Recent Comments

Friday, February 14, 2014

Menyelesaikan masalah ‘Brick’ dengan Nokia Software Recovery


Nokia baru sahaja melancarkan perisian baikpulih (software recovery) yang dikhaskan kepada pengguna telefon mudah alih Nokia. Dengan perisian ini, pemilik telefon mudah alih Nokia boleh menyelesaikan masalah-masalah telefon pintar yang 'brick' dengan sendiri.


Aplikasi ini juga kemungkinan merupakan alat yang biasa digunakan oleh Nokia Care untuk menyelesaikan masalah pelanggannya. Dengan aplikasi ini, pemilik telefon bimbit Nokia juga boleh memperbaiki sendiri telefon bimbit Nokia mereka  yang selalu booting dengan sendirinya ataupun apabila telefon bimbit tidak bertindak balas.


Untuk menggunakan perisian ini, Nokia juga mencadangkan bahawa pemilik telefon mudah alih ini melakukan backup data terlebih dahulu. Tetapi ia sudah tentu tidak boleh dilakukan jika telefon tiba-tiba “brick”.


Nokia Software Recovery Tool ini boleh dimuat turun terus dari laman web rasmi Nokia. Aplikasi ini hanya sesuai dengan telefon pintar Windows Phone 7 atau versi yang sama dengannya. Di samping itu, telefon pintar juga mesti disambungkan ke komputer dan mempunyai sekurang-kurangnya 4GB memori dalaman.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)