Syarikat enjin carian China, Baidu memperkenalkan aplikasi terbaru mereka PC Faster 4.0. Aplikasi ini yang dibangunkan oleh sekumpulan jurutera Baidu berfungsi untuk mengoptimumkan sistem operasi desktop atau laptop.
Aplikasi ini boleh di pasang pada computer peribadi anda dengan mudah dan selamat. Aplikasi ini dikatakan mampu menyelesaikan 3 masalah utama menyebabkan computer menjadi perlahan iaitu dengan memadamkan fail sampah, membebaskan memori tidak terpakai dan mengoptimumkan proses booting agar computer tersebut dapat beroperasi dengan cekap.
Baidu PC Faster mempunyai 4 cara pembersihan dan lebih dari 300 ‘checkpoint’ selenggara yang terdiri daripada kelajuan ‘booting’, penggunaan memori, dan tahap prestasi sistem.
Penggunaan aplikasi ini sangat mudah hanya dengan satu klik sahaja tanpa perlu ‘restart’ pc. Pengguna juga boleh berkongsi skor hasil hasil dari proses aplikasi ini ke facebook.
Menurut Jeff Li, ketua pasukan PC Faster berkata “Baidu PC Faster direka semula sepenuhnya hasil daripada maklumbalas berjuta-juta pengguna aplikasi itu diseluruh dunia”. Tambah beliau lagi “semua orang baik dari pengguna awal computer, gamer, bahkan netizen dapat meningkatkan prestasi computer mereka dengan hanya satu klik”.
Baidu PC Faster 4.0 boleh dimuat turun dengan bahasa Inggeris, Indonesia, Thailand dan juga portugis.
Aplikasi ini boleh dimuat turun di pautan ini.
0 comments:
Post a Comment