Selepas hampir 15 tahun di pasaran, AOL dilaporkan mengumumkan penamatan perkhidmatan perisian pemain media Winamp. Jurucakap AOL juga menambah winamp.com dan semua perkhidmatan yang berkaitan akan ditutup berkuatkuasa 20 Disember bulan hadapan.
Selain dari itu pautan untuk muat turun pemain media winamp di winamp.com juga akan dipadam rentetan dari pengumuman tersebut.
Pengguna dinasihatkan memuat turun versi yang terbaru sebelum tarikh penutupan tersebut.
“Terima kasih kerana menyokong winamp selama lebih 15 tahun" Tulis wakil winamp di laman web mereka. Sebab mengapa perkhidmatan ini di hentikan juga tidak didedahkan.
Sejak awal tahun 1990-an lagi Winamp merupakan pemain media yang sangat popular. Aplikasi ini mampu memainkan hampir semua format muzik dan juga saluran radio secara langsung..
Winamp dibangunkan oleh syarikat Nullsoft sebelum diambil alih oleh AOL pada tahun 2002.
0 comments:
Post a Comment