Makanan yang dihidangkan di meja restoran melalui tiub pneumatik mungkin kelihatan seperti menonton siri TV animasi Futurama, realitinya konsep ini sebenarnya dalam pembinaan di sebuah kafe di New Zealand.
Restoran C1 di Christchurch telah memasang beberapa siri tiub ‘penghantar makanan’ yang mana disambungkan dari dapur restoran terus ke meja pelanggan.
Proses pemasangan sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dalam masa setahun.
Buat permulaan, restoran ini mengkhususkan penghantaran makanan ini terhad kepada menu utama mereka iaitu burger mini dan kentang goreng.
Bekas logam yang mengandungi makanan tersebut akan dihantar melalui tiub penghantaran yang tersembunyi di bawah lantai terus ke meja pelanggan. Ini untuk mengelakkan ruang restoran tersebut sesak dengan tiub.
Menurut pemilik restoran tersebut, idea konsep penghantaran ini datang dengan visi restoran mereka yang ingin menjadi sebuah restoran yang terhebat di dunia.
Konsep penghantaran makanan terus ke meja pelanggan bukan perkara baru dalam industri makanan dan restoran. Restoran Jepun yang berkonsepkan sushi juga menggunakan cara yang sama cuma bezanya menggunakan tali sawat untuk menghantar sushi ke meja pelanggan.
0 comments:
Post a Comment