Fujitsu Laboratories mengumumkan bahawa pihaknya tengah mengembangkan sebuah teknologi yang boleh mengukur warna kulit manusia dengan tepat melalui kamera telefon pintar.
Bukan sahaja mana-mana warna kulit, Fujitsu juga mendakwa bahawa penciptaan teknologi ini mampu mengesan keadaan kulit, bintik dan kecacatan pada kulit. Ianya juga boleh menyesuaikan imej yang diambil di bawah cahaya yang berbeza.
Teknologi ini juga boleh berguna untuk lelaki atau wanita yang mempunyai masalah jerawat atau masalah kulit yang lain, dengan menggunakan teknologi ini, mereka tidak lagi perlu pergi berjumpa dengan doktor kulit untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.
Pihak Fujitsu Laboratories berkata bahawa teknologi ini juga boleh membantu syarikat-syarikat kosmetik untuk meningkatkan jualan dengan bantuan mempromosikan produk-produk kepada pelanggan melalui laman web mereka.
Fujitsu Laboratories dilaporkan akan mengkomersilkan teknologi tersebut di Jepun tahun ini. Fujitsu yakin teknologi ini akan digunakan oleh ramai orang, terutama wanita.
0 comments:
Post a Comment