Pengeluar telefon pintar ZOPO mengumumkan pelancaran telefon pintar mereka yang dinamakan ZP998. Telefon pintar ini dikuasakan pemproses teras 'True Octa' ini adalah yang pertama seumpanya di dunia. Pemproses ini dibangunkan oleh syarikat Mediatek yang diberi kod nama MT6592
ZOPO ZP998 dikuasakan oleh pemproses 'Octa-core' ARM Cortex A-7 dengan kelajuan 1.7ghz juga disertakan dengan cip pemproses video (GPU) Mali 450. Skrin sebesar 5.5 inci juga menghiasi bahagian hadapan telefon pintar ini dengan kemampuan memaparkan grafik resolusi FULL HD.
Di bahagian belakang, kamera 14MP dengan tahap aperture f/2.0 membuatkan telefon pintar China ini wajar dipertimbangkan. Ambilan foto juga tampak mudah dengan butang khas yang berfungsi sebagai butang dedikasi untuk ambilan foto. Sementara itu telefon pintar ini juga dilengkapi dengan kamera hadapan berkuasa 5MP yang boleh digunakan untuk mengambil foto dan panggilan video.
Untuk memastikan kelancaran operasi telefon pintar ini, ZOPO juga telah menyediakan RAM sebesar 2gb manakala memori storan dalaman sebesar 32gb. Pengguna mempunyai pilihan menambah memori dengan adanya slot MicroSD di telefon pintar ini.
ZOPO ZP998 dijual dengan harga USD299. Nilai yang cukup murah untuk telefon pintar yang sebegini unggul.
0 comments:
Post a Comment