Pengeluar cip peranti mudah alih dunia Qualcomm, mengumumkan pengeluaran jam pintar mereka yang pertama pada 2 Disember tahun ini.
Qualcomm Connected Experiences, anak syarikat Qualcomm mengumumkan yang jam pintar operasi Android Jelly Bean yang dinamakan Toq ini akan dilancarkan pada ‘Cyber Monday’ 2 Disember 2013.
‘Cyber Monday’ adalah gelaran yang dipopularkan oleh firma pemasaran di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan sebagainya sebagai tarikan umum bersempena dengan perayaan ‘Thanksgiving’ dan ‘Black Friday’.
Toq akan mula dijual pada harga US349.99 di toq.qualcomm.com. Harga Toq boleh dikatakan agak mahal berbanding Samsung Galaxy Gear yang dijual pada harga USD300.00 sahaja.
Toq akan didatangkan dengan teknologi paparan ‘Mirasol’ yang membuatkan Toq mampu beroperasi berhari-hari tanpa isian semula bateri. Paparan Toq juga dikatakan mampu dilihat walaupun terdedah dengan silauan sinar matahari.
Toq juga dikatakan mempunyai kelebihan seperti interaksi Alljoyn dan isian semula bateri tanpa wayar.
“Seperti jam tradisional, Toq memaparkan maklumat sekilas pandang kepada pengguna tanpa suis tekan hidup/mati. Dan apabila digabungkan dengan tefon pintar, Toq mampu menerima pemberitahuan dan isi kandungan telefon pintar tersebut. Toq membolehkan kesinambungan dunia fizikal dan digital di tangan"
kata pengerusi dan pengurus eksekutif Qualcomm, Paul E. Jacobs.
Toq berfungsi melalui sambungan Bluetooth yang membolehkan pengguna menerima/menolak panggilan telefon, baca pesanan ringkas dan mengetahui maklumat harian.
http://www.youtube.com/watch?v=G2tnjzuadNk
0 comments:
Post a Comment