Trend penghasilan gajet ‘boleh pakai’ (wearable device) semakin berkembang akhir-akhir ini. Dunia fesyen pula tidak terlepas mengadaptasi kelebihan ini dengan penghasilan produk fesyen yang kreatif dan interaktif.
Terbaru, sebuah syarikat dari San Francisco, Sensoree telah merekacipta satu pakaian sejuk yang boleh memancarkan cahaya LED berdasarkan emosi yang dialami oleh pemakai.
GER Mood Sweater membaca emosi si pemakai dan memancarkan warna-warna tertentu menerusi fabrik pakaian tersebut melalui LED. Pakaian ini mempunyai pengesan yang dinamakan Galvenic Extimacy Responder berfungsi seakan alat pengesan pembohongan (lie detector).
Sekiranya si pemakai terang warna biru menyala, sekiranya teruja warna magenta terserlah, jika merah tandanya cemas atau dilamun cinta manakala kuning cair menandakan dalam keadaan ghairah. Tidak dinyatakan pula warna untuk keadaan marah, emosi yang dominan untuk wanita. :)
Buat masa ini hanya 100 unit terhad dikeluarkan untuk pakaian ini dan ianya hanya boleh ditempah atas talian. Pihak Sensoree tidak mengumumkan sebarang harga lagi untuk produk yang inovatif ini. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman web ini.
https://www.youtube.com/watch?v=0w8cFhxvCaA
0 comments:
Post a Comment