Recent Comments

Wednesday, February 5, 2014

Wool & Prince Pakaian Canggih Anti Kusut dan Bau


Bagi anda yang malas mencuci pakaian, sebuah baju yang tidak perlu dicuci tentunya sebuah jalan penyelesaian yang sangat menarik. Dan ianya tersebut telah pun wujud dimana pakaian itu diberi jenama Wool & Prince.


Menurut pasukan yang mereka cipta  pakaian ini mengatakan bahawa mereka telah menghabiskan waktu selama enam bulan untuk membuat bahan kapas baru untuk baju tersebut. Dengan bahan kapas baru tersebut, pakaian ini mempunyai kemampuan anti kusut dan anti bau.


Mac Bishop salah satu anggota pasukan tersebut telah  menggunakan pakaian tersebut tanpa membasuhnya bagi tujuan pengujian keatas pakaian berkenaan. Dan hasilnya, pakaian tersebut memiliki ketahanan terhadap bau ataupun lipatan dalam satu jangka masa yang lama, atau dalam erti kata lain ianya tahan bau selama 100 hari. Selain itu hasil dapatannya juga mendapati bahawa pakaian jenama Wool & Prince ini rupa-rupanya anti peluh, asap, cuaca dan sebaginya.


Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan kemunculannya di pasaran mungkin dalam beberapa bulan dari sekarang. Kerana buat masa ini, dinyatakan bahawa ia belum dipasarkan lagi atas beberapa faktor yang tidak dinyatakan.


Walaupun ianya belum dipasarkan, harga pakaian tersebut telahpun dinyatakan dimana anggaran awal pakaian tersebut dikatakan berharga USD 98. Dan pengguna bebas memilih warna pakaian yang digemarinya.


Jadi, sama-sama kita nantikan kemunculannya di pasaran terutamanya di negara kita Malaysia bagi memudahkan mereka yang tidak mempunyai masa untuk membasuh pakaian atas faktor-faktor kesibukan kerja dan sebaginya.









[well type="well-sm"]
SUMBER
[/well]

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)