Recent Comments

Wednesday, November 20, 2013

Malaysia dalam usaha meningkatkan kualiti jalur lebar khususnya di kawasan pedalaman


Kelmarin dalam wawancara bersama Bernama, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membuat pengumuman tentang hasrat kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi kadar penembusan jalur lebar di negara Malaysia. Tambah beliau kerajaan mensasarkan kadar penembusan 100% berbanding 67% yang dicapai ketika ini.

Sempena program ITU Telekom World 2013 yang berlangsung di Bangkok kelmarin, Datuk Seri Shabery Cheek juga mengatakan yang kerajaan juga berhasrat meningkatkan kualiti jalur lebar di Malaysia khususnya di kawasan pedalaman.

Kerajaan mensasarkan tahap kelajuan 4-10mbps untuk kawasan pedalaman dalam beberapa tahun lagi. Namun begitu Datuk Shabery Cheek menyatakan tahap kelajuan yang disasarkan pada pendapat beliau masih belum memuaskan.

Tambah beliau lagi tahap kelajuan yang disasarkan sepatutnya berada pada kelajuan 40-50mbps untuk perumahan manakala untuk sekolah dan sector lain menjadi lebih laju lagi.

Untuk mencapai maklumat tersebut beliau juga berharap kerjasama di antara sector swasta dan kerajaan dapat dipertingkatkan agar model yang sedia ada dapat diperkukuhkan lagi lagi. Sektor swasta tidak sepatutnya beranggapan yang membina infrastruktur sebegini di kawasan pedalaman tidak menguntungkan tambah beliau lagi.

Antara lain beliau juga menyatakan untuk mencari teknologi alternative yang kosnya lebih murah. Ini adalah kerana pada pendapat beliau internet bukan lagi symbol kemewahan malahan ianya satu keperluan.

Sebagai contoh Malaysia telah menggunakan dana University Service Provider (VSP) untuk membina menara komunikasi di Kawasan pedalaman memandangkan pihak swasta tidak lmenunjukkan minat untuk memajukan kawasan-kawasan tersebut kerana tidak menguntungkan tambah Datuk Seri Shabery Cheek lagi.

Sumber: Bernama

Filled Under:

2 comments:

  1. hrap nnt mutu dah meningkat, kebebasan bersuara xla dihalang...

    ReplyDelete
  2. yg tu sy sokong sgt2..kiter semua pun harap ble mutu dh meningkat..kebebasan utk bersuara nnti x la dihalang n disekat..:)

    ReplyDelete


 

Feature Ad (728)