Recent Comments

Monday, February 10, 2014

Microsoft saran pengguna XP beralih ke sistem operasi lebih baru


Walaupun Microsoft secara rasminya telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menghentikan produk atau system aplikasi itu lebih kurang 60 hari dari sekarang, namun sehingga kini, ternyata masih ramai pengguna Windows Xp di seluruh dunia yang menggunakannya dan seolah-olah tidak tahu apakah kesan yang akan berlaku sekiranya mereka tidak mengambil tindakan segera.


Kerana itu, Microsoft mengajak dan meminta bantuan kepada semua pihak yang mengetahui maklumat ini, untuk menyebarkan kepada semua orang khususnya kepada meraka  yang masih menggunakan Windows Xp agar dapat beralih ke sistem operasi  terbaru seperti Windows 7 atau 8.


"Sekarang ini, lebih  kurang dari 60 hari dari sekarang sampai hari akhir Windows X. Kami (Microsoft) meminta bantuan kepada semua pihak agar dapat menyebarkan mesej ini ke seluruh dunia untuk beralih kepada sistem operasi yang baru  agar terlepas dari pelbagai ancaman dan mendapatkan pelbagai kemudahan yang moden,” jelas Brandon LeBlanc, jurucakap Microsoft, sepertimana yang tertera di laman sesawang Computer World pada 7/2/2014.


LeBlanc juga menjelaskan bahawa Microsoft akan memberikan patch terkini untuk Windows XP yang boleh digunakan oleh para penggunanya pada 08 April nanti, namun risiko selanjutnya anda akan tanggung sendiri selepas itu, ujur beliau.


Selain itu, dalam penjelasan LeBlanc, apabila nantinya pengguna produk Microsoft akan beralih menggunakan Windows 8, maka sebuah mesin baru  yang mampu  menampung prestasi OS akan  diperlukan kerana dikhuatiri spesifikasi PC atau laptop dengan kapasiti lama tidak mampu mengimbangi kecanggihan OS baru dari Microsoft itu.


Dengan tersebarnya kenyataan ini, kami dari teknoderas menggesa anda khususnya pengguna Windows Xp, agar tidak mengabaikan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Microsoft Brandon LeBlanc, untuk kebaikan bersama.


Kongsikan maklumat artikel ini kepada rakan-rakan anda, supaya mereka dapat bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment


 

Feature Ad (728)