Memandu dalam keadaan mengantuk boleh membahayakan diri anda atau pengguna yang lain. Kejadian kemalangan jalan raya yang disebabkan pemandu tertidur semasa memandu seringkali dilaporkan dalam berita. Melihat keadaan ini 3 orang pelajar Universiti di Pennyslyvania Amerika Syarikat telah mencipta sebuah peranti pintar yang mampu mengesan tahap kesedaran pengguna dan memberi amaran sekiranya si pemakai tertidur.
Peranti ini yang dinamakan Vigo adalah sebuah set kepala yang menggunakan pengesan infra merah untuk mengesan corak kerdipan dan pergerakan mata si pemakai untuk menentukan tahap kesedaran si pemakai.
Sekiranya alat ini mengesan si pemakai hampir terlelap, ianya akan menghasilkan getaran kecil menyalakan lampu atau memainkan sebarang muzik yang ditetapkan.
Peranti ini secara berterusan akan memantau data kadar kerdipan, tempoh kerdipan dan ratio antara bukaan dan tutupan mata.
Peranti ini yang mana juga dioperasikan dari telefon pintar juga membolehkan si pemakai mengambil gambar menerusi kerdipan mata dan mampu memberi isyarat kerdipan LED kepada si pemakai sekiranya terdapat panggilan telefon atau pesanan ringkas.
Vigo hanya seberat 20 gram, dihubungkan ke telefon pintar menerusi Bluetooth 4.0 dan boleh beroperasi melalui peranti iOS atau Android.
Projek ini mulanya berasal dari program ‘crowd-funding’ di laman web Kickstarter dan di jangkakan akan dipasarkan secara komersil pada pertengahan 2014.
https://www.youtube.com/watch?v=57fz1JlTr40
0 comments:
Post a Comment