Bukan hanya peranti mudah alih sehaja yang dilaporkan rosak kerana pemiliknya berang gara-gara tidak boleh mendapatkan skor atau markah, paling terbaru permainan video Flappy Bird menyebabkan nyawa seorang lelaki telah tergadai.
Sebuah laman web bernama Huzler.com memuatkan satu berita yang menghebohkan bahawa ada seorang pemuda yang telah membunuh saudaranya sendiri kerana skor yang diperolehi oleh abangnya itu lebih tinggi daripada apa yang diperolehi oleh pemuda tersebut.
Seperti mana yang dinyatakan oleh laman sesawang iDigital Times pada 2/2/2014, dikatakan bahawa seorang remaja bernama Gary Wright berusia 16 tahun telah membunuh abangnya Jabari Wright yang berusia 17 tahun, setelah kalah markah ketika bermain permainan video Flappy Bird.
Ketika mengetahui bahawa Jabari mendapat skor lebih tinggi iaitu 17, Gary yang berang dan kerasukan kerana hanya mendapat skor 6, itu telah merodok tubuh abangnya itu dengan senjata tajam.
Namun, setelah pihak polis menyiasat perkara tersebut, pihak polis mendapati berita yang dikeluarkan oleh Huzler.com itu hanyalah khabar angin semata-mata.
Walau bagimanpun, kita semuanya telah sedia maklum bahawa permainan ini telah pun di hentikan oleh penciptanya.
Persoalannya, apakah tujuan Huzler.com mengeluarkan berita tersebut sekiranya ia hanyalah khabar angin biasa-biasa? Atau sememangnya berita itu benar sehingga menyebabkan penciptanya mengambil tindakan menghentikan permainan tersebut.
Yang nyata, pastikan anda peminat permainan video tidak bertindak diluar kewarasan sekiranya kejadian diatas berlaku keatas anda. :)
0 comments:
Post a Comment