Recent Comments

Thursday, November 21, 2013

25 peratus Komputer di dunia tidak dilindungi


Salah seorang penganalisis dari syarikat keselamatan rangkaian Eset, Stephen Cobb berjaya menemukan fakta menarik tentang penggunaan aplikasi ‘Antivirus’ dan ‘Malware Protection’ di dunia yang hanya berjumlah 25 peratus.

Penemuan ini juga meletakkan Mesir di tempat pertama dengan penggunaan 40 peratus, Amerika Syarikat di tempat kedua dengan 26 peratus dan UK di tempat ketiga dengan 21 peratus.

Penyelidikan tersebut dilakukan berdasarkan data yang di perolehi daripada pembekal perkhidmatan internet yang berjumlah 600 juta komputer di seluruh dunia.

Hasil maklumat dari Microsoft pula trend sebegini berpunca dari kurangnya pendedahan bahaya ‘Virus’ dan ‘ Malware’ kepada pengguna, tempoh percubaan perisian ‘Antivirus’ tamat tempoh dan juga kerana lambakan perisian ‘Anti-virus’ di internet yang dimuat turun oleh pengguna.

Antara lain ada juga kes di mana pengguna sendiri mematikan perisian tersebut kerana adanya konflik diantara perisian tersebut dengan permainan yang sedang mereka main.

Dari maklumat lain, ada hasil kajian yang menemukan yang 30 peratus dari 1000 orang ‘gamer’ yang ditemubual di UK mengaku mematikan perisian ‘Anti-Virus’ mereka sebelum memulakan permainan atas talian mereka. Mereka percaya dengan cara tersebut pengalaman bermain ‘game’ di atas talian akan menjadi lebih lancar dan teratur. Kesannya, hamper separuh dari komputer ini dijangkiti ‘Virus’ dan ‘Malware’.

Pengguna seharusnya disarankan memasang perisian ‘Anti-Virus’ mereka sepanjang masa untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku. Dan jangan risau tentang pengalaman bermain ‘game’ atas talian kerana perisian-perisian ‘Anti-Virus’ yang terbaru biasanya di lengkapi dengan mod ‘gaming’. Mod ini membolehkan pengguna bermain permainan atas talian tanpa mengancam tahap keselamatan komputer tersebut.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)