Recent Comments

Friday, February 14, 2014

5 Aplikasi untuk membuat Hari Kekasih anda menjadi lebih istimewa


Bulan Februari adalah sinonim dengan sambutan Hari Valentines. Anda boleh menjadikan tarikh 14 Februari ini, untuk menghabiskan masa dengan pasangan anda atau memberikan pasangan anda hadiah yang istimewa.


Tetapi, tidak perlulah kerap sekali memberikan coklat, sejambak bunga, ataupun teddy bear untuk menunjukkan kasih sayang anda kepada pasangan anda. Kata-kata romantis atau makan malam yang sederhana boleh juga menjadi satu pilihan. Berikut adalah aplikasi yang boleh membantu anda untuk membuat Hari Valentines anda lebih istimewa:



[pageheader class="yourcustomclass"]1. Love Quotes[/pageheader]


[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/lovequote.jpg"]


Aplikasi ini akan memaparkan pelbagai perkara tentang cinta yang mana anda boleh berkongsi untuk yang tersayang. Terdapat juga beberapa kategori seperti lucu, romantis, dan juga tentang seks. Aplikasi ini boleh didapati untuk Android dan Iphone.



[pageheader class="yourcustomclass"]2. iValentine App[/pageheader]


[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/iVa.png"]


Aplikasi ini akan membolehkan anda untuk menyunting gambar anda dan memberikan perhiasan khas Hari Valentines. Hanya dengan memasukkan gambar yang anda hendak sunting, dan pilih latar belakang dan hiasan seperti yang dikehendaki atau yang anda inginkan. Anda juga boleh berkongsi dengan mereka melalui e-mel atau Facebook.



[pageheader class="yourcustomclass"]3. 30 Day Relationship Challenge[/pageheader]


[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/30dayrelationship.jpg"]


Aplikasi ini akan menyediakan permainan yang akan mengukuhkan lagi hubungan dengan pasangan anda. Selama 30 hari, anda perlu melakukan aktiviti dengan pasangan anda. Jika nilai yang diperolehi adalah tinggi, ia bermakna bahawa hubungan anda dengan pasangan anda adalah cukup kuat. Aplikasi ini juga boleh memberitahu anda bagaimana berat anda pada pasangan dan sebaliknya. Aplikasi ini khas telefon Android.



[pageheader class="yourcustomclass"]4. Let's Date[/pageheader]


[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/lets_date_app_for_ios-602x300.jpg"]


Bagi mereka yang ‘single’ atau keseorangan, aplikasi ini adalah sesuai untuk anda. Aplikasi ini akan membantu anda untuk mencari teman untuk Hari Valentines. Pengguna hendaklah berhubung dengan akaun Facebook, maka akaun anda akan menjemput kawan-kawan anda di Facebook. Anda tidak perlu berasa malu kerana ia tidak akan muncul pada halaman berita anda. Jika mesej balasan dihantar dan bersetuju, orang yang keseorangan itu boleh menghabiskan masa dengan pasangannya. Aplikasi ini adalah hanya tersedia untuk iPhone sahaja.



[pageheader class="yourcustomclass"]5. My Valentine Recipes[/pageheader]


[thumbnail border="1" src="http://teknoderas.com/wp-content/uploads/2014/02/valanetinerecipe.jpg"]


Hari Valentines akan terasa lengkap jika ia ditutup dengan majlis makan malam di sebuah restoran dengan pasangan. Walaubagaimanapun, jika banyak halangan ianya tidak salah untuk mengadakan makan malam di rumah sahaja dengan makanan yang disediakan sendiri. Aplikasi ini akan memberikan menu, cara untuk memasak dan menyajikan makanan yang sesuai untuk makan malam yang sederhana dan romantis. Asalkan dapat berdua-duaan dengan pasangan, makan malam di rumah akan menjadi istimewa, lagi-lagi dapat menyediakan makanan sendiri untuk orang yang disayangi.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)