Recent Comments

Thursday, November 21, 2013

Pinterest lancar aplikasi baru perancang percutian


Pinterest baru-baru ini mengumumkan produk terbaru mereka yang dinamakan ‘Place Pins’. Aplikasi ini berfungsi sebagai perancang percutian dan menandakan tempat-tempat yang menarik di atas peta.

“Kami selalu memikirkan bagaimana untuk mengubah Pinterest menjadi lebih menarik lagi” kata pengurus eksekutif Penterest, Ben Silberman pada siding media Pinterest di ibu pejabat mereka.

Paparan muka untuk aplikasi ini berupa sebuah peta yang memenuhi ruang skrin. Pengguna boleh meletakkan pin untuk menandakan tempat-tempat menarik seperti restoran atau mana-mana kawasan menarik. Pengguna juga boleh menambah keterangan ringkas di pin tersebut yang mana boleh dirujuk ketika hari percutian tersebut.

Pinterest telah berkerjasama dengan perkhidmatan Open Table, Trulia dan Booking.com supaya maklumat tambahan boleh doperolehi bila pin tersebut ditentukan.

Tambah menarik lagi pengguna IOS dan Androud boleh menunjukkan pin tersebut secara ‘Real-time’ semasa dalam perjalanan.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dari App Store untuk versi IOS dan Google Play untuk versi Android.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)