Recent Comments

Thursday, November 21, 2013

Akhirnya, Instagram untuk peranti windows


Setelah sekian lama mendiamkan diri akhirnya Instagram mengumumkan aplikasi popular mereka untuk peranti mudah alih Windows.

Berita baik ini sudah pastinya membuatkan pemilik peranti mudah alih Windows khususnya Lumia tersenyum. Walaupun pada awalnya aplikasi seumpamanya Vine, tersedia untuk peranti mudah alih Windows populariti Instagram lebih menjadi faktor utama kelebihan aplikasi ini.

Namun begitu aplikasi ini yang mana masih di peringkat percubaaan (Beta) ini mempunyai kekurangan berbanding versi IOS dan Android. Antara kekurangan tersebut adalah pengguna tidak boleh menanda (tagging) rakan-rakan dan tidak dapat memuat naik video secara terus.

Walaubagaimanapun pihak Instagram menyatakan kelebihan-kelebihan tersebut akan ditambah mengikut peredaran masa.

Akan tetapi pengguna tidak perlu risau kerana kemudahan penyaring foto seperti yang ada pada versi IOS dan Androis ada pada versi windows ini.

Instagram versi Windows boleh dimuat turun dari Windows Marketplace

 

Free Web Proxy

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)