Recent Comments

Tuesday, February 4, 2014

Senjata Terhebat BlackBerry, Papan Kekunci dan Sekuriti keselamatan


BlackBerry memang belum memperlihatkan hasilnya yang baik selaian daripada kenyatan-kenyatan yang disuarakan sebelum-sebelum ini. Namun Pengurus Besar BlackBerry sangat yakin bahawa syarikatnya akan bangkit dengan produk baru yang telahpun mereka cipta yang mana mereka telah memperkenalkan Papan kunci dan sistem keselamatan yang tinggi dan ianya dinamakan sebagai senjata terhebat yang membuat BlackBerry mempu bertahan laman.

Pengguna setia peranti pintar BlackBerry masih tetap menanti-nanti produk  baru yang akan dikeluarkan oleh perusahaan asal Kanada tersebut. "Orang yang mencintai BlackBerry miliknya selalu memberikan apresiasi pada peranti yang memuaskan mereka," kata Chen seperti mana yang tertera di laman sesawang  PhoneArena, pada Isnin, 3/02/2014.

Tambah Chen lagi, “BlackBerry adalah satu-satunya peranti yang paling selamat jika  dibandingkan dengan telefon pintar yang lain tidak ada sistem operasi yang seselamat  OS BlackBerry," katanya. Perkara ini juga  disebut oleh Chen sebagai BlackBerry terhebat khas untuk pengguna di kalangan syarikat.

Selain itu, “Antara titik fokus utama adalah Papan kekunci kami. BlackBerry telah  bertahun-tahun untuk menjalankan penelitian dan penyelidikan untuk membuat Papan kekunci peranti mudah alih terbaik di dunia, dan itu akan terus menjadi fokus utama bagi kami," tambah John Chen lagi.

Seperti diketahui, hingga sekarang ini BlackBerry belum menunjukkan pertumbuhan yang bagus semenjak pegarah syarikat tersebut digantikan

Akhir tahun lalu BlackBerry dilaporkan mengalami kerugian sehingga USD4.4 juta dan terbaharu di laporkan bahawa syarikat tersebut menyatakan bahawa, BlackBerry belum pernah memiliki penggunanya di AS.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)