Jam tangan unik tanpa jarum adalah sebuah alat penunjuk masa yang mana sebab itulah tujuan utama jam tangan tangan unik ini direka. Pada ketika anda memakai jam tangan ini, orang ramai yang berada disekeliling anda mungkin tidak akan tahu yang itu adalah jam tangan.
Tanpa memiliki jarum dan angka, jam tangan yang dinamakan Durr ini akan bergetar setiap lima minit untuk mengingatkan anda bahawa masa yang telah berlalu supaya anda lebih berdisiplin dan tidak hilang kawalan semasa melakukan aktiviti harian.
Jam tangan ini direka oleh Theo Tveteras dan Lars Vedeler yang berasal dari Oslo, Norway. Dipetik dari Wired, mereka berkata "Kami sangat terkejut dan gembira bagaimana perjalanan masa boleh dirasai dengan sangat begitu ketara".
Idea yang dihasilkan daripada reka bentuk duo kreatif ini sememangnya genius dan tidak langsung terlintas difikiran sebelum ini yang mana ianya mengingatkan pengguna jam tangan ini yang sering lupa untuk melihat jam tangannya ketika berseronok.
Dengan mempunyai reka bentuk yang ringkas namun elegan, Durr sesuai untuk digunakan oleh lelaki dan wanita. Ianya diperbuat daripada kain berwarna yang menarik dengan tali kulit coklat dan mempunyai butang kecil untuk menghidupkan dan mematikan getaran.
Daily Mail melaporkan, Durr mulanya direka secara tidak sengaja. Namun tanpa disangka-sangka selepas enam minggu pelancaran, jam tangan tersebut terjual sehingga 50 unit pada harga $75 (RM 407.22) bagi setiap unit.
0 comments:
Post a Comment