Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Reinast telah mencipta berus gigi mewah dengan harga yang paling mahal iaitu sebanyak $ 4320 (RM14452.56) (dan itu hanya harga asas). Mereka mendakwa bahawa pengguna akan mendapat "berus gigi yang bersih selama-lamanya - sebuah aksesori mewah atau hadiah premium".
Berus ini mempunyai badan titanium dengan kepala boleh tanggal dan menggabungkan kejuruteraan Jerman untuk reka bentuk yang ringan dan anggun. Berus gigi ini juga mempunyai penongkat titanium yang sama tinggi dan salutan antibakteria di bahagian kepala dan berusnya boleh diganti. Soalannya adakah anda sanggup berbelanja sebegini besar untuk sebatang berus gigi?
0 comments:
Post a Comment