Pereka bentuk atau pencipta asal game Flappy Brid, Dong Nguyen yang berasal dari Vietnam kini dalam proses menyiapkan tiga jenis game terbaru bagi menggantikan Flappy yang telah beliau hentikan sebelum ini.
Beliau menyatakan perkara tersebut dalam satu wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 11/02/2014, yang lepas.
Berdasarkan kepada temubual tersebut, WSJ telah menyatakan bahawa semenjak permainan Flappy Bird dihentikan, Dong Nguyen secara senyap telah membangunkan tiga permainan video terbaru termasuklah game ‘Ninja Assault” dan ‘Droplet Shuffle".
Dong Nguyen,juga ada menyatakan bahawa, kertas kerja atau prototaip ketiga-tiga game barunyaitu, seakan-akan seperti Flappy Bird sebelum ini.
Walaupun bagaimanapun, beliau ada menyatakan bahawa selama ini, hidupnya begitu tertekan dan sedikit kacau bilau semenjak permainan video lamanya Flappy Bird menjadi popular. Kerana, beliau sering kali diganggu, dikacau, diugut, dan dimarahi oleh orang yang tidak dikenalinya, kerana mencipta sebuah game yang terlalu sukar untuk dimainkan.
Sungguhpun demikian, beliau juga turut mengakui bahawa disebalik kesulitan yang dihadapinya, masih terdapat satu perkara positif yang berkaitan dengan game Flappy Bird.
Dimana beliau menyatakan bahawa, "Saya memiliki lebih banyak kebebasan dan keyakinan diri untuk menciptakan lebih banyak permainan video," katanya.
Walaubagaimanpun, sama-sama kita nantikan tiga permainan video baru hasil ciptaannya dimana akan dilancarkan oleh Dong Nguyen ke Google Play Store dan Apple App Store dalam waktu terdekat.
0 comments:
Post a Comment