Dalam dunia perniagaan sekarang, teknologi awan dicipta untuk memudahkan pengguna mengakses kepada dokumen sepanjang masa, dimana sahaja. Terlampau banyak aplikasi-aplikasi awan ditawarkan di internet sehingga kita tidak tahu yang mana satu menjadi pilihan. Tetapi jika di perhatikan google sudah lengkap dengan aplikasi-aplikasi yang berasaskan teknologi awan. Aplikasi seperti Doogle Docs, Google Apps, Google Drive, Gmail atau Google Calender sudah membuktikan Google punya kesemuanya.
Namun begitu, jangan dilupakan juga pesaing utama Google yang lain seperti Microsoft. Kebelakangan ini Microsoft juga menunjukkan kemampuan mereka bersaing dalm perlumbaan teknologi awan.
Aplikasi Microsoft seperti Share Point Online, Sky Drive dan juga Office 365 membuktikan mereka juga tidak mahu ketinggalan dalam teknologi awan. Yang paling menarik ialah aplikasi Office 365 mereka yang membolehkan pengguna mengakses Microsoft Office dari mana-mana sahaja asalkan mempunyai talian internet. Pengguna bukan sahaja boleh mengakses dokumen malahan mampu menyunting dan membuat dokumen baru.
Bagi pengguna professional yang memerlukan akses dari peranti mudah alih atau ‘Cross Platform’ kita ada evernote. Evernote adalah aplikasi storan awan yang membolehkan pengguna mengambil nota suara dan terus dari mana-mana peranti disimpan di awan. Yang menariknya nota yang sama boleh diakses dari computer pengguna tanpa memerlukan pengguna tanpa memerlukan pengguna menghantar nota tersebut secara manual dari peranti mudah alih ke komputer.
Dan yang terakhir kita juga ada Dropbox. Aplikasi ini khusus kepada perniagaan yang memerlukan simpanan yang fail yang besar atau simpanan grafik yang kompleks. Sebagai contoh, syarikat pengiklanan. Dropbox membolehkan perniagaan berkongsi fail dan dokumen sesama pekerja tanpa menghiraukan apa jua platform yang digunakan. Antara lain kelebihan Dropbox ialah kebolehan aplikasi ini membenarkan pengguna memuat turun naik dokumen secara besar-besaran.
0 comments:
Post a Comment