagian-bahagian daripada jam tangan lama di laman webnya. Beliau juga adalah seorang yang kreatif dan pemikir bebas yang boleh membuat pelbagai spesies serangga arthropod dengan mentol lampu kecil, skru, dan bahagian-bahagian lain daripada jam tangan.


Gates mendedahkan apa inspirasi di sebalik reka bentuk yang unik itu, tetapi menyeramkan. Beliau memberitahu, pada satu hari dia dalam perjalanan itu, dia telah bertemu dengan seekor labah-labah yang menakutkan dengan kaki yang panjang hingga 3 inci. Selepas pulang dari lawatan itu, dia terus mencipta seekor labah-labah mekanikal dari jam-jam tersebut.



Rupa-rupanya, tiada siapa yang suka hasil kerjanya dan membeli labah-labah tiruan yang dibuat Gates. Beliau kemudian membuat satu lagi hasil kerjanya iaitu belalang, kala jengking dan rama-rama. Hasil kerjanya itu boleh dijual pada harga $300 (RM 996.90) setiap unit. Beliau mengumpulkan hasil kerja-kerjanya pada sebuah album yang bertajuk 'Mechanical Mind' di Facebook.


Gates juga ada memberitahu bahawa dia mengambil masa selama 3 hingga 12 jam untuk membuat hasil kerja tersebut. Semua idea-ideanya itu datang dari apa yang dia lihat di sekelilingnya. Katanya, "Saya tidak boleh meninggalkan kerjanya yang belum selesai, jadi saya memotong, membentuk, mengempil, dan pematerian sehingga selesai."


Pencarian bahan sendiri tidaklah mudah, bahagian-bahagian jam tangan yang dicari oleh Gates bermula dari tahun 1880 hingga 1950. Menurut Gates, bahan jam tangan kala itu lebih bagus dan lebih berkualiti untuk dipateri berbanding bahan pada waktu sekarang. Ketika ditanya, apa yang paling ingin dia buat sekarang, dia menjawab ingin membuat sebuah model kelawar mekanik. Wow, daripada membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula, lebih baik sekiranya kita berguru dengan Gates.


Ada betulnya juga daripada membuang bahan-bahan lama itu lebih baik dijadikan karya yang hasil dari bahan terbuang.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)