Twitter Inc mengumumkan yang mereka telah melaksanakan satu teknologi keselamatan yang menjadikan laman web itu lebih sukar untuk diintip penggunanya dan menggesa firma Internet yang lain untuk melakukan perkara yang sama, ianya juga satu seruan untuk menggagalkan hasrat sesetengah kerajaan yang mengintip pengguna Twitter melalui agensi perisikan mereka masing-masing.
Perkhidmatan mesej atas talian tersebut, yang mula menggunakan kaedah penyulitan HTTPS tradisional pada tahun 2011, berkata pada semalam ia telah menambah lapisan baru perlindungan untuk HTTPS dikenali sebagai "forward secrecy".
Tindakan Twitter ini adalah sebagai bantahan terbaru dari firma internet di Amerika Syarikat selepas pendedahan dari seorang bekas kontraktor agensi perisikan Amerika Syarikat Edward Snowden, yang mendedahkan satu program rahsia kerajaan yang mengintip rakyat mereka melalui internet.
Facebook Inc, Google Inc, Microsoft Corp dan Yahoo Inc secara terbuka telah mengadu yang tindakan kerajaan ini adalah bertentangan dengan polisi syarikat mereka.
Rentetan itu ada firma ini yang menggunakan teknologi baru untuk privasi data pengguna yang lebih baik selamat.
'Forward Secrecy' menghalang penyerang daripada mengeksploitasi satu kelemahan besar kaedah HTTPS, yang mana satu kuantiti data yang besar boleh dinyahkodkan sekiranya si penyerang dapat mencuri salah satu 'kunci' peribadi yang digunakan untuk menyulitkan semua data, kata Dan Kaminsky seorang pakar keselamatan internet terkenal.
Teknik ini yang mana lebih maju mencipta 'kunci' tersebut berulang kali setiap kali sessi komunikasi dibuka. Kaminsky juga menambah teknik ini membuatkan kaedah tersebut sangat mustahil dinyahkodkan walaupun si penyerang mempunyai 'kunci' utama.
"Ia adalah satu perkara yang baik untuk dilakukan," katanya. "Saya gembira dengan pendekatan yang diambil oleh industri internet ini." tambah beliau lagi.
0 comments:
Post a Comment