Recent Comments

Wednesday, November 20, 2013

2013: Tahun kegemilangan Aplikasi Video


[schema type="person" state="Selangor" postalcode="48300" country="MY" ]

2013 kita dapat menyaksikan lambakan aplikasi suntingan video untuk peranti mudah alih. Aplikasi-aplikasi ini yang membolehkan pengguna menyunting video pendek menjadi ikutan orang ramai.

Platform-platform utama seperti Youtube dan Daily Motion dan pesaing baru seperti Vine dan Instagram (yang dahulunya lebih kepada foto) menawarkan perkhidmatan menyunting video atas talian yang mudah dan ringkas. Artikel ini akan menerangkan kelebihan-kelebihan yang ada platform-platform ini agar pengguna dapat memaksimumkan penggunaan suntingan video atas talian.

 

Vine



Dilancarkan Januari 2013, Vine pada mulanya ditawarkan untuk IOS sebelum tersedia untuk Android. Vine membolehkan pengguna mengambil dan berkongsi video pendek yang kurang 6 saat. Vine dimiliki oleh Twitter selepas berjaya membuktikan kebolehan mereka bersaing dalam persaingan aplikasi video atas talian. Vine boleh dimuat turun dari App store untuk versi IOS dan Google Play untuk versi Android.

 

Instagram



Pada waktu ianya diperkenalkan pada tahun 2010. Instagram tidak dinafikan telah merevolusikan perkongsian foto atas talian dengan kemudahan penyaring foto yang inovatif. Dibeli oleh facebook pada tahun 2012, Instagram mula menyediakan kemudahan video pada Jun 2013. Kemudahan ini membolehkan pengguna untuk mengambil, sunting dan kongsi video sehingga 15 saat. Tidak seperti Vine, Instagram juga menyediakan kelebihan penyaring video yang membuatkan video yang diambil unik dan inovatif. Instagram boleh dimuat turun dari App Store untuk versi IOS dan Google Play untuk versi Android.

 

Youtube Capture



Peneraju utama video atas talian Youtube juga menyediakan aplikasi video untuk  ios. Dinamakan ‘Capture’, aplikasi ini membolehkan pengguna untuk mengambil, sunting dan kongsi video dengan cara yang sangat mudah. Antara kemudahan lain pada Youtube Captuer ialah aplikasi ini juga mampu mengubah warna video secara automatic, menstabilkan video, dan kebolehan memasukkan muzik latarbelakang dan beberapa fungsi video yang lain. Video yang dihasilkan boleh dikongsi serentak ke Youtube dan Google+. Youtube Capture boleh dimuat turun di App Store.

 

Daily Motion Caméra




Seperti aplikasi yang lain, Daily Motion Caméra(platform video perancis) membenarkan pengguna merakam beberapa babak video dan sunting sebelum memuat naik video tersebut ke laman web. Video yang dirakam boleh dikurangkan babaknya, ubah tahap kecerahan dan tambah penyaring yang asal dan kemudiannya boleh dimuat naik ke laman web Daily Motion dalam bentuk format HD, 16/9 atau petak penuh. Daily Motion Camera boleh di muat turun dari App Store.

 

 

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)