1. (1898) - Mark Twain ramal teknologi internet
Idea penciptaan internet mungkin datang dari zaman silam lagi. Dalam sebuah cerita pendek oleh Mark Twain bertajuk ‘London Times’ (1904). Twain menceritakan tentang penciptaan ‘telectroscope’, sebuah alat yang digunakan untuk menggabungkan rangkaian telefon yang besar untuk menghubungkan dunia. Walhal sehingga kurun ke-19 alat tersebut masih belum dicipta.
2. (1865) - Jules Verne ramal pendaratan di bulan
Penulis novel sains fiksyen ‘From The Earth’ dan ‘Around the Moon’ yang berbangsa Perancis ini menceritakan bagaimana sebuah kapal angkasa yang dinamakan ‘Columbicd’ berlepasdari tapak pelancaran di Florida dan membawa 3 orang angkasawan. Selepas berjaya sampai ke bulan kapal tersebut kembali ke bumi dan terhempas di lautan pasifik. Pernah dengar kisah sebegini bukan? Ini adalah kerana lebih 100 tahun kemudian kapal angkasa Nasa Apollo 8 betul-betul berjaya ke bulan. Dan yang paling menariknya modul arahan kapal angkasa tersebut juga bernama Columbia. Aneh bukan?
3. (1953) - Ray Bradbury ramal TV skrin leper.
Dalam novel penulis ini yang bertajuk Farenheit 451 menceritakan bagaimana sebuah masyarakat yang sangat obsess dengan set tv skrin leper. (Tv skrin leper di pasarkan hanya pada tahun 1997).
4. (1966) - “Star Trek” ramal teknologi Bluetooth
Anak kapal-kapal angkasa ‘Enterprise’ adalah yang terawal menggunakan alat perhubungan mirip set bebas tangan ‘Bluetooth’. Seperti yang umum tahu, kit bebas tangan ‘Bluetooth’ hanya wujud selepas tahun 1997.
5. (1991) - Francis Ford Coppola ramal ‘Youtube’
Dalam satu temubual untuk filem Dokumentari “Heart of Darkness: A filmmaker’s Apocolypse”, pengarah rancangan tersebut berkata
"Secara tiba-tiba suatu hari nanti salah seorang remaja perempuan dari Ohio mempunyai bakat seperti Mozart dan remaja perempuan ini dengan pertolongan bapanya akan merakamkan bakat remaja ini melalui kamera dan ditayangkan pada umum. Jika ini benar-benar berlaku industri perfileman akan musnah kerana gelagat sebegini akan menjadi ikutan dan akhirnya menjadi satu cabang seni."
Nampaknya beliau sangat betul, 14 tahun kemudian Youtube di lancarkan dan ramai bintang-bintang muda bermula dari platform ini.
6. (1968) - James Berry ramal beli belah atas talian
Penulis Sains fiksyen ini meramalkan teknologi klik dan beli barangan di rumah dalam satu isu majalah ‘Mechonix Illustrated’(November).
"Dari berebut-rebut di kedai, pembeli boleh memilih barangan secara elektronik di mana-mana kedai dari rumah"
Kata Berry yang meramalkan trend terbaru beli belah atas talian yang dimulakan pada tahun 1995.
7. (1990) - Filem “Total Recall” ramal alat pengimbas badan
Pada tahun 2010 dunia dikejutkan dengan arahan terbaru Jabatan Keselamatan Pengangkutan. Amerika Syarikat yang menggunakan alat pengimbvas badan di lapangan terbang seluruh Amerika Syarikat. Alat tersebut sama seperti digambarkan dalam filem ‘Total Recall’ lakonan Arnold Schwarzenegger.
0 comments:
Post a Comment